Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.ge.lung] | ݢݢلوڠ

Definisi : 1. sesuatu yg berbentuk gelung: wanita dr Myamar itu memakai ~ di keliling lehernya; 2. (Fiz) dawai berpilin berpenebat nipis yg digunakan utk mewujudkan medan magnet; ~ aruhan (Fiz) alat utk menghasilkan arus ulang-alik yg bervoltan tinggi drpd bekalan arus terus yg bervoltan rendah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.ge.lung] | ݢݢلوڠ

Definisi : sesuatu yg bentuknya spt gelung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gegelung


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam tuan/puan, Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk gegelung? Buah/bentuk atau lain-lain yang lebih sesuai? Terima kasih.Untuk makluman puan, tidak semua perkataan menerima penjodoh bilangan. . Penjodoh bilangan lazimnya mengikut bentuk atau konsep sesuatu benda. Tiada maklumat dalam data kami berkenaan penjodoh bilangan gegelung.Lain-lain23.11.2015
Selamat sejahtera Tuan/Puan, saya ingin bertanya tentang isitilah peralatan taman permainan. Adakah betul ejaan "jongkang-jongket"? Adakah "gegelung" istilah yang betul untuk "merry-go-round"? Sekian.

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, ejaan Jongkang-jongket adalah betul dan bermakna papan permainan kanak-kanak yang boleh turun naik. Dalam bahasa Melayu permainan merry-go-round diterjemahkan kepada kuda pusing.

Istilah08.04.2018
     saya ingin bertanya, apakah padanan BM yg sesuai utk perkataan di bawah: 1.comb binding 2.tape binding 3.ring binding Sekian,TK

1.Comb binding = jilid sisir 2. Binding tape =pita balut 3. ring binding = jilid gegelung (cadangan).

 

Istilah28.10.2010
Saya ingin bertanya apakah istilah bahasa Melayu yang perkataan berikut: -Variable Refrigerant Flow (VRF) -Private Automatic Branch Exchange (PABX) -Fan Coil Unit (FCU) -Central Direct Expansion System (DX) Water Cooled System -Booster Pump -Roller Shutter atau Fire Roller Shutter - Fire Fighting Pump -Submersible Pump - Air CurtainCadangan padanan bagi istilah-istilah berikut dalam bahasa Melayu ialah seperti yang berikut:

1. variable refrigerant flow (VRF) - aliran penyejuk boleh ubah (VRF)
2. private automatic branch exchange (PABX) - ibu sawat cawangan swaautomatik (PABX)
3. fan coil unit (FCU) - unit gegelung kipas (FCU)_
4. central direct expansion system (DX) - sistem pengembangan langsung pusat
5. water cooled system - sistem penyejukan air
6. booster pump - pam penggalak
7. roller shutter - penutup gendela gulung        
8. fire roller shutter - penutup gendela gulung kebakaran
9. fire fighting pump - pam pencegah kebakaran
10. submersible pump - pam selam / pam boleh tenggelam

Padanan istilah-istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.
Istilah23.04.2024

Kembali ke atas