Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Mn; pitis ~ wang keping (Inggeris). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata garis II


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pertanyaan penggunaan bahasa yang betul. i. Reka bentuk atau rekabentuk. Cth. Unit Rekabentuk ii. Orang Kurang Upaya atau Orang Kelainan Upaya iii. Rujukan pada kontrak/garis panduan. Cth. Menurut klausa 12 syarat-syarat kontrak. Penggunaan menurut atau mengikut? klausa atau perenggan atau para yang sesuai kepada kontrak/garis panduan? iv. kemudahan atau fasiliti. cth tanjakan aras (ramps)/ tandas OKU merupakan kemudahan atau fasiliti OKU v. kebolehaksesan atau aksesibiliti. Cth. akses kepada sistem. sekian, terima kasih.1. Ejaan yang tepat ialah reka bentuk.
2. Istilah yang ada dalam pangkalan data kami ialah "Orang Kurang Upaya" atau ringkasnya OKU. Kami maklum dengan perkembangan terkini, iaitu penggunaan "Orang Kelainan Upaya" yang seolah-olah menggantikan istilah OKU sebelum ini. Walau bagaimanapun, belum ada sebarang perubahan dan penggunaan "Orang Kurang Upaya" masih dikekalkan.
3. Rujukan pada kontrak/garis panduan - kedua-duanya boleh digunakan.
4. Menurut atau mengikut - kedua-dua perkataan ini boleh digunakan.
5. klausa atau perenggan atau para  - kontrak/ garis panduan klausa dan perenggan sesuai digunakan manakala para merujuk kepada bilangan jamak seperti "para pelajar", para guru dan lain-lain.  
6. kemudahan atau fasiliti - untuk maklum, kata facility diberikan padanan kemudahan dalam bahasa Melayu, tidak ada perkataan fasiliti dalam Kamus Dewan.Oleh sebab itu, gunakanlah perkataan kemudahan dalam penulisan tuan.
7. Istilah bahasa Melayu yang lain bagi accessibility ialah kebolehcapaian.
Istilah09.06.2017
Perbezaan Garis Panduan / Dasar / Polisi dan susunan keutamaan.

1.  Makna garis panduan: (i) panduan atau petunjuk-petunjuk yg perlu diikut, dasar (ciri-ciri utama dsb.) yg boleh dijadikan panduan atau pegangan.

2.  Makna dasar: (i) pertimbangan (cara, sistem, dll) yg pokok bkn sesuatu, asas, prinsip, teras; (ii) pendirian yg menjadi asas segala tindakan (sikap, keputusan, dll), polisi; (iii) yg menjadi bahagian (faktor) terpenting, asas, pokok.

3.  Makna polisi (i) rancangan tindakan yg telah dipersetujui secara rasmi sbg asas untuk membuat atau melaksanakan sesuatu keputusan, dasar; (ii) dokumen yg mengandungi kontrak insurans.

 

Daripada makna yang telah dihuraikan, maka sewajarnya susunan keutamaan ialah (i) DASAR; (ii) POLISI; dan (iii) GARIS PANDUAN.

Makna30.12.2016
Dengan hormatnya saya ingin bertanya, adakah Dewan Bahasa dan Pustaka mempunyai sebarang dokumen garis panduan, dasar atau peraturan rasmi yang boleh dijadikan rujukan berhubung penamaan projek pembangunan atau hartanah, khususnya di negeri Sabah atau di kawasan sekitar Kota Kinabalu? Pertanyaan ini diajukan bagi memastikan penggunaan nama yang selaras dengan ketetapan bahasa kebangsaan serta mengambil kira sensitiviti tempatan. Segala perhatian dan kerjasama pihak tuan/puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Berikut dinyatakan secara ringkas mengenai garis panduan yang diguna pakai. Garis panduan lengkap akan dihantar melalui e-mel.

 

i.              Syarat utama pengesahan penamaan adalah menggunakan nama dalam bahasa Melayu yang baik dan betul, sesuai dengan konteks penggunaan.

ii.              Garis panduan penamaan DBP adalah merujuk kepada Garis Panduan Penamaan yang dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

iii.             Nama yang telah diluluskan oleh OSC adalah diterima untuk pengesahan iklan. Walau bagaimanapun, pemohon/pelanggan perlu mengemukakan bukti kelulusan penamaan yang diterima daripada pihak PBT/OSC.

Lain-lain02.09.2025
Minta jelaskan perbezaan penggunaan i) hingga dan sehingga ii) sejak dan semenjak'Hingga' bermaksud garis terakhir, batas; sampai ke (had tempat, waktu, dll). Contoh : percakapan terhenti hingga itu; hingga kini. 'Sehingga' bermaksud sampai pada keadaan (masa,dll); sampai menjadi; setelah (sudah). Contoh : sehingga matahari telah condong ke barat, barulah Si Tanggang berkayuh balik.Makna29.03.2008
Assalamualaikum DBP. Saya Mohamad Syahir Bin Fadzil dari Jabatan Kesihatan Negeri Perlis. Saya ingin kepastian berkaitan cara membaca atau menyebut simbol / yang digunakan di dalam format nombor laporan polis. Sebagai contoh nombor laporan polis ARAU/002121/20. i) Adakah dibaca sebagai ARAU palang 002121 palang 20? ii) Ataupun adakah dibaca sebagai ARAU garis miring 002121 garis miring 20 ? Sekian soalan saya. Terima kasih.Penggunaan perkataan yang sesuai ialah palang.Lain-lain12.04.2020
Boleh saya dapatkan terjemahan untuk istilah berikut: i. xylol ii. N-[2-hydroxyetil]piperazine-N’-[etanasulfonik asid] aluminium potassium sulphate dodecahydrate iii. sperm mid-piece iv. straight-line velocity (VSL) v. average-path velocity (VAP) vi. amplitude of lateral displacement of the centroid (ALH) vii. curvilinear velocity (VCL) viii. beat cross frequency (BCF) Terima kasih.Cadangan padanan bahasa Melayu untuk istilah yang diberikan adalah seperti yang berikut:

i. xylol - xilol

ii. N-[2-hydroxyetil]piperazine-N’-[etanasulfonik asid] aluminium potassium sulphate dodecahydrate - N-[2-hidroksietil]piperazina-N'-[asid etanasulfonik] aluminium kalium sulfat dodekahidrat 

iii. sperm mid-piece - bahagian tengah sperma

iv. straight-line velocity (VSL) - halaju garis lurus

v. average-path velocity (VAP) - halaju laluan purata

vi. amplitude of lateral displacement of the centroid (ALH) - amplitud alihan sisi sentroid

vii. curvilinear velocity (VCL) - halaju garis melengkung

viii. beat cross frequency (BCF) - frekuensi silang rentak
Istilah15.04.2012
Penggunaan perkataan 'DAN' atau 'ATAU' di dalam Buku Garis Panduan perlukah diletakkan di setiap penyataan atau sebelum penyataan terakhir sahaja? Jika diletakkan pada penyataan terakhir sahaja, adakah ia secara automatik diaplikasikan terhadap penyataan-penyataan sebelumnya? Contoh seperti yang dilampirkan. Terima kasih.

Untuk makluman, penggunaan yang tepat ialah "Contoh 1":

 2.4 Menentukan Jumlah Kredit

24.2.1 Jumlah kredit yang boleh diambil oleh pelajar bagi sesuatu semester adalah seperti dinyatakan pada perkara 14.2.

24.2.2 Pelajar boleh mengambil jumlah kredit kurang daripada dua belas (12) sekiranya memenuhi mana-mana satu syarat di bawah:

i. pelajar semester akhir; atau

ii. pelajar mengikuti semester pendek; atau

iii. pelajar Kursus Secara Sambilan (KSS), atau apa-apa program seumpamanya; atau

iv. pelajar mendapat keputusan Kedudukan Bersyarat (KS) pada semester sebelumnya;

 

Lain-lain05.10.2015
1. Kajian lepas menggunakan skala pengukuran "amat sangat tidak setuju" oleh penyelidik lalu. Item dan skala pengukuran bagi instrumen yang digunakan telah disahkan oleh pakar penilai dalam pembinaan item dan pengukuran. Antara kajian lepas yang menggunakan skala pengukuran "amat sangat tidak setuju" ialah: i. Garis panduan pembangunan media pengajaran berkonsepkanpenceriataan digital untuk tablet skin sentuh. Tesis UUM. ii. Kebolehpercayaan dan korelasi elemen multimedia dan antara muka tablet dalam menilai penceriataan digital. Artikel berindeks. Pengkaji diminta oleh pemeriksa tesis untuk mendapatkan pengesahan dari pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk dimuatkan didalam tesis. 2. Mohon penerangan mengenai perbezaan antara: i. Jarang dengan sekali sekala ii. Sering dengan kerap Terima kasih.Penggunaan frasa yang betul ialah "sangat tidak setuju" atau "amat tidak setuju". 

 Perbezaan antara "jarang" dan "sekali-sekala" atau “sering” dengan “kerap”.  Menurut  Kamus Dewan Perdana makna perkataan "jarang" ialah tidak kerap atau tidak rapat kedudukannya antara satu sama lain, manakala “sekali-sekala” ialah ada masa atau ketika atau hanya sesekali sahaja. Perkataan “sering” dengan “kerap” juga tiada banyak perbezaannya. "Sering" ialah secara kerap atau selalu, manakala "kerap" pula bermaksud rapat sehingga tidak kelihatan sela antara satu sama lain atau rapat susunannya antara sama lain
Lain-lain06.01.2023
1. Apakah perbezaan antara garisi dengan gariskan? 2. Apakah perbezaan antara diperhati dengan diperhatikan? Terima kasih.

Penggunaan yang betul ialah ‘gariskan’dan ‘diperhatikan’. Akhiran –kan mempunyai dua pengertian khusus, dalam soalan tuan, –kan memberi pengertian kausatif atau menyebabkan jadi, contohnya:

buku – bukukan (menyebabkan jadi buku)

garis – gariskan (menyebabkan jadi ada garis)

Manakala, akhiran-I tanpa awalan wujud hanya dalam dua bentuk tertentu, iaitu:

(i)           Dalam ayat pasif orang pertama dan kedua, contohnya: Perkara itu mesti kamu halusi.

 

(ii)         Dalam ayat suruhan, contohnya: Tolong baiki basikal yang rosak itu.

 

Rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 183-190.

 

 

Tatabahasa28.04.2014
Salam sejahtera. Saya nak tanya adakah DBP menyimpan sebarang maklumat terperinci mengenai gaya penulisan ilmiah (Gaya Dewan) khususnya dalam menulis nota kaki dan bibliografi? Terima kasih.

Saudara Ronil,

bibliografi ditulis mengikut kaedah ini:

  i.  Nama penulis, editor, atau penyusun diikuti dengan tanda koma.

 ii.  Tahun terbit diikuti dengan tanda noktah.

iii.   Judul dicetak dalam huruf condong, diikuti dengan tanda noktah.

 iv.  Jilid, diikuti dengan tanda noktah.

 v.   Edisi dan cetakan, diikuti dengan tanda noktah.

 vi.  Tempat terbit diikuti dengan tanda titik betindih.

 vii.  Nama penerbit diikuti dengan tanda noktah.

viii.  Nama penterjemah, diikuti dengan tanda noktah.

 ix.  Judul penerbitan berkala, diikuti dengan tanda noktah.

  x.  Kata singkatan "dlm." dan "hlm." .

 xi.  Bilangan siri, jika berkaitan, diikuti dengan tanda noktah.

xii.  Bentuk penerbitan, jika berkaitan, diikuti dengan tanda noktah.

Nota kaki ditulis di sebelah bawah ruang teks, pada halaman yang sama. Nota kaki dipisahkan daripada teks, oleh satu garis pemisah mendatar dan ditulis santak kiri. Teks nota hendaklah ditulis sebaris dengan nombor nota. Baris berikutnya hendaklah selajur dengan ayat pertama nota itu.  Nombor rujukan nota kaki di dalam teks hendaklah dalam bentuk superskrip dan ditulis berurutan, bermula dengan nombor satu bagi setiap bab. Jika di dalam sesebuah buku itu terdapat banyak nota yang panjang, bahan ini bolehlah disusun sebagai nota bab atat nota hujung. 

Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga. 

 

Lain-lain04.03.2010
12

Kembali ke atas