Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gan.tung] | ݢنتوڠ

Definisi : ; hukum ~ hukuman mati dgn mencerut leher dgn tali (yg terikat pd tiang); jambatan ~ titi yg tidak bertiang; kahwin ~ = nikah ~ perkahwinan yg belum lagi diumumkan (diraikan) dgn upacara persandingan; lampu ~ lampu yg disangkut (tidak berdiri); pusaka ~ waris yg belum diketahui pemiliknya; ~ kemudi sl cukai yg dikenakan di pelabuhan; ~ layar sl hadiah kpd orang yg menyelamatkan kapal yg hendak karam; bergantung 1. bersangkut, bergayut, berpaut; dagu bagai lebah ~ dagu yg cantik; 2. bersandar (pd orang dll), berharap pd pertolongan (orang dll), di bawah pengaruh orang dll: kehidupannya ~ pd belas kasihan Dato’ Ujang; pertumbuhan padi di kawasan Kerian ~ semata-mata pd hujan; ~ di ekor anjing prb orang yg sangat memerlukan pertolongan akan menerima sebarang pertolongan; ~ di hujung rambut prb nasib yg tidak tetap; ~ kpd rambut sehelai prb dlm keadaan yg amat berbahaya; ~ pd tali rapuh prb mengharapkan pertolongan drpd orang dll yg lemah; ~ tidak bertali, bersalai tidak berapi prb a) isteri yg ditinggalkan tetapi tidak diceraikan; b) peri seorang gundik yg tidak sah; bergantung-gantung bergantung banyak-banyak di sana sini: jemuran yg ~ di balkoni apartmen itu memang mencacatkan pemandangan;bergantungan bergantung-gantung, bergantung banyak-banyak: ia memerhatikan gambar-gambar yg ~ di dinding;menggantung 1. menghukum mati dgn mencerut leher dgn tali yg terikat pd tiang; ~ diri membunuh diri dgn mencerutkan tali pd leher; 2. memasang (kelambu, tirai, dll) dgn menyangkutkan tali dll pd sesuatu: ~ kelambu; ~ langsir; 3. menunda (perkara dll) hingga waktu yg lain (utk mendapat butir-butir yg lebih lanjut): perkara itu digantung utk sementara waktu; 4. menjadikan tidak berkuat kuasa atau sah dsb atau tidak dapat bertindak (bergiat dsb) sehingga diputuskan secara muktamad; ~ kerja (pekerjaan) tidak membenarkan atau menahan seseorang drpd melaksanakan tugasatau kerja rasminya buat sementara (biasanya sehingga selesai dijalankan sesuatu penyiasatan); ~ lesen menjadikan lesen (memandu, berniaga, dsb) hilang kuat kuasanya sehingga dibuat keputusan lain kemudiannya;~ raket berhenti sama sekali atau bersara drpd bermain sesuatu permainan yg menggunakan raket (spt badminton, tenis, dsb): selepas ~raketnya, nama beliau terus hilang dr dada akhbar; digantung tinggi dibuang jauh prb tidak berkuasa sedikit pun (lemah sekali);menggantungi 1. menjadikan (sesuatu) sbg tempat menggantungkan (sesuatu): pokok ru itu digantungi dgn lampu yg berbagai-bagai warnanya; 2. menggantung berulang-ulang;menggantungkan 1. menyangkutkan pd paku dll atau mengikatkan pd sesuatu dsb supaya terletak pd tempat yg tinggi, menjadikan bergantung: ia ~ semua kad Hari Raya pd tali yg direntang; 2. menyandarkan (nasib, pekerjaan, dll) pd, mengharapkan (pertolongan dll) drpd, meletakkan (harapan dsb): mereka ~ harapan hari depan mereka pd kejayaan Hanifah dlm pelajarannya; digantungkan tinggi, digalikan dalam prb perjanjian yg dibuat dgn syarat-syarat yg teguh; ~ kain kotor di muka pintu prb perihal perbuatan yg pandir yg memberi malu pd diri sendiri;mempergantungi menjadikan (seseorang) tempat bergantung: aku masih terkatung-katung dgn tiada tempat bergantung tetapi dipergantungi pula oleh orang lain;tergantung 1. telah digantung, tersangkut, terpaut: lampu itu ~ di loteng; 2. diserahkan, terserah (pd): hukuman yg akan dikenakan ~ pd hakim; gantungan 1. sesuatu yg digantung(kan); 2.alat utk menyangkut (menggantungkan) sesuatu;kebergantungan perihal (keadaan) bergantung (pd): sikap ~ pd orang lain;ketergantungan keadaan atau sifat (masih) bergantung (pd sesuatu): ini bererti wanita berkenaan perlu belajar berdikari dan bebas drpd ~ pd keluarga. ketidakbergantungan perihal (keadaan) tidak bergantung pd: ~ politik kawasan ygberpisah-pisah; pergantungan 1. alat atau tempat utk menggantung; 2. tempat bergantung (mis orang yg dipercayai atau yg boleh memberikan pertolongan), tempat bersandar, tempat mengharapkan pertolongan; 3. perihal (perbuatan, sikap) bergantung (pd sesuatu): jelaslah ~ pd beberapa barangan utama akan terus menjejaskan ekonomi negara;penggantungan 1. perihal menggantung; 2. tempat menggantung(kan) sesuatu, tempat menghukum gantung orang: ~ kain baju itu letaknya berhampiran dgn katil;penggantung digunakan utk menggantungkan sesuatu: tali ~ seluar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gan.tung] | ݢنتوڠ

Definisi : tidak mempunyai sangga atau sokong dr bawah; tidak berjejak pd bumi, lantai dsb: lampu ~; jambatan ~. hukum ~ (sampai mati) hukuman mati dgn menjerut leher orang yg dihukum dgn tali yg tersangkut pd tiang dll. bergantung 1 berpegang atau bersangkut pd sesuatu dgn tidak berjejak pd bumi, lantai dsb: Jangan ~ pd dahan yg rapuh itu. 2 berharap pd bantuan orang utk melakukan sesuatu; sentiasa dibantu dll oleh seseorang atau sesuatu; mesti berpandukan sesuatu yg lain: Walaupun sudah berkahwin, dia masih ~ pd orang tuanya. Kesuburan pokok-pokok itu ~ pd baja yg diberikan. menggantung 1 mencerut leher seseorang (sampai mati) dgn menggayutkannya pd tali yg tersangkut pd tiang dll: Pihak polis masih menyiasat siapa yg ~ gadis itu. 2 memasang (kelambu, tirai dll) dgn menyangkutkan tali dsb pd sesuatu: ~ kelambu; ~ langsir. 3 menahan atau menangguhkan sesuatu hingga ke suatu masa yg sesuai spt sehingga cukup keterangan atau bukti, keadaan tenang dsb: Perkara itu terpaksa digantung buat sementara kerana yg dituduh tidak dpt hadir. 4 menyekat seseorang drpd menjalankan tugasnya dll: Tuan Pengurus telah ~ tiga orang kakitangannya kerana didapati tidak menjalankan kerja mereka dgn memuaskan. menggantungkan 1 menyangkutkan sesuatu pd; menjadikan bergantung: Kerana aku terlalu suka main layang-layang, bapa telah ~ tali layang-layang itu pd leherku. 2 menyerahkan halnya kpd; mengharapkan sesuatu drpd: Mereka ~ harapan masa depan mereka pd kejayaan anak yg sedang belajar di universiti. tergantung 1 sudah digantung atau digantungkan; dlm keadaan bergantung: Beberapa buah lukisan yg indah ~ di dinding ruang tamu. 2 diserahkan seluruhnya; terserah: Perkara ini ~ pd kemahuanmu sendiri. pergantungan perihal bergantung atau mengharapkan pertolongan (bantuan) orang lain: Ibu bapanya satu-satunya tempat ~nya. penggantungan perbuatan menggantung atau menggantungkan: ~ hiasan-hiasan itu memakan masa yg agak lama. penggantung alat atau tempat utk menggantung atau menggantungkan sesuatu: ~ baju. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gantung

Puisi
 

Pinang muda gantung di balai,
     Taruh makan bulan puasa;
Orang muda jangan dilalai,
     Kalau lalai rosak binasa.


Lihat selanjutnya...(9)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
daijatuhkan hukuman atau dijatuhiSila berikan ayat lengkap. Ayat "Pesalah itu dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh hakim kerana mengedar dadah" salah dan yang betul ialah "Pesalah itu dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh hakim kerana mengedar dadah".Tatabahasa05.03.2010
Pilih ayat yang betul 1. Hulu keris itu bersadurkan perak. 2. Hakim menjatuhi hukuman gantung kepada pengedar dadah itu.

Ayat yang betul ialah ayat 1: Hulu keris itu bersadurkan perak.

Ayat 2 salah dan yang betulnya ialah Hakim menjatuhkan hukuman gantung kepada pengedar dadah itu.

Tatabahasa03.03.2009
Imbuhan me - i hanya digunakan untuk orang yang menjadi penyambutnya seperti menghadiahi ibu dsb. Bagaimana pula dengan di - i dan di - kan. Contoh : i) Penjenayah itu dijatuhi hukuman gantung sampai mati. ii)Penjenayah itu dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Adakah kedua-dua bentuk ayat tersebut betul atau salah satu sahaja yang betul?

Sdr. Suhaimi, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Kedua-dua ayat tersebut betul penggunaannya. Ayat yang sama juga dapat dilihat pada ayat yang berikut. Ahmad menaiki tangga dan Ahmad menaikkan tangga. Terima kasih.

Tatabahasa24.06.2009
Hakim menjatuhi pembunuh itu hukuman gantung (betul atau salah)betulTatabahasa20.07.2011
salam. saya sedikit keliru.ayat yang manakah yang betul. 1- hakim menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas pesalah. 2- hakim menjatuhkan hukuman mati kepada pesalah. andaian saya, ayat 2 lebih tepat kerana kepada digunakan untuk sasaran manakala ke atas menunjukkan kata arah. namun, kebanyakan berita, artikel dan naskhah2 ilmiah menunjukkan ayat 1 yang betul.

Puan Rohaizah,

Kedua-dua penggunaan kata sendi nama dalam kedua-dua ayat itu  betul kerana  merujuk sasaran, iaitu manusia. Walau bagaimanapun, penggunaannya bergantung pada pengguna bahasa dan kebiasaan penggunaannya.

Tatabahasa24.02.2010
Bolehkah beri maksud kosa kata di bawah ini? 1 bertimbul balik 2 bertitik tolak 3 terkinja-kinja 4 tetupai 5 lemah lentur 6 buruk laku 7 lampu gantung 8 kecil molek 9 kering kersang 10 gelap mata Terima kasih1. Tiada dalam rujukan kami. 2. berasal atau berpunca (drpd). 3. terlonjak-lonjak (terloncat-loncat) kerana kegirangan dll: Dia ~ kegirangan selepas melihat keputusan peperiksaannya. 4. tupai-tupai. 5. tidak mudah patah (tetapi boleh dilentur­lentur), liat. 6. tidak baik kelakuannya. 7. lampu yg dipasangkan tergantung dr siling dsb (tidak terlekap pd dinding). 8. comel. 9. kering tidak subur (bkn tanah). 10. a) tidak dapat berfikir lagi kerana marah dsb (sehingga mengamuk, memukul, dsb); b) pitam: dia dibawa ke hospital setelah dia berasa ~ mata. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk http://prpm.gov.my. Cepat dan mudah. Makna25.02.2010
selamat malam, saya ingin mendapatkan maklumat mengenai maksud perkataan simbiotik, hedonisme dan mutualirisme. saya berharap pihak DBP dapat membantu. sekian, terima kasihMerujuk Kamus Dewan Edisi Empat, 1. simbiotik ialah (bkn hubungan erat) saling ber­gantung pd satu sama lain demi faedah dan kebaikan bersama: jelas sekali wujudnya hubungan ~ antara kegiatan pertanian dgn perindustrian di Malaysia. 2. Hedonisme ialah (hédonisme) pegangan atau pan­dang­an hidup yg mementingkan kese­ronokan atau kesenangan hidup. 3. Tiada kata mutualirisme yang terakam yang sumber rujukan kami, hanya kata mutualisme mengikut bidang geologi bermaksud kekesalingan dan mutualism mengikut bidang biologi bermaksud (kesalingan) satu bentuk simbiosis apabila kedua-dua pihak mendapat keuntungan tanpa menyebabkan kecederaan kepada mana-mana pihak.Makna08.10.2010
Boleh saya tahu apakah yang di maksudkan dengan "pegantungan"? Adakah ayat ini betul sekiranya; - Dadah membawa pegantungan fizikal dan psikologi ? Jika betul... Boleh tolong huraikan atau terangkan ayat tersebut? Terima kasihEjaan yang betul ialah pergantungan  yang bermaksud  1. alat atau tempat utk menggantung; 2. tempat bergantung (mis orang yg dipercayai atau yg boleh memberikan pertolongan), tempat bersandar, tempat mengharapkan pertolongan; 3. perihal (perbuatan, sikap) bergantung (pd sesuatu): jelaslah ~ pd beberapa barangan utama akan terus menjejaskan ekonomi negara. Ayat yang betul ialah Pesalah itu dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh hakim kerana mengedar dadah.Tatabahasa07.02.2010

Kembali ke atas