Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tanda yg panjang halus yg dibuat pd sesuatu permukaan, garisan: melukis dr ~ A ke ~ B; 2. calar: ~-~ di badannya masih kelihatan akibat kena rotan; 3. kedut pd kulit muka; 4. tanda yg panjang halus pd tapak tangan; 5. (dlm beberapa permainan) tanda yg dibuat utk membatasi gelanggang atau bahagian-bahagiannya, garisan; 6. baris pertahanan (kubu dll), garisan: pasukannya dapat menembusi ~ pertahanan musuh; 7. had, batas, ketentuan: kita harus menunaikan tugas kita menurut ~-~ yg telah ditentukan;~ akhir baris penghabisan dlm perlumbaan; ~ bahagi garis yg membahagi dua sesuatu sudut; ~ belakang barisan yg tidak terlibat langsung dlm medan perang; ~-~ besar perkara-perkara yg mustahak; ~ depan a) barisan yg paling depan; b) garis pertahanan yg menghadapi musuh; ~ haluan = ~ panduan panduan atau petunjuk-petunjuk yg perlu diikut, dasar (ciri-ciri utama dsb) yg boleh dijadikan panduan atau pegangan; ~ miring garis yg condong ke bawah dan menyerong; ~ pemisah garis (batas, sempadan, panduan) yg memisahkan sesuatu dgn yg lain; ~ pusat garis yg menerusi pusat dan disempadankan oleh lilitan bulatan; ~ rentas garis yg menghubungkan dua titik pd bulatan; ~ sendeng (Mat) hipotenus; ~ sentuh garis yg menyentuh suatu titik pd lilitan bulatan; ~ singgung garis yg bersentuhan (terlalu rapat); ~ tegak garis lurus yg membuat sudut 90° dgn garis yg lain; ~ tengah Id garis pusat; bergaris mempunyai garis: kad ~;bergaris-garis banyak garisnya; menggaris membuat garis; menggariskan 1. membuat garis pd (sesuatu), menandakan (sesuatu) dgn garis: ~ perkataan-perkataan yg dieja salah; 2. menyatakan aspek-aspek atau ciri-ciri utama sesuatu (biasanya secara am atau tidak terperinci): Rancangan Malaysia Kelima ~ beberapa dasar, strategi, dan program utama; garisan 1. tanda yg halus panjang pd sesuatu permukaan yg tidak ada tebalnya dan lebarnya, garis: beberapa ~ berwarna hijau terdapat pd kertas itu; 2. coret panjang yg dibuat utk menandai batas atau sempadan, garis: dia menendang bola itu keluar ~; 3. barisan kubu utk bertahan, deretan benteng utk mempertahankan kawasan yg dikuasai, garis: pasukan komando kita telah berjaya menawan ~ musuh; ~ bujur (Geog) garis di peta dr kutub utara sampai ke kutub selatan; ~ lintang (Geog) garis di peta yg selari dgn khatulistiwa;~ penamat garis yg menandakan tempat berakhirnya perlumbaan; ~ pusat garis pusat; ~ rentas garis rentas; ~ sejajar = ~ selari dua garis yg sama jarak antaranya;penggaris = kayu ~ kayu berskala utk membuat garis atau mengukur panjang garis dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata garis I

Peribahasa

Sumbing melalui (= meluaki),
     retak melampaui tara (= garis).

Bermaksud :

Perbuatan yang sudah melampaui batas. (Peribahasa lain yang sama makna: Retak melampaui tara [= garis]).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
garis panduan-garis panduan atau garis-garis panduangaris-garis panduanEjaan09.09.2011
kata gandaan yang betul bagi kapal terbang dan garis panduan; adakah kapal-kapal terbang atau kapal terbang-kapal terbang; dan garis-garis panduan atau garis panduan-garis panduan?kapal-kapal terbang dan garis-garis panduan.Tatabahasa23.07.2007
Setiap aksara Cina terdiri daripada garis lurus, garis miring, titik dan sebagainya. Adakah sesuai jika bahagian-bahagian yang membentuk aksara Cina ini disebut sebagai "lejang aksara"? Atau disebut "titik dan garis aksara Cina" sahaja? Terima kasih.Lejang aksara boleh digunakan bagi merujuk aksara Cina seperti yang dimaksudkan.Lain-lain23.12.2017
Saya ingin memohon pencerahan mengenai arahan di bawah. Arahan yang manakah lebih tepat: 1. Sambung garisan putus-putus. 2. Sambung garis putus-putus. Atau ada cadangan yang lebih baik daripada pihak tuan.Dalam Kamus Dewan,  perkatan garis dan garisan ditakrifkan sebagai tanda panjang halus yang dibuat pada sesuatu permukaan.

Contoh penggunaan garis dan garisan: garis panduan, garis kasar (rangka),garis-garis di tapak tangan,   garisan Khatulistiwa, garisan kontur,garisan penamat.

Dalam contoh yang diberikan penggunaan kedua-duanya boleh digunakan.

Tatabahasa11.08.2016
terjemahan bagi frasa "The Central Line of the Scripture" ialah "Garisan pusat Kitab" atau "Garis pusat Kitab" atau Garisan pusat dalam Kitab"? Dalam keterangan saudara, sila nyatakan perbezaan antara garisan dan garis dari sudut BM, dan juga penggunaan kata sendi "dalam" dari sudut BM dalam penterjamahan.

Terjemahan frasa ini ialah Bahagian Tengah Kitab/ Kitab Suci. Dalam Kamus Dewan,  perkatan garis dan garisan ditakrifkan sebagai tanda panjang halus yang dibuat pada sesuatu permukaan. Walaupun maknanya sama tetapi penggunaannya perlulah bersesuaian. Imbuhan an membawa maksud perluasan kawasan misalnya; darat   -  daratan, garis   -  garisan.

Contoh penggunaan garis dan garisan: garis panduan, garis kasar (rangka),garis-garis di tapak tangan,   garisan Khatulistiwa, garisan kontur,garisan penamat.

Makna11.05.2011
Apakah maksud pertanyaan hasyur?Menurut Kamus Dewan, "hasyur" bermaksud garis-garis pd peta bagi menunjukkan lereng gunung (merujuk bidang Geografi)Makna10.06.2007
Apakah maksud "Garis panduan dalam ayat ini?Garis panduan ini membantu pengurus membuat keputusan dan mengambil tindakan yang sewajarnya.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud "Garis panduan" ialah "panduan atau petunjuk-petunjuk yang perlu diikut, dasar (ciri-ciri utama dsb) yang boleh dijadikan panduan atau pegangan.Makna01.07.2022
Ayat "Garis Panduan Pengeluaran Fatwa di Pulau Pinang". 1. Adakah perkataan "Garis Panduan" boleh digantikan dengan "Tatacara" atau "Amalan"? 2. Apakah perkataan yang paling sesuai digunakan dalam ayat tersebut di atas?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempatgaris panduan bermaksud panduan atau petunjuk-petunjuk yg perlu diikut, dasar (ciri-ciri utama dsbnya.) yg boleh dijadikan panduan atau pegangan; Maksud Tatacara pula ialah: 1. adat istiadat; 2. adat resam; 3. cara dan peraturan, prosedur: ~
Manakala maksud amalan pula ialah: 1. sesuatu yg dilakukan (dilaksana­kan, dikerjakan, dsbnya) sbg suatu kebiasaan; pd ~nya yg sebenarnya berlaku atau terdapat, pd praktiknya, pd kebiasaannya: pd ~nya, hanya sebuah parti politik dan sebuah ke­satuan sekerja sahaja yg dibenarkan ber­gerak dlm. sesebuah ladang; 2. perbuatan baik, kebajikan;

Berdasarkan maksud/makna perkataaan yang dinyatakan di atas, perkataan garis panduan dan tatacara boleh digunakan dalam ayat tuan tersebut. Namun begitu, perkataan yang lebih sesuai ialah garis panduan.
Lain-lain14.11.2018
apakah maksud garis kasar? adakah bermaksud garisan yang tidak halus atau?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, garis kasar bermaksud 1. garis yang dilukis secara kasar 2. rangka, catatan ringkas, maklumat utama (yang dikemukakan tidak secara terperinci)Makna10.02.2011
Ingin meminta salinan Garis Panduan Papan Iklan terbitan DBP, terima kasih.DBP tidak menerbitkan Garis Panduan Papan Iklan.  Saudara boleh merujuk dan meminta Pihak Berkuasa Tempatan, misalnya Dewan Bandaraya salinan garis panduan yang ditetapkan oleh mereka.  DBP hanya diberi kuasa untuk meneliti dan mengesahkan bahasa Melayu yang digunakan dalam iklan tersebut.Lain-lain13.05.2011
12345678910...

Kembali ke atas