Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pencedok air drpd tempurung dsb yg bertangkai, sibur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : pencedok air yg dibuat drpd tempurung, plastik dll dan diberi bertangkai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gayung I

Puisi
 

Gayung gendang pecah balai,
     Kusembah mari raja Cendana;
Kamu dendam datang ke mari,
     Kami tak boleh datang ke sana.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Gayung bersambut,
     kata berjawab.

Bermaksud :

Serangan ditangkis, kata dijawab; baik dibalas dengan baik, jahat dibalas dengan jahat. gayung = pukulan.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) Saya masih keliru dengan pilihan jawapan yang diberikan oleh pihak tuan semalam berkaitan dengan geluk. Mengapakah pihak tuan memilih jawapan geluk sedangkan gayung menurut kamus dewan juga bermaksud pencedok air daripada tempurung yang bertangkai/sibur.Mengapakah jawapan gayung kurang tepat?http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=gayungKami memohon maaf atas kekeliruan yang timbul. Berdasarkan definisi tersebut, gayung perkataan yang tepat bagi gambar yang dilampirkan.Tatabahasa09.07.2013
Sila terangkan maksud/makna dan juga contoh peribahasa berikut :- 1) Seperti melepas batuk di tangga Apa kah yang dikatakan 'Batuk'? adakah ianya airliur atau kahak yang keluar dari mulut ataupun 'batuk' adalah sejenis gayung ceduk air untuk basuh kaki terletak ditepi tangga bersama tempayan berisi air yang ada pada setiap rumah dahulu kala. Apakah kaitan dan peranan 'Batuk' ini pada peribahasa tersebut? 2) Burung terbang dipipiskan lada Apakah maksud yang tersirat pada perumpamaan ini? Mohon terangkan lebih mendalam Sekian. Terima ksih

Puan Khadijah,

Batuk ialah seperti yang puan jelaskan. Tetapi bagi maksud yang sama dengan gayung ejaannya ialah batok - dalam bahasa Jawa.

Bagi burung terbang dipipiskan lada ia bermaksud belum pun kita dapat sesuatu yang kita kehendaki namun kita telah terlebih dahulu membayangkan apakah yang akan kita lakukan sekiranya kita mendapatnya.

Makna22.05.2010
adakah perkataan menceduk wujud? apakah maksudnya?Menurut Kamus Dewan, ceduk bermaksud cekung (pipi, mata, dll). Cedok bermaksud mengaut atau mengambil dengan senduk (cebok, gayung dll). Perkataan menceduk tidak wujud, sebaliknya perkataan mencedok wujud.Makna21.11.2012
Apakah perbezaan menyudip dan mencedok?Kedua-duanya tidak banyak perbezaan menyudip dari segi maknanya  iaitu mengaut atau menyenduk dgn sudip atau  mengaut atau menyenduk dgn sudip, manakala mencedok mengambil sesuatu dgn gayung (cebok, senduk dsb) atau mengambil atau meniru (drpd karangan, ciptaan orang lain, dll)Tatabahasa06.08.2019

Kembali ke atas