Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.ram.ga.ram] | ٢ ݢارم

Definisi : ; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), Roucheria griffithiana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata garam-garam

Puisi
 

Makan asam tidak bergaram,
     Garam ada di atas meja;
Melihat tuan kenangkan kawan,
     Kawanlah ada jauh di mata.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Garam jatuh di air.

Bermaksud :

Nasihat yang diterima dengan baik.

 

Lihat selanjutnya...(33)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Memasak. ' Letakkan' sedikit garam dalam campuran bahan ini, atau 'masukkan' sedikit garam dalam campuran bahan ini, yanag mana betul.Yang betul ialah 'Masukkan sedikit garam'.Tatabahasa20.12.2007
apakah maksud peribahasa membuang garam ke laut dengan mencurah air ke daun keladi? adakah kedua-duanya sama maksud?Peribahasa "Membuang garam ke laut" bermaksud menolong orang yang tidak perlu ditolong; atau berbudi kepada orang kaya. Peribahasa lain yang sama makna ialah memberi garam kepada laut atau memberi lauk kepada orang membantai. Mencurah air ke daun keladi bermaksud memberikan nasihat (ajaran dan sebagainya) yang tidak dapat meresap ke dalam hati.Lain-lain09.05.2012
apakah peribahasa yang sama erti dengan 1. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih? 2.mencurah garam ke laut?Dalam buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, peribahasa yang betul ialah "Hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya", walau bagaimanapun tidak dinyatakan peribahasa yang sama makna dengannya. Peribahasa yang kedua ialah "Memberi garam kepada laut" dan peribahasa yang sama makna ialah "Umpama semut mempersembahkan paha belalang kepada raja".Lain-lain08.09.2011
Penggunaan perkataan larut.. Gula dan garam larut di dalam air.. betulkah ayat ini? Adakah larut hanya boleh digunakan dengan kata nafi dan mesti menggunakan melarut di ayat di atas..Ayat tersebut betul kerana larut bermaksud hancur dan perkataan melarut juga betul dalam konteks ayat tersebut kerana melarut bermaksud menjadi hancur.Makna07.08.2012
Salam sejahtera, Soalan saya ialah I Gula dan garam larut di dalam air. Adakah ayat ini betul atau salah... Adakah larut ialah kata kerja tunggal.. Boleh kah mendapat senarai kata kerja tunggal BM? Terima kasih.Melihat kepada makna kata tersebut dalam Kamus Dewan, kedua-dua perkataan larut dan melarut betul dalam konteks ayat tersebut. Tidak banyak contoh kata kerja tunggal dalam buku Tatabahasa Dewan, antaranya ada, balik, datang, pulang, gagal dan hancur. Kebanyakan kata kerja tunggal bersifat tak transitif. Untuk maklumat lanjut, lihat halaman 150.Tatabahasa01.08.2012
maksud perkataan ulumMengikut Kamus Dewan Edisi Keempat kata alum bermaksud 1. layu (Jw)2. sejenis garam sulfat berganda bagi natrium dan kalium(digunakan untuk membuat samak, bahan ubat,dll.),tawas.Makna17.01.2008
Assalamualaikum.... 1. Apakah maksud 'tawas' secara terperinci? sila sertakan ayat bagi menambahkan kefahaman saya. 2. Apakah maksud 'ekahala'? sila sertakan ayat bagi menambahkan kefahaman saya.Tawas ialah sejenis garam galian berwarna putih serta kelat rasanya, manakala ekahala bermaksud mempunyai atau mengikut satu hala sahaja.Makna16.01.2010
apakah perbezaan dari segi penggunaan perkataan serdak dgn serbukBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, serdak ialah  debu halus (yg melekat pd barang-barang di rumah dll), habuk, manakala serbuk ialah  benda yg berbutir-butir dan halus (spt tepung, kopi, teh, dll), bubuk: ia mengibas-ngibas ~ kopi yg tertumpah di atas tikar; kena ~ termakan ubat guna-guna (dlm makanan); ~ besi habuk drpd besi yg telah digergaji dll; ~ bunga Id debunga; ~ gergaji habuk yg diperoleh ketika menggergaji papan dll, tahi gergaji; ~ letupan campuran serbuk sulfur, arang kayu, garam kalium, dll, yg menghasilkan letupan kuat apabila dinyalakan; ~ peluntur campuran garam kalsium (spt kalsium hipoklorit, kalsium klorida, kalsium hidroksida, dll) yg digunakan utk melunturkan bahan dan membuat ubat pembasmi kuman; ~ penaik campuran natrium bikarbonat dgn bahan lain (lazimnya asid tartarik) yg digunakan utk membuat roti dan kuih; ~ ubat ubat dlm bentuk serbuk;.Istilah09.06.2009
Boleh saya dapatkan terjemahan perkataan ini dalam bahasa Melayu: 1. 4-aminophenazone 2. Ethylenediaminetetraacetic acid disodium salt dihydrate 3. Catalyses Bolehkah saya menambah imbuhan untuk dijadikan sebagai kata kerja bagi perkataan yang diterjemahkan sperti di bawah: 1. Dikatalisiskan (daripada catalyse) 2. Dihomogenkan (daripada homogenous) 3. Divorteks (daripada vortex)1. Aminophenazone - aminofenazola
2. Istilah Ethylenediaminetetraacetic acid disodium salt dihydrate tidak ada dalam sumber rujukan, cadangan kami Asid etilenediaminetetra dinatrium garam dihidrat.
3. Boleh diletak imbuhan asalkan sesuai dengan konteks makna istilah tersebut.
Istilah06.08.2012
“Antara barang yang kami beli di pasar raya itu ialah ….” Pasangan “antara – ialah” seperti dalam ayat ini kerap kita temukan dan saya juga menggunakannya. Benarkah penggunaan kata “ialah” dalam ayat ini SALAH? Jika benar, mengapa dan apa pula pasangan yang betul?

Penggunaan kata pemeri "ialah"   hadir di hadapan atau sebelum kata nama dalam sesuatu ayat. Misalnya:

(i) Antara perkara yang dibicarakan dalam buku itu ialah masalah moral negara.

(ii) Bahasa Melayu ialah salah satu bahasa yang tergolong dalam keluarga Austronesia.

Oleh yang demikian,  ayat saudara: Antara barang yang kami beli di pasar raya itu ialah ….”  betul penggunaannya mengikut tatabahasa bahasa Melayu. Hal ini, demikian kata "ialah" dalam ayat ini menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat.

Walau bagaimanapun, tidak tepat sekiranya sdr mengatakan  "antara-ialah" sebagai pasangan.  Terdapat juga perkataan "antara" - "dengan". Misalnya;

(i) Antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi ada persamaannya.

Ayat sdr  seperti yang di atas dapat  juga dibina seperti berikut:

(ii)  Antara barang yang kami beli di pasar raya itu termasuk garam, gula, kopi, dan teh.

Sekiranya saudara ingin memahami  penggunaan kata sendi dan kata pemeri, sdr boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, terbitan DBP. 

Tatabahasa23.02.2009
12

Kembali ke atas