Adakah kata majmuk ex: kaki bangku / urus setia dan Kata ganda ex: lauk pauk / kusut masai/ gunung-ganang itu dikira satu perkataan?TQVM | Kata majmuk dikira sebagai dua patah perkataan seperti rumah kedai dan urus setia, manakala kata ganda dikira sebagai satu patah perkataan seperti pokok-pokok dan gunung-ganang. | Tatabahasa | 24.05.2011 |
Sering digunakan kata ganda bagi gunung ialah gunung-ganang. Bagaimana pula dengan gunung-gemunung (imbuhan sisipan) atau gunung-gunung? Adakah ia boleh diterima? | Gunung-gemunung boleh digunakan kerana ia membawa maksud banjaran gunung atau gunung yang banyak jumlahnya atau pelbagai. | Istilah | 26.06.2015 |
Salam. Dalam penulisan bibliografi gaya dewan, perlukah diletakkan pangkat atau gelaran seperti dato', dr., phd? Contoh: Amani zamani, phd.,1990. salam ….. Karim halim, dato',2007. gunung ganang….? | Puan Nurulhuda, 1. Pangkat atau gelaran seseorang penulis tidak dinyatakan dalam penulisan bibliografi. Sehubungan itu, cara menulis bibliografi (Gaya Dewan) adalah seperti yang berikut: A. Samad Said 2009. Salina. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Kandungan cara penulisan bibliografi (seperti yang ditunjukkan ini) mengandungi maklumat seperti yang berikut: (a) Nama penulis atau editor diikuti dengan tahun terbit dengan tanda noktah (.). (b) Judul terbitan dicetak dalam huruf condong, diikuti dengan tanda noktah. (c) Tempat terbit diikuti dengan tanda noktah bertindih (:) (d) Nama penerbit diikuti dengan tanda noktah. 3. Untuk maklumat tambahan tentang penulisan bibliografi mengikut panduan kerja penerbitan DBP, puan dicadangkan agar membaca buku Gaya Dewan, terbitan DBP. | Lain-lain | 04.03.2009 |
ASAL USUL LOGHAT UTARA DAN LOGHAT KELANTAN SERTA PERKEMBANGANNYA | Wujudnya bahasa dialek atau loghat ini disebabkan oleh tempat berasingan. Apabila penutur-penutur terpisah oleh sekatan-sekatan tertentu seperti gunung-ganang, hutan rimba, dan sebagainya, maka tiap-tiap kumpulan mempunya sejarah perkembangannya sendiri, termasuk perkembangan aspek-aspek bahasa. DAlam jangka masa yang panjang ciri-ciri perbezaan menjadi makin nyata, dan ini dikekalkan daripada satu generasi kepada genarasi seterusnya. Pada suatu ketika bahasa Melayu dipercayai terdiri daripada satu variasi tetapi telah berkembang menjadi dialek-dialek berasingan dan keadaan ini berkekalan sehingga sekarang. Oleh itu, untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan asal-usul loghat utara dan Kelantan, sila rujuk buku-buku yang berkaitan. | Lain-lain | 18.08.2006 |
dalam kata ganda, terdapat jenis kata ganda berentak. Mohon terangkan tentang perkataan yang seperti kata ganda berentak tetapi bukan kata ganda? dan jelaskan sebabnya? contohnya, asal usul bukan kata ganda berentak kerana merupakan rangkai kata. harap dapat menerangkan tentang beberapa contoh lain. sekian, terima kasih. | Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata tersebut diulang keseluruhannya atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. "Asal usul" ialah kata ganda kerana kedua-dua kata tersebut mempunyai makna tersendiri. Kata ganda yang boleh berdiri sendiri tidak perlu tanda sempang, iaitu perkataan "asal usul" (kerana perkataan "usul" boleah berdiri sendiri).Lain pula halnya dengan perkataan "gunung-ganang" yang perlu ada tanda sempang selepas perkataan "gunung" kerana perkataan "ganang" tidak boleh berdiri sendiri sebagai satu perkataan yang mempunyai maksud. | Tatabahasa | 16.03.2013 |
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (KD4) (begitu juga Dewan Eja Pro), lambat-laun dieja dengan sempang. Menurut tatacara ejaan, kata majmuk (gabungan kata yang masing-masing dapat berdiri sendiri dan mempunyai makna tersendiri) tidak boleh dieja dengan tanda sempang, contohnya pandu lalu, ubah suai, reka bentuk dan sebagainya, tidak seperti kata ganda (rama-rama, isu-isu, berhari-hari) dan kata ganda berirama (gunung-ganang, kusut-masai, saki-baki). Laun merupakan lema berasingan dan takrifnya diperikan dalam KD4, dengan maksud yang (hampir) sama dengan lambat yang turut berupa lema dan bertakrif. Persoalan di sini, adakah berlaku kesilapan dalam KD4 (maka, ejaan betul ialah lambat laun) atau sememangnya sengaja dieja begitu. Jika sengaja, mohon justifikasi yang membatalkan konsep "kata majmuk" pada kata lambat laun diberikan. Sekian, terima kasih. Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad | Peraturan ejaan yang menyatakan kata majmuk, iaitu gabungan kata yang masing-masing dapat berdiri sendiri dan mempunyai makna tersendiri tidak perlu diletakkan tanda sempang adalah betul. Oleh itu, ejaan yang betul ialah lambat laun. | Ejaan | 13.01.2014 |
1. Adakah istilah 'kata ganda berentak' dalam Tatabahasa Dewan dengan 'kata ganda bersajak/berima' merupakan perkara yang sama? 2. Adakah peranan kata ganda berentak dalam kata adjektif hanya sebagai penguat? Bolehkah perkataan dalam kata ganda berentak tersebut dikategorikan sebagai kata penguat? (seperti perkataan 'merang' dalam 'merah-merang') 3. Apakah 'merah menyala' juga dikira sebagai kata ganda berentak? Perkataan 'menyala' inikan kata kerja (atau sebaliknya?) | 1. Tatabahasa Dewan menggunakan istilah kata ganda berentak, manakala buku Nahu Melayu Mutakhir menggunakan istilah kata ganda berima bagi bentuk penggandaan yang sama, seperti gunung-ganang dan mandi-manda. 2. Kata ganda berentak bagi kata adjektif menunjukkan suasana atau keadaan sesuatu, seperti huru-hara dan kontang-kanting. Merah merang ialah kata nama yang sama maksud dengan merah menyala. 3. Merah menyala ialah kata nama yang bermaksud warna merah yang sangat terang. | Tatabahasa | 25.08.2024 |
Apakah yang dimaksudkan dengan dialek dan bagaimana ia terjadi? | Dialek ialah jenis bahasa yang digunakan dalam percakapan di sesuatu daerah atau bahagian negeri yang mempunyai pelat sebutan yang khas bagi daerah itu, yang berbeza pula daripada sebutan-sebutan umum yang digunakan di negara ini. Contohnya dialek Kelantan; dialek Kedah;dialek Negeri Sembilan dan sebagainya. Dialek ini terjadi kerana faktor geografi ataupun daerah.Apabila penutur terpisah oleh sekatan-sekatan geografi seperti gunung-ganang, hutan rimba, dan sungai-sungai, maka setiap kumpulan mempunyai sejarah perkembangannya yang tersendiri, termasuk perkembangan aspek bahasa.Dalam jangka masa panjang, ciri-ciri iperbezaan menjadi semakin nyata dan ini dikekalkan daripada satu generasi kepada generasi yang seterusnya. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 35. Terima kasih. | Lain-lain | 14.01.2009 |
Salam, Saya hendak bertanya berkaitan dengan kata ganda. Menurut Tatabahasa Dewan (2010), terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu penggandaan penuh, penggnda separa dan penggandaan berentak. Penggandaan berentak pula terdiri daripada; i. penggandaan kata nama pengulangan vokal ii. penggandaan berentak kata nama pengulangan konsonan iii. penggandaan kata nama berentak bebas SOalan saya, Mengapa contoh kata ganda 'sedu-sedan' dimasukkan dalam kategori kata nama berentak bebas sedangkan kata ganda 'kayu-kayan' pula dimasukkan dalam kategori prnggandaan kata nama pengulangan konsonan? Jika dilihat kata ganda 'sedu-sedan' menunjukkan terdapat pengulangan konsonan 's' dan 'd' Jawapan daripada pihak tuan seperti berikut; Saya merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, 2010, contoh kata ganda berentak pengulangan konsonan ialah batu-batan, gunung-ganang dan suku-sakat, tidak ada contoh kayu-kayan; manakala contoh bagi kata ganda berentak bebas ialah lintang-pukang, remeh-temeh dan simpang-siur, tidak ada contoh sedu-sedan. Namun saya sudah buat semakan semula, sila lihat muka surat 139, subtajuk Penggandaan berentak. Saya lampirkan bersama-sama muka surat dan bukti | Jawapan telah kami berikan semalam tentang kata ganda berentak kayu-kayan dan sedu-sedan. Kami perlu merujuk pihak yang berkenaan tentang lampiran yang tuan sertakan ini untuk mendapatkan maklumat lanjut. | Tatabahasa | 06.07.2021 |
Salam, Saya hendak bertanya berkaitan dengan kata ganda. Menurut Tatabahasa Dewan (2010), terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu penggandaan penuh, penggnda separa dan penggandaan berentak. Penggandaan berentak pula terdiri daripada; i. penggandaan kata nama pengulangan vokal ii. penggandaan berentak kata nama pengulangan konsonan iii. penggandaan kata nama berentak bebas SOalan saya, Mengapa contoh kata ganda 'sedu-sedan' dimasukkan dalam kategori kata nama berentak bebas sedangkan kata ganda 'kayu-kayan' pula dimasukkan dalam kategori prnggandaan kata nama pengulangan konsonan? Jika dilihat kata ganda 'sedu-sedan' menunjukkan terdapat pengulangan konsonan 's' dan 'd' | Saya merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, 2010, contoh kata ganda berentak pengulangan konsonan ialah batu-batan, gunung-ganang dan suku-sakat, tidak ada contoh kayu-kayan; manakala contoh bagi kata ganda berentak bebas ialah lintang-pukang, remeh-temeh dan simpang-siur, tidak ada contoh sedu-sedan. | Tatabahasa | 05.07.2021 |