Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gang.sa] | ݢڠسا

Definisi : aloi yg terdiri drpd tembaga dan timah; kangsa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gang.sa] | ݢڠسا

Definisi : angsa (sj itik besar). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gang.sa] | ݢڠسا

Definisi : aloi atau pancalogam yg terdiri drpd tembaga, timah dan plumbum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gangsa


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Adakah perkataan bagi "Zaman Peleolitik, Zaman Neolitik, Zaman Mesolitik, Zaman Logam, Zaman Batu, Zaman Gangsa, dan Zaman Ais" ditulis menggunakan huruf besar pada pangkal kata atau sebaliknya? Contoh, Zaman Paleolitik, zaman Paleolitik, atau zaman paleolitik?W'salam

Bagi kata nama khas, huruf awal ditulis dengan huruf besar. Contoh Zaman Paleolitik.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa18.11.2016
Apakah nama khas bagi tempat penerimaan hadiah Johan, naib johan dan tempat ketiga bagi pemenang yang menerima pingat emas, perak dan gangsa dalam Kejohanan Olahraga / Sukan Tahunan Sekolah?platform pemenang , rostrum pemenang.Lain-lain13.05.2011
Salam. Apakah yang dimaksudkan dengan "undan"Mengikut Kamus Dewan, undan mempunyai makna 1. sejenis burung iaitu, undan putih Pelecanus onocrotalus; undan gangsa  Pelecanus crispus; makna 2. sengaja berlama-lama mengerjakan sesuatu, berlengah-lengah. Makna20.03.2014

Kembali ke atas