Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
nama (kata nama)
1. Bersinonim dengan sebutan: panggilan, gelaran,

2. Bersinonim dengan kehormatan: kemasyhuran, maruah, kebaikan, kebesaran, kemegahan, kemuliaan, ketinggian,

Kata Terbitan : bernama, menamai, menamakan, ternama,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Bagi penggunaan kata ganti nama diri 'kamu' dengan 'kalian', manakah penggunaan kata yang paling tepat digunakan bagi merujuk bilangan yang ramai? Adakah penggunaan kata ganti nama diri kamu juga boleh digunakan untuk ramai? Adakah penggunaan kata ganti nama diri kalian tidak komunikatif dan jarang digunakan berbanding dengan penggunaan kata ganti nama diri kamu?Kalian bermaksud kamu semua. Apabila orang yang menjadi lawan bercakap itu ramai kata ganti nama yang betul ialah kalian atau kamu semua. Kata ganti nama diri kamu digunakan bagi orang yang lawan bercakap tetapi boleh membawa maksud anda dan anda sekalian.Tatabahasa10.06.2013
Apakah maksud kata ganti nama diri sebagai kata sapaan?Boleh berikan contoh ayat yang mengandungi kata ganti nama diri sebagai kata sapaan ini?Terima kasihKata ganti nama diri orang ketiga seperti saudara, tuan dan puan boleh menjadi kata sapaan dalam pelbagai wacana.Tatabahasa06.05.2014
boleh tolong berikan contoh perkataan yang tergolong dalam kata ganti nama diri merujuk gelaran dan panggilan.Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata ganti nama diri orang merujuk kepada diri orang tertentu, iaitu diri orang pertama, diri orang kedua dan diri orang ketiga seperti yang berikut:
1. kata ganti nama diri orang pertama: saya, aku, beta, patik, kami, kita
2. kata ganti nama diri orang kedua: anda, saudara, engkau, awak, kamu
3. kata ganti nama diri orang ketiga: ia, dia, beliau, mereka, -nya
Tatabahasa06.03.2013
adakah kata panggilan merupakan kata ganti nama diri ?Kata ganti nama diri mengandungi perkataan yang nerujuk diri orang tertentu iaitu diri orang pertama, diri orang kedua dan diri orang ketiga. 

Kata ganti nama diri pertama antaranya ialah aku, beta, daku, hamba. Kata ganti nama pertama 'aku' merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan kenalan yang sangat rapat atau mesra dan dengan Tuhan. Manakala 'beta' pula digunakan oleh raja, sultan atau kerabat diraja apabila bertitah kepada rakyat.

Kata ganti nama kedua antaranya ialah anda, awak, dikau, engkau. 'Anda' digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita, misalnya dalam surat-menyurat, atau dengan orang yang sebaya. Manakala 'awak' pula digunakan untuk orang kedua yang sangat rapat hubungannya dengan kita.

Kata ganti nama ketiga ialah baginda, beliau, dia, ia, mereka. 'Baginda digunakan untuk raja, sultan atau kerabat diraja. Untuk keterangan lanjut atau contoh sila rujuk Tatabahasa Dewan.

Tatabahasa17.03.2013
Kata Ganti Nama Diri 'ia' digunakan untuk manusia atau binatang?Kata ganti nama diri ketiga "ia" hanya boleh digunakan untuk orang, benda dan perkara, tidak boleh digunakan untuk binatang.Tatabahasa23.04.2010
Selamat sejahtera. Saya ada beberapa kemusykilan mengenai tatabahasa Melayu. Yang pertama: Bolehkah kata ganti nama diri 'kau' diletakkan di awal dan akhir perkataan seperti 'kaudengar', 'kaulihat', atau 'bukukau'? Bolehkah ia bergabung sekali dengan perkataan seperti contoh-contoh yang dinyatakan? Bagaimana pula dengan kata ganti nama diri 'ku'? Terdapatkah peraturan yang menetapkan pergabungan kata ganti nama diri 'kau' dan 'ku' dengan suatu perkataan, misalnya dalam ayat aktif atau pasif? Yang kedua, bolehkah tanda soal dan tanda seru digunakan sekali? Contohnya, “Apa?! Seminggu?! Berapa hari dalam seminggu?!" Ayahnya meradang tanpa alasan. Yang ketiga, mestikah perkataan 'disebabkan' diikuti dengan kata sendi nama 'oleh'? Hal ini kerana kata sendi nama 'oleh' perlu hadir sebelum 'sebab' untuk menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab. Diharapkan tuan/puan dapat membantu menjawab persoalan-persoalan ini. Terima kasih daun keladi.

Kata ganti nama diri kau ialah kependekan engkau, digunakan sebagai awalan yang terikat dengan kata kerja pasif maka itu ditulis bercantum contohnya:  kaubacalah buku ini. Kata ganti nama diri ku ialah kependekan aku dan digunakan juga sebagai awalan yang terikat dengan kata kerja pasif atau kata yang mendahuluinya, contohnya kulihat, kudengar, rumahku, menemaniku dan lain-lain. Bagi kata ganti nama diri mu pula (kependekan kamu), digunakan sebagai akhiran yang terikat dengan kata yang mendahuluinya, contohnya kepadamu, bukumu, menyayangimu dan lain-lain.

Tanda seru dalam ayat ditulis pada akhir ayat, contohnya "Wah, cantiknya rumah itu!" Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk mengetahui masalah tatabahasa dengan lebih lanjut dan terperinci.

Tatabahasa28.06.2010
Soalan 1: Mana satu betul? - Kata ganti Diri. - Kata ganti nama diri. Soalan 2: Apakah kata ringkasan untuk "muka surat"? m.s. atau m/s atau ms. Terima kasih1: Buku Tatabahasa Dewan menggunakan istilah Kata Ganti Nama Diri.  
2: Singkatan muka surat ialah m.s.
Tatabahasa09.05.2012
Sebagai kata ganti nama diri ketiga, ibu atau bapa dikehendaki guna "beliau" atau "dia"? Terima kasihBeliau ialah kata ganti nama diri ketiga untuk orang yang lebih tua atau yang dihormati. termasuklah ibu dan bapa.Tatabahasa02.01.2014
Apakah kata ganti nama diri yang sesuai digunakan untuk merujuk kepada malaikat? Tidak ada kata ganti nama diri yang sesuai digunakan bagi merujuk kepada malaikat. Terima kasih.Lain-lain11.06.2020
Bolehkah berikan contoh ayat berkaitan dengan kata ganti nama diri "hamba"? Kerana saya masih keliru terhadap "patik" dan "hamba". Terima kasih..Kata ganti nama "patik" digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja, manakala kata ganti nama "hamba" untuk merendah diri yang bermaksud saya. Oleh itu, orang biasa dan orang yang berjawatan menggunakan kata ganti nama diri "patik" apabila bercakap dengan raja. Kata ganti nama diri pertama "hamba" pula sering digunakan oleh masyarakat atau rakyat biasa pada zaman dahulu yang bermaksud "saya".
Tatabahasa08.01.2014
12345678910...

Kembali ke atas