Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata game changer


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin meminta jasa baik tuan/puan untuk menterjemahkan perkataan Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia. Apakah penterjemahan yang betul untuk perkataan "game changer" ke Bahasa Malaysia? Game changer ialah orang yang dapat menggubah situasi atau aktiviti asal kepada keadaan yang lebih baik. Sekian, terima kasihPadanan bagi istilah game changer dalam bahasa Melayu ialah Pengubah Keadaan.Istilah29.04.2019
Contoh ayat: "While speed remains the determining factor in races, fuel efficiency is the game changer this year." Apakah istilah terjemahan Bahasa Melayu yang tepat bagi perkataan "game changer"?Untuk terjemahkan yang lebih tepat boleh dipanjangkan kepada Institut Terjemahan Malaysia atau Persatuan Penterjemah Negara. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan perkataan "Pengubah Permainan".Penyemakan dan penterjemahan26.04.2014
Salam sejahtera, tuan/puan yang dihormati. Apakah terjemahan Bahasa Melayu yang betul bagi perkataan - game changer ? Terima kasih.Padanan bahasa Melayu bagi istilah game changer ialah pengubah keadaan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah06.06.2023
Adakah terjemahan ini boleh betul? game changer (person or thing that changed the industry or company) - pengubah industriSila berikan ayat penuh dalam bahasa Inggeris supaya kami dapat memberikan terjemahan dalam bahasa Melayu mengikut konteks ayatMakna28.11.2019

Kembali ke atas