Salam sejahtera, Apakah nama-nama simbol seperti @, #, &, *, -, _, / dan lainnya dalam Bahasa Melayu? Terima Kasih. NAIMJALIL | Dalam buku Gaya Dewan tanda baca atau simbol yang diberi nama dan ada fungsinya tersendiri dalam penulisan adalah seperti yang berikut: ( - ) ialah sempang dan ( / ) ialah garis miring; simbol yang lain tidak ada dalam buku ini tetapi lazimnya ( _ ) dikenali sebagai garis bawah, ( * ) bintang, ( # ) garis silang; manakala simbol ( & ) bermaksud dan dan simbol ( @ ) bermaksud atau dan di (ikut kesesuaian konteks penggunaannya). | Lain-lain | 26.01.2011 |
Tepat atau tidak ayat di bawah: Jawatankuasa ini bertanggungjawab mengenalpasti beberapa garis panduan untuk diperkenalkan dengan tujuan untuk meningkatkan kecekapan dan mempercepatkan adjudikasi kes-kes pertikaian. | Ayat yang betul : Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk mengenal pasti beberapa garis panduan bagi diperkenalkan dengan tujuan untuk meningkatkan kecekapan dan mempercepat adjudikasi kes-kes pertikaian. | Tatabahasa | 12.05.2008 |
1) Apakah perkataan yang sesuai untuk tempat kosong di bawah? Menggarisi atau menggariskan?Mengapa? Cikgu Zafarul meminta murid-muridnya _________isi-isi penting daam petikan itu. 2) Apakah perkataan yang sesuai untuk tempat kosong di bawah? Mengajar atau mengajarkan?Mengapa? Cikgu Hanisah ________ Bahasa Meayu tahun 6 sejak lima tahun yang lalu. 3) Adakah perkataan jenis perlu diletakkan selepas perkataan pelbagai atau berbagai-bagai bagi ayat di bawah? -Pelbagai-bagai jenis makanan tradisional Melayu dijual di Restoran Sutera Permai. | 1) Cikgu Zafarul meminta murid-muridnya menggarisi isi-isi penting daam petikan itu. Menggaris bermaksud memberi bergaris pada sesuatu, manakala menggariskan bermaksud membuat garis dengan sesuatu. 2) Cikgu Hanisah mengajarkan Bahasa Meayu tahun 6 sejak lima tahun yang lalu. Mengajarkan bermaksud mengajar sesuatu kepada seseorang dan mengajar bermaksud menyampaikan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada orang lain. 3) Pelbagai makanan tradisional Melayu dijual di Restoran Sutera Permai. Pelbagai bermaksud bagai dan jenis. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Pelajar, terbitan DBP. | Tatabahasa | 11.06.2013 |
PANDUAN MENULIS SURAT RASMI Panduan yang diberikan untuk kegunaan jabatan kerajaan dan bukan untuk tujuan peperiksaan awam. Cara menulis surat rasmi: 8. Perkara atau Tajuk Surat: 8.1 Ditulis dengan langkau dua di bawah perkataan menghadap surat iaitu selajur dengan nama dan alamat pengirim serta penerima. 8.2 Tajuk surat hendaklah tepat,ringkas dan padat serta dapat membayangkan kandungan surat. 8.3 Huruf pertama pada setiap perkataan hendaklah ditulis dengan huruf besar dan digariskan. 8.4 Jika tajuk surat lebih daripada satu baris, hanya baris terakhir digariskan. 8.5 Tajuk surat tidak perlu diletakkan noktah. Contoh: Maklumat Guru Sandaran Tidak Terlatih,Guru Kursus Dalam Cuti dan Guru Kontrak Bagi Daerah Kuala Kangsar Tahun 2003 * Tajuk surat mesti digaris Tetapi kenapa masih ada lagi surat-surat rasmi daripada mana-mana pihak yang menggunakan HURUF BESAR untuk tajuk surat rasmi atau pekeliling2????? Sedangkan apa yang dipelajari di sekolah-sekolah...tajuk surat rasmi hendaklah ditulis menggunakan huruf kecil dan kata sendi nama kecuali bagi huruf pertama setiap perkataan | Garis panduan penulisan surat rasmi kerajaan adalah seperti yang terkandung dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 tahun 2007. DBP sebagai salah sebuah agensi kerajaan mematuhi garis panduan tersebut dan menggalakkan agensi awam yang lain mematuhi garis panduan ini. Walau bagaimanapun bagi tujuan peperiksaan, pelajar hendaklah mematuhi tatacara penulisan surat rasmi yang diajar oleh guru. | Lain-lain | 05.06.2013 |
Saya mohon bantuan untuk DBP komen /perbetulkan ayat di bawah: Pemberian ini diberikan oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri untuk membantu perbelanjaan mengurus dan pembangunan agensi lain seperti Badan Berkanun, Pihak berkuasa Tempatan, Koperasi dan Badan-Bandan Bukan Kerajaan mengikut undang-undang dan aturan dan peraturan kewangan yang lain atau keputusan Majlis Kewangan Negara atau Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri/Kabinet Negeri. Nota: 'aturan dan peraturan' adalah merupakan satu perkara. | aturan 1. cara mengatur, susunan: ~ buku dlm perpustakaan ini, menurut cara Dewey; 2. segala yg telah ditentukan atau ditetapkan utk diturut, peraturan: membuat sesuatu itu biarlah menurut ~nya; 3. adat sopan santun, ketertiban: tidak tahu ~ tidak tahu adat; 4. = ~nya Id sebetulnya, sebenarnya: ~(nya) harus diberitahukan terlebih dahulu; peraturan 1. segala yg telah ditentukan (ditetapkan dsb) dan harus diturut atau dipatuhi: setiap pekerja hendaklah mematuhi ~ pejabat; ~ lalu lintas; ~ mesyuarat; ~ kera jaan peraturan (ketentuan, garis panduan, dsb) yg dibuat oleh kerajaan; 2. sl hubungan keluarga (kpd); | Makna | 16.08.2007 |
Assalaamualaikum, Minta tolong dengan istilah melayu bagi; 1. bunga FORGET-ME-NOT 2. burung KOOKABURRA ... dan pernahkan dewan terbitkan buku tentang nama bunga & burung negara ini? Teriman kasih. | Encik Adli, Nama bunga 'forget-me-not' tiada padanannya dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun 'burung kookaburra' dieja sebagai burung kokabura dalam bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka ada menerbitkan buku Garis Panduan Menamai Syarikat, Bangunan, kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan yang antaranya memuatkan senarai nama bunga, pokok dan haiwan. buku ini boleh dibeli di Kedai Buku Koperasi DBP, tingkat bawah, Menara DBP. | Lain-lain | 29.12.2009 |
Salam sejahtera. Saya nak tanya adakah DBP menyimpan sebarang maklumat terperinci mengenai gaya penulisan ilmiah (Gaya Dewan) khususnya dalam menulis nota kaki dan bibliografi? Terima kasih. | Saudara Ronil, bibliografi ditulis mengikut kaedah ini: i. Nama penulis, editor, atau penyusun diikuti dengan tanda koma. ii. Tahun terbit diikuti dengan tanda noktah. iii. Judul dicetak dalam huruf condong, diikuti dengan tanda noktah. iv. Jilid, diikuti dengan tanda noktah. v. Edisi dan cetakan, diikuti dengan tanda noktah. vi. Tempat terbit diikuti dengan tanda titik betindih. vii. Nama penerbit diikuti dengan tanda noktah. viii. Nama penterjemah, diikuti dengan tanda noktah. ix. Judul penerbitan berkala, diikuti dengan tanda noktah. x. Kata singkatan "dlm." dan "hlm." . xi. Bilangan siri, jika berkaitan, diikuti dengan tanda noktah. xii. Bentuk penerbitan, jika berkaitan, diikuti dengan tanda noktah. Nota kaki ditulis di sebelah bawah ruang teks, pada halaman yang sama. Nota kaki dipisahkan daripada teks, oleh satu garis pemisah mendatar dan ditulis santak kiri. Teks nota hendaklah ditulis sebaris dengan nombor nota. Baris berikutnya hendaklah selajur dengan ayat pertama nota itu. Nombor rujukan nota kaki di dalam teks hendaklah dalam bentuk superskrip dan ditulis berurutan, bermula dengan nombor satu bagi setiap bab. Jika di dalam sesebuah buku itu terdapat banyak nota yang panjang, bahan ini bolehlah disusun sebagai nota bab atat nota hujung. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga. | Lain-lain | 04.03.2010 |