Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata game


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah padanan sesuai untuk istilah 'trading card game' dalam BM? Trading card game ialah sebuah koleksi kad permainan yang boleh dibeli di pasaran dan berlawan/bermain sesama pemain seperti kad permainan Yu-Gi-Oh dan pokemon. Terima kasihPadanan yang sesuai untuk trading card game dalam bahasa Melayu ialah permainan kad.Makna27.11.2022
Apakah terjemahan yang betul untuk 'game changing' dalam perkataan ini - The objective can only achieve that by adopting certain game-changing efforts. Kami telah menggunakan 'kaedah gaya baru' sebagai terjemahan untuk istilah tersebut, seperti yang digunakan oleh Berita Harian. Tetapi pada pendapat kami terjemahan tersebut agak janggal untuk konteks perkataan. Harap pihak tuan dapat membantu kami dalam menasihati kami untuk terjemahan yang tepat untuk istilah tersebut. Terima kasih.Untuk makluman, istilah "game changing" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Sila berikan konsep istilah tersebut agar kami dapat memberikan cadangan padanan bahasa Melayu yang sesuai.Istilah23.07.2013
Assalam, Adakah educational game bermaksud permainan edukatif? jika salah mohon berikan cadangan maksud yang sesuai. terima kasih.Educational game boleh diterjemahkan kepada mainan didik, iaitu permainan yang bertujuan untuk mendidik.Penyemakan dan penterjemahan11.03.2019
Hi, nak tanya apakah padanan yang sesuai untuk game runner?Cadangan terjemahan yang sesuai bagi "game runner" ialah penganjur permainan. Mohon berikan ayat penuh agar pihak kami dapat memberikan terjemahan yang lebih tepat mengikut konteks ayat dan bidang.Makna21.08.2021
Saya ingin meminta jasa baik tuan/puan untuk menterjemahkan perkataan Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia. Apakah penterjemahan yang betul untuk perkataan "game changer" ke Bahasa Malaysia? Game changer ialah orang yang dapat menggubah situasi atau aktiviti asal kepada keadaan yang lebih baik. Sekian, terima kasihPadanan bagi istilah game changer dalam bahasa Melayu ialah Pengubah Keadaan.Istilah29.04.2019
Salam, saya ingin bertanya apakah terjemahan yang tepat bagi istilah 'board game'? Terima kasih!Wasalam. Istilah bahasa Melayu untuk board game dalam bidang Pendidikan ialah mainan berpapan. Terima kasih.Penyemakan dan penterjemahan12.07.2018
Salam. Apa terjemahan untuk "online game"? Adakah "pemainan dalam talian" atau "permainan atas talian"? Apa perbezaan penggunaan "dalam" dan "atas" mengikut konteks di atas?Salam sejahtera,

Padanan "online game" ialah permainan dalam talian. Dalam talian bermaksud berada di bawah kawalan langsung unit pemprosesan utama komputer atau berada dalam keadaan giat dan bersambung terus pada sistem utama komputer. Tiada istilah atas talian.

Sekian, terima kasih.
Penyemakan dan penterjemahan29.11.2018
Contoh ayat: "While speed remains the determining factor in races, fuel efficiency is the game changer this year." Apakah istilah terjemahan Bahasa Melayu yang tepat bagi perkataan "game changer"?Untuk terjemahkan yang lebih tepat boleh dipanjangkan kepada Institut Terjemahan Malaysia atau Persatuan Penterjemah Negara. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan perkataan "Pengubah Permainan".Penyemakan dan penterjemahan26.04.2014
Apakah terjemahan bagi perkataan ini 'puzzle game'? Maksud kepingan puzzle disini adalah kepingan-kepingan puzzle; menyusun kepingan ini menjadi satu gambar yang lengkap.

Puan Azeelia,

Padanan bahasa Melayu bagi perkataan 'puzzle game' ialah teka-teki atau mainan teka-teki.

Istilah24.06.2010
Salam sejahtera, tuan/puan yang dihormati. Apakah terjemahan Bahasa Melayu yang betul bagi perkataan - game changer ? Terima kasih.Padanan bahasa Melayu bagi istilah game changer ialah pengubah keadaan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah06.06.2023
1234

Kembali ke atas