memohon gantung banner pada 15/5/15 hingga 14/6/15 di kawasan port dickson ,2 helai 20'x4' | Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 06.05.2015 |
memohon gantung banner di port dickson area !30 helai 2' x 5' pada hari 15/5/15 hingga 14/6/15 | Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 06.05.2015 |
daijatuhkan hukuman atau dijatuhi | Sila berikan ayat lengkap. Ayat "Pesalah itu dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh hakim kerana mengedar dadah" salah dan yang betul ialah "Pesalah itu dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh hakim kerana mengedar dadah". | Tatabahasa | 05.03.2010 |
Pilih ayat yang betul 1. Hulu keris itu bersadurkan perak. 2. Hakim menjatuhi hukuman gantung kepada pengedar dadah itu. | Ayat yang betul ialah ayat 1: Hulu keris itu bersadurkan perak. Ayat 2 salah dan yang betulnya ialah Hakim menjatuhkan hukuman gantung kepada pengedar dadah itu. | Tatabahasa | 03.03.2009 |
Imbuhan me - i hanya digunakan untuk orang yang menjadi penyambutnya seperti menghadiahi ibu dsb. Bagaimana pula dengan di - i dan di - kan. Contoh : i) Penjenayah itu dijatuhi hukuman gantung sampai mati. ii)Penjenayah itu dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Adakah kedua-dua bentuk ayat tersebut betul atau salah satu sahaja yang betul? | Sdr. Suhaimi, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Kedua-dua ayat tersebut betul penggunaannya. Ayat yang sama juga dapat dilihat pada ayat yang berikut. Ahmad menaiki tangga dan Ahmad menaikkan tangga. Terima kasih. | Tatabahasa | 24.06.2009 |
Bolehkah tuan terangkan penggunaan dan alasannya: 1a. dijatuhi 1b. dijatuhkan 2a. menjatuhi 2b. menjatuhkan 3a. tertarik oleh 3b. tertarik dengan 4a. membeli 4b. membelikan 5a. atau 5b. ataupun 6a. menghindari 6b. menghindarkan | 1. Perkataan "menjatuhi" diikuti objek bernyawa seperti Hakim menjatuhi pesalah hukuman gantung sampai mati, perkataan menjatuhkan diikuti objek tidak bernyawa seperti Hakim menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada pesalah. Perkataan dijatuhi dan dijatuhkan ialah bentuk pasif perkataan menjatuhi dan menjatuhkan. Lihat contoh ayat pesalah dijatuhi hukuman gantung sampai mati dan hukuman gantung sampai mati dijatuhkan kepada pesalah. 2. Frasa "tertarik oleh" dan "tertarik dengan", kedua-duanya sama maksud dan fungsinya. 3. Membeli bermaksud memperoleh barang dengan membayar, seperti "membeli kereta"; manakala membelikan bermaksud membeli untuk, seperti membelikan isterinya sebuah kereta. 4. Menghindari bermaksud menjauhkan diri daripada seperti ayat saya berusaha menghindarinya: dan menghindarkan bermaksud mengelakkan daripada seperti ayat Undang-undang telah digubal utk menghindarkan perbuatan rasuah. | Makna | 29.09.2014 |
Hakim menjatuhi pembunuh itu hukuman gantung (betul atau salah) | betul | Tatabahasa | 20.07.2011 |
Salam, berikut merupakan fail untuk Bunting di gantung pada tiang jalan. Diharap pihak DBP untuk memberi maklum balas tentang penggunaan bahasa yang betul. Terima Kasih | Iklan ini tiada masalah. Sila layari http://pb.dbpsahbahasa.my untuk pengesahan dan penyemakan iklan.
| Lain-lain | 29.11.2017 |
macam mana nak register lesen utk bannar gantung di kaki lima kedai? | Sila kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 29.04.2015 |
Salam mohon disemak bunting ini sebelum mendapat kebenaran untuk gantung. Arahan pegawai di Majlis Daerah kuala Pilah. Medium Bahasa Inggeris Penghawa dingin Penapis air Coway Kaedah Montessori Luas dan Selesa “Little Scientist” | Adakah pihak tuan/puan mahu membuat pengesahan bahasa iklan/ papan tanda premis perniagaan?. Jika ya, sila layari laman web dbpsahbahasa.my , kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan/ papan premis perniagaan anda. | Lain-lain | 29.09.2017 |