'Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, gejala bermaksud: tanda-tanda (akan terjadinya sesuatu), alamat atau petanda. Menurut contoh yang terdapat dalam kamus dan istilah, memang padanan yang kerap diberikan adalah gejala (petanda) yang membawa masalah. Walau bagaimanapun, ia boleh digunakan untuk maksud yang bukan mendatangkan masalah seperti gejala klinikal dan gejala tunggal (istilah perubatan). ' Petikan ini memberikan penjelasan terhadap makna perkataan gejala. Masalah berlaku apabila wujudnya frasa 'gejala rasuah'. Soalan saya, apakah itu gejala rasuah? Tanda-tanda akan berlakunya aktiviti rasuah? Gelagat seseorang yang mahu melakukan perbuatan rasuah? Adakah gejala rasuah ada dibuat kajian? Bolehkah kita menggunakan frasa 'gejala rasuah'? Harap dapat penjelasan | Merujuk kepada makna gejala, iaitu tanda-tanda akan terjadinya sesuatu, maka frasa "gejala rasuah" boleh difahami maksudnya sebagai tanda-tanda akan berlakunya rasuah. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci tentang gejala rasuah sila rujuk buku atau makalah yang berkaitan, contohnya makalah Usah biarkan gejala rasuah, Berita Harian 21.05.1998 dan Gejala rasuah adalah ibu segala penyakit, Milenia Muslim Julai 2006. | Makna | 22.04.2012 |
Salam sejahtera Pertama sekali, syabas saya ucapkan pada PRPM kerana berjaya mendekati masyarakat dengan lelaman interaktifnya. Soalan saya berkenaan penggunaan perkataan 'gejala'. Menurut Kamus Dewan, gejala bermaksud sesuatu hal yg menjadi tanda akan terjadinya sesuatu, tanda-tanda akan berlakunya sesuatu, atau keadaan yg menjadi tanda-tanda penyakit. Dewasa ini kita lihat ramai yang mengggunakan frasa "gejala sosial" atau "gejala seks rambang". Perkataan 'gejala' seakan-akan membawa maksud masalah. Apa ini dapat diterima? Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, gejala bermaksud: tanda-tanda (akan terjadinya sesuatu), alamat atau petanda. Menurut contoh yang terdapat dalam kamus dan istilah, memang padanan yang kerap diberikan adalah gejala (petanda) yang membawa masalah. Walau bagaimanapun, ia boleh digunakan untuk maksud yang bukan mendatangkan masalah seperti gejala klinikal dan gejala tunggal (istilah perubatan). | Tatabahasa | 06.02.2009 |
Tuan/Puan, ayat manakah yang betul? a) Remaja banyak terlibat dalam gejala sosial. b) Remaja ramai terlibat dalam gejala sosial. | Yang betulnya ialah; 1. Banyak remaja terlibat dalam gejala sosial. 2. Ramai remaja terlibat dalam gejala sosial. | Tatabahasa | 05.10.2008 |
gejala sosial semakin berleluasa.. atau gejala sosial semakin leluasa. TQ tuan | Ayat yang betul ialah gejala sosial semakin berleluasa. | Tatabahasa | 27.01.2012 |
Jawapan yg mana satu yg betul? Pilih ayat yg sama maksud dgn ayat yg dbrikan. Gejala meroko dalam kalangan murid semakin serius dan perlu ditangani dengan segera. A. Gejala merokok dalam kalangan murid semakin membimbangkan, maka perlu diatasi dengan segera. B. Oleh sebab gejala merokok dalam kalangan murid membimbangkan, gejala ini perlu diatasi dengan segera. | Jawapan yang tepat ialah A. Gejala merokok dalam kalangan murid semakin membimbangkan, maka perlu diatasi dengan segera. | Tatabahasa | 05.02.2013 |
Gejala bermaksud tanda-tanda (merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat). Soalan saya adakah gejala sosial sesuai untuk digunakan? Terima kasih | Saudara Aishma, Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan gejala sesuai digunakan. | Makna | 13.07.2009 |
rakan sebaya,gejala sosial, pengangkutan awam ialah kata majmuk atau bukan? | Perkataan yang saudara senaraikan itu bukan tergolong dalam kata majmuk. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 133. | Istilah | 08.01.2010 |
selamat pagi, Adakah ayat berikut betul? "Gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja dewasa ini berada pada tahap paling membimbangkan sekali." Sekian, terima kasih. | Ayat yang betul ialah : "Gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja dewasa ini berada pada tahap paling membimbangkan" ataupun "Gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja dewasa ini berada pada tahap membimbangkan sekali." | Tatabahasa | 26.05.2010 |
Ayat manakah yang betul? A) Pengaruh media massa adalah salah satu punca berlakunya gejala sosial. B) Pengaruh media massa ialah salah satu punca berlakunya gejala sosial. | Jawapan yang betul ialah (A) kerana kata pemeri 'adalah' digunakan sebagai penegas. Sebagai pilihan, kata 'merupakan' juga boleh digunakan bagi menggantikan 'adalah'. | Tatabahasa | 16.11.2010 |
(i) Bolehkah kata sendi 'antara' digunakan untuk memulakan sesuatu ayat? Misalnya: Antara punca gejala sosial ialah ... (ii) Boleh kata nama selepas kata sendi 'antara' boleh digandakan? Misalnya: Antara faktor-faktor gejala sosial ialah ... Sekian. | 1. Kata sendi nama antara boleh digunakan di pangkal ayat, contohnya Antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi ada persamaannya. 2. Kata nama yang menunjukkan jamak selepas kata sendi nama antara boleh digandakan. | Tatabahasa | 04.03.2010 |