Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.yut] | ݢايوت

Definisi : ; bergayut bergantung (lampu dll), berpaut (kera dll), berpegang kuat-kuat: budak itu ~ pd dahan kayu;bergayutan bergayut banyak-banyak: lampu-lampu hijau merah ~ di sekeliling masjid;menggayuti 1. menyangkut sesuatu pd: rantai itu ~ kakiku sewaktu di penjara; 2. ki menjadi beban kerana tanggungan dll: sejak kematian suami, tugas mendidik anak telah ~ dirinya; menggayutkan menyangkutkan, menggantungkan: ia ~ songkok pd sangkutan di dinding; gayutan sangkutan , cantelan; ®senggayut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.yut] | ݢايوت

Definisi : ; bergayut berpegang pd sesuatu dan kaki tidak menjejak tanah dll (bkn orang, monyet dsb); terletak bergantung (bkn sesuatu spt buah atau loceng): Kera itu ~ pd dahan kayu. bergayutan bergayut banyak-banyak: Belon ~ di dlm bilik yg dihias indah itu. menggayutkan menyangkut supaya bergayut: Ia ~ kalung yg baru dibelinya itu ke leher anaknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gayut


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Nama Saya Puan Noraini dari Sri KDU International School (Primary). Saya mahu bertanya tentang kosa kata untuk peralatan di taman permainan. Adakah maksud yang saya berikan ini adalah betul? Saya perlu memberi kosa kata yang betul kepada pelajar-pelajar saya. Monkey bar – palang besi / besi penggayut Spring Rider – penunggang spring Climbing frame – pemanjat Adakah maksud perkataan untuk permainan - merry go round' dalam BM? Terima Kasih.Kami mencadangkan alat permainan "monkey bar" diterjemahkan sebagai bar gayut atau palang gayut, "spring rider" diterjemahkan sebagai penunggang pegas, manakala "climb frame" diterjemahkan sebagai kerangka panjat atau bingkai panjat. Alat permainan "merry-go-round" sesuai untuk diterjemahkan sebagai kuda pusing.Istilah26.10.2020
Salam. Mohon penjelasan berkaitan padanan perkataan "monkey bar" dalam BM.Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "monkey bar" dalam pangkalan data DBP. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah bar gayut.Istilah25.02.2016

Kembali ke atas