Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kasar dan besar (suara), garuk, parau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kasar dan besar bunyinya (ttg suara); parau. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata garau


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Puan, Ayat berikut patut menggunakan perkataan "serak" atau "garau" ? Suara adik _________ kerana terlalu lama menangis. Terima kasih.Perkataan yang tepat ialah serak.Tatabahasa19.08.2013
salam sejahtera, 1. adakah perkataan ini :mendung, kuat, kecil, kencang, dan lebat, merupakan kata adjektif pancaindera? Jika ya,boleh tolong nyatakan sama ada deria dengar, lihat dll. tqPerkataan yang diberi tidak tergolong dalam kata adjektif pancaindera. Contoh kata adjektif pancaindera: 1. Deria rasa - sedap dan masam
2. Deria pandang - cantik dan hodoh
3. Deria dengar - bising dan garau
4. Deria bau - harum dan busuk
5. Deria sentuh - halus dan keras
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku tatabahasa Dewan, halaman 232.
Tatabahasa25.03.2012

Kembali ke atas