Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : keras tetapi rapuh (keropok, roti, dll), kering dan mudah hancur, rangup;menggaringkan menjadikan garing: biarlah ikan itu digoreng lama sedikit utk ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata garing I

Peribahasa

Sudah jatuh ditimpa tangga.

Bermaksud :

Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lagi jatuh ditimpa tangga, b. Sudah basah kehujanan, c. Sudah hamba diperhamba pula, d. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula, e. Terjatuh dihimpit janjang).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbazaan antara 'rangup' dengan 'garing'?Rangup ialah mudah pecah; rapuh: biskut yang ~. merangupkan menjadikan rangup: Bahan itu dicampurkan untuk ~ kuih. kerangupan keadaan atau sifat rangup: Biskut itu digemari kerana ~nya.


Garing pula ialah agak keras dan kering tetapi rapuh: <i>Biskut itu ~ dan rangup.i> 2. keras dan telah dimasak lebih lama daripada yang sepatutnya: <i>Ikan itu digoreng terlalu ~ hingga hampir-hampir hangus.i>
Makna29.07.2013
Tolong bantu saya untuk memastikan penggunaan perkataan bagi ayat-ayat berikut. Harap berikan penjelasan. Terima kasih. 1. Tok Wan (memotong/menebas) rumput dengan sebilah sabit. 2. Cik Julia berjalan sambil (mengepit/mengelek) sebuah fail peribadinya. 3. "Jangan sekali-kali (kamu/kalian) melanggar peraturan sekolah," kata Puan Lai kepada anak-anaknya. 4. "Tekanan darah (awak/kamu/engkau/anda) masih tinggi. Oleh itu, berehatlah," kata doktor kepada pesakitnya. 5. Jenazah negarawan ulung itu akan ( disemadikan /dimakamkan/dikuburkan/dikebumikan) pada tengah hari esok. 6. Kedua-dua ekor ayam itu sedang (berlaga/beradu). 7. Ular sawa yang besar telah (melilit/membelit) badan anak kambing itu sehingga mati. 8. Saya suka makan (kek berperisa oren/kek oren ). 9. rapuh/rangup/garing a) biskut yang __________. b) keropok yang ________. c) ikan yang digoreng sehingga ___________. 8. Kertas soalan ini disedia/disediakan oleh Cikgu Ali dan disemak/disemakkan oleh Cikgu Abu. 9.Pasar itu sangat riuh-rendah dengan suara orang ramai.1. Tok Wan (memotong) rumput dengan sebilah sabit. 2. Cik Julia berjalan sambil (mengepit/mengelek) sebuah fail peribadinya. 3. "Jangan sekali-kali (kamu/kalian) melanggar peraturan sekolah," kata Puan Lai kepada anak-anaknya. 4. "Tekanan darah (awak/kamu/engkau/anda) masih tinggi. Oleh itu, berehatlah," kata doktor kepada pesakitnya. 5. Jenazah negarawan ulung itu akan (disemadikan/dikebumikan) pada tengah hari esok. 6. Kedua-dua ekor ayam itu sedang (berlaga/beradu). 7. Ular sawa yang besar telah (melilit/membelit) badan anak kambing itu sehingga mati. 8. Saya suka makan (kek berperisa oren). atau Kek Oren (nama kek) 9. a) biskut yang rangup. b) keropok yang rapuh/garing. c) ikan yang digoreng sehingga garing. 8. Kertas soalan ini disediakan oleh Cikgu Ali dan disemak oleh Cikgu Abu. 9.Pasar itu sangat riuh-rendah dengan suara orang ramai. - sila rujuk Kamus Dewan untuk melihat kesesuaian pilihan perkataan yang diberi pada setiap soalan.Tatabahasa05.10.2008

Kembali ke atas