Ayat-ayat berikut yang manakah betul? Tolong membuat penerangan. Kata bilangan jamak & kata adjektif 1 Banyak ikan yang besar belaka ditemui di situ. 2 Ikan-ikan yang besar belaka ditemui di situ. 3 Ikan yang besar-besar belaka ditemui di situ. 1 Semua jurulatih di situ garang belaka. 2 Jurulatih-jurulatih di situ garang belaka. 3 Jurulatih di situ garang-garang belaka. 1 Saya dan keluarga di sini sihat belaka. 2 Saya dan keluarga di sini sihat-sihat belaka. | Berdasarkan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah frasa nama dan hadir sebelum frasa tersebut. Kata adjektif pula ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama atau frasa nama. Kata adjektif dikenali juga sebagai kata sifat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau sila layari laman web PRPM.
| Tatabahasa | 21.01.2022 |
warna yang garang. dari segi tatabahasa, bolehkah kita menggunakan perkataan garang dalam warna? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, entri garang mempunyai empat takrifan, iaitu 1. suka atau lekas menyerang dsb (apabila marah dsb), bengis, galak: anjing itu cukup ~; guru yg ~ menakutkan murid; 2. Mn suka, gemar; ~ makan kuat makan; 3. kencang (bkn angin dll), hebat: angin bukit tiba-tiba bertiup ~; 4. terang dan bercahaya (bkn warna), sangat cerah: kalau dulu orang gemar cara mekap yg natural, dlm tahun 1983 penggunaan warna yg ~ muncul pula. Berdasarkan takrifan ke-4, penggunaan garang untuk warna adalah betul. | Tokoh | 25.07.2010 |
Adrian tidak garang kepada saya. Betul? | Ayat ini kurang tepat. Untuk membantu puan menyemak ayat dan membina ayat yang betul, puan boleh merujuk guru bahasa Melayu di sekolah puan. Untuk memantapkan lagi kemahiran, puan juga boleh menyemak kamus bagi mendapatkan penggunaan kata yang betul dalam konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 17.05.2015 |
Seutas rantai terikat pada leher anjing yang garang itu. A Sekalung rantai B Seurat rantai C Serawan rantai D utas rantai munsyi, apakah jawaban lebih tepat? TQ | Jawapan yang betul ialah: Seutas rantai terikat pada leher anjing yang garang itu. | Tatabahasa | 25.03.2012 |
Saya ingin bertanya bolehkah perkataan yang diringkaskan atau akronim dibenarkan semasa menulis surat rasmi. contohnya.. PEMBAIKAN CERMIN RETAK DI IBU PEJABAT KD PANGLIMA GARANG (KDPG) | Lazimnya akronim dibina bagi meringkaskan frasa/entiti yang akan diulang beberapa kali dalam suatu wacana. Contohnya Jawatankuasa Memartabatkan Bahasa Kebangsaan akan diringkaskan menjadi JMBK dan dalam ayat yang seterusnya JMBK yang digunakan. Dalam contoh yang diberikan, kami berpandangan "Ibu Pejabat KD Panglima Garang" sebagai satu entiti dan sekiranya ada keperluan untuk membuat ringkasan perlulah merangkumi keseluruhan kata dalam frasa tersebut. | Lain-lain | 23.09.2024 |
Dia sentiasa rajin seperti semut untuk mengulang kaji pelajarannya. Dia sentiasa garang macam singa tetapi baik hati. Ayat ini boleh diterima? | Ayat ini kurang tepat. Untuk membantu puan menyemak ayat dan membina ayat yang betul, puan boleh merujuk guru bahasa Melayu di sekolah puan. Untuk memantapkan lagi kemahiran, puan juga boleh menyemak kamus bagi mendapatkan penggunaan kata yang betul dalam konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 17.05.2015 |
Afifah........semasa ......dengan seekor ular di luar pagar rumahnya. A. berteriak...terpijak B.teriak.....bersua C.teriakan...bertembung D. meneriak....terlihat 2........,berani kamu bersemuka dengan Panglima Hitam yang garang itu! A. wah B.syabas c.amboi d.cis | Ayat pertama tiada jawapan dan ayat kedua jawapannya ialah A. | Tatabahasa | 11.07.2012 |
HARIMAU TINGGAL DI DALAM HUTAN ATAU HARUMAU TINGGAL DI HUTAN DALAM? AYAT MANAKAH YANG BETUL? HUTAN DALAM BERERTI JAUH DALAM HUTAN MANAKALA DI DALAM HUTAN SEPERTI LEBIHAN AKJEFTIF. AYAT SEPERTI 'DI DALAM HUTAN TERDAPAT SEEKOR HARIMAU YANG GARANG' AYAT INI MEMANG BETUL. SILA CONFIRM KAN TERIMA KASIH. SEKIRANYA SAYA BERTANYA ' SAYA TINGGAL DI DALAM KAMPUNG ATAU SAYA TINGGAL DI KAMPUNG'? | 1. Harimau tinggal di dalam hutan. 2. Saya tinggal di kampung. | Tatabahasa | 28.07.2015 |
Apakah bezanya syarahan dengan pidato dari segi penyampaian dan nada suara ketika bertanding ? Saya selalu mengambil bahagian dalan pertandingan syarahan Bahasa Malaysia antara sekolah. teks syarahan disediakan oleh pihak JPN. Namun saya adakalanya dikomen terlalu keras dan garang seperti berpidato. Harap huraikan dengan terperinci agar saya tidak serba salah. | Mengikut Kamus Dewan, syarahan dan pidato sama maksudnya. Oleh itu, tidak ada ciri khusus yang membeza antara kedua-dua kata tersebut. | Makna | 02.12.2008 |
Adakah 'pereda' membawa apa-apa maksud jika ia digunakan di dalam sebuah puisi. Kata asalnya REDA. Namun dalam puisi tersebut ditambah imbuhan PE dengan menjadikannya PEREDA. Contoh : Dalam kelam malam seorang ibu menjadi PEREDA tangisan anak-anak tatkala kilat garang di luar | "Pereda" ada membawa maksud. Bukan sekadar dalam puisi, bahkan digunakan dalam penulisan pelbagai bidang termasuk bidang sains. Contohnya: Antidote bermaksud ubatan untuk menjadi penawar atau pereda kesan bisa atau keracunan sesuatu. | Lain-lain | 31.05.2016 |