Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.ru] | ݢارو

Definisi : sj alat (sisir) utk menggaruk tanah dll; ~ bajang parut macam bekas digaruk pd paha perempuan sesudah melahirkan anak;bergaru bergaruk, menggaruk-garuk: murid itu ~ kerana diserang agas;menggaru 1. menggaruk (tanah dll); 2. mencakar-cakar dgn kuku: ~ kepala;tergaru-garu tergaruk-garuk; penggaru penggaruk (tanah dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.ru] | ݢارو

Definisi : ®gaharu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.ru] | ݢارو

Definisi : , = penggaru alat spt sikat yg digunakan utk menghancurkan tanah dll. bergaru mencakar-cakar dgn kuku kerana berasa gatal; sedang atau dlm keadaan mencakar-cakar dgn kuku: Mengapa dia asyik ~ saja? Entah-entah ada kurap. menggaru 1 menghancurkan atau menyikat tanah dgn garu. 2 mencakar-cakar bahagian badan (umumnya dgn kuku) utk menghilangkan rasa gatal: Dia berjalan sambil menggosok-gosok matanya dan ~ kepalanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata garu


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
wujud tak perkataan menggaru-garu? dalam kamus dewan takde pun? agar-agar memejal atau mengental ? sila jawab pertanyaan saya sebelum ini boleh tak kerana saya perlu memberitahu pelajar tentang jawapan yang tepat. Selamat hari guru munsyi terima kasih berbanyak. semoga kalian dikurniakan nikmat yang paling bernilai dalam kehidupan manusia.Agar-agar mengental. Kata garu melalui proses pengimbuhan boleh membentuk kata terbitan lain seperti menggaru;menggaru-garu; bergaru; tergaru-garu; penggaru dsb..    Tatabahasa16.05.2008

Kembali ke atas