apakah maksud garis kasar? adakah bermaksud garisan yang tidak halus atau? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, garis kasar bermaksud 1. garis yang dilukis secara kasar 2. rangka, catatan ringkas, maklumat utama (yang dikemukakan tidak secara terperinci) | Makna | 10.02.2011 |
Saya ingin memohon pencerahan mengenai arahan di bawah. Arahan yang manakah lebih tepat: 1. Sambung garisan putus-putus. 2. Sambung garis putus-putus. Atau ada cadangan yang lebih baik daripada pihak tuan. | Dalam Kamus Dewan, perkatan garis dan garisan ditakrifkan sebagai tanda panjang halus yang dibuat pada sesuatu permukaan. Contoh penggunaan garis dan garisan: garis panduan, garis kasar (rangka),garis-garis di tapak tangan, garisan Khatulistiwa, garisan kontur,garisan penamat. Dalam contoh yang diberikan penggunaan kedua-duanya boleh digunakan. | Tatabahasa | 11.08.2016 |
Mohon penjelasan bagi membezakan pengunaan istilah "pelan" dan "kerangka" | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud pelan ialah: 1. Tanah lapang, lapangan 2. Rajah yang menggambarkan bentuk (ukuran, letak) sesuatu bangunan atau rancangan yang sudah diatur untuk dilaksanakan. 3. Bahasa Percakapan bagi perlahan Manakala maksud kerangka pula ialah: 1. Rangka-rangka untuk rumah, kapal dan lain-lain, tulang-tulang (binatang atau manusia) yang tersusun mengikut keadaan yang sebenarnya. 2. Garis kasar atau rangka untuk karangan, lukisan dan lain-lain. 3. rancangan atau garis kasar (karangan, lukisan, lain-lain) 4. ki masih dalam peringkat permulaan (belum sempurna)
| Makna | 05.11.2019 |