Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gan.jar] | ݢنجر

Definisi : ; mengganjar, mengganjari 1. membalas jasa dgn hadiah, menghadiahi: kerajaan bercadang hendak ~ orang-orang yg telah berjasa kpd tanah air; 2. memberi balasan, memberi hukuman: pengganas-pengganas itu harus diganjar kalau tertangkap;mengganjarkan 1. menghadiahkan; 2. memberikan balasan; ganjaran 1. hadiah (utk perbuatan baik dll): Patih Gajah Mada pun memberi ~ akan perwira itu empat ratus pitis; 2. balasan (utk perbuatan jahat dll): dia akan mendapat ~ pd kemudian hari kerana kejahatan-kejahatannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gan.jar] | ݢنجر

Definisi : ; mengganjar 1 memberi seseorang hadiah sbg membalas jasanya: Kerajaan bersedia ~ orang-orang yg berjasa kpd bangsa dan tanah air. 2 menjatuhi seseorang hukuman; menghukum: Tuan Hakim telah ~ perompak itu lima tahun penjara serta kerja berat. mengganjarkan memberikan sesuatu sbg hadiah dll. ganjaran 1 sesuatu yg diberikan atau yg diterima sbg tanda telah berjasa; hadiah pembalas jasa: Dia telah pun menerima ~ atas jasa yg telah dilakukannya. 2 balasan perbuatan jahat; hukuman: Seseorang yg berbuat jahat, lambat laun pasti akan menerima ~nya juga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ganjar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera,saya mengalami kemusykilan terutamanya dalam bidang Morfologi.Apakah kata dasar bagi kata terbitan 'ganjaran'.Adakah kata dasrnya ganjar dan menerima imbuhan ....An.Akar kata ganjar menerima akhiran -an dan menerbitkan kata terbitan ganjaran. Untuk maklumat lanjut boleh lihat di bawah entri ganjar.Tatabahasa01.02.2018
SALAM SEJAHTERA. Saya memilki beberapa kemusykilan dalam bidang morfoolgi dalam pembentukan kata.Pembentukan kata bermula daripada kata tunggal dan boleh diperluaskan.Pertanyaan saya adalah berkaitan dengan proses imbuhan. Adakah perkataan ganjaran ini berasal daripada kata dasar ganjar? Dan seterusnya,adakah kata dasar ganjar dengan perkataan ganjaran memiliki kaitan dari aspek makna. sekian.

Kata dasar ganjar menerima akhiran -an dan menerbitkan kata terbitan ganjaran. Kata ganjaran berasal daripada perkataan ganjar dan mempunyai perkaitan makna yang sama, iaitu ganjar ( membalas jasa dengan hadiah atau memberi balasan); ganjaran ialah hadiah untuk perbuatan baik dll. Untuk maklumat lanjut boleh lihat di bawah entri ganjar.( Kamus Dewan Edisi Keempat)

Tatabahasa11.03.2018

Kembali ke atas