Rambut Aminah [tegang] setelah disapu dengan gel. Adakah perkataan 'tegang' tepat penggunaannya? Kalau salah, apakah perkataan yang lebih tepat? Tegak? Lurus? Kaku? Terima kasih. | Perkataan yang lebih tepat ialah keras. | Tatabahasa | 27.05.2010 |
salam tuan. keliru dgn istilah 'menggelecek' atau 'mengelecek'. yg mana yg betul ejaannya. semak kamus, kedua-duanya ada makna dan hampir sama. kata dasarnya gelecek atau kelecek? terima kasih. | Encik Syamsuri, Kedu-dua perkataan mengelecek(kelecek) dan menggelecek(gelecek) ada dalam perbendaharaan bahasa Melayu. Penggunaan kedua-dua perkataan ini bergantung pada makna yang hendak disampaikan. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna perkataan kelecek bermaksud : (kelécék); mengelecek (dlm permainan bola sepak, hoki dsb) membawa bola dgn kaki, kayu pemukul dsb dgn pergerakan yg cepat dan tangkas serta mengelirukan supaya tidak dapat dirampas pihak lawan. Makna perkataan gelecek ialah : - (gelécék); gelecak (gelécak); menggelecek menggelangsar, menggelincir;
tergelecektergelangsar, tergelincir: masa kawan ~ dlm sungai, kawan rasa beban di belakang badan kawan jatuh ke dlm sungai.
| Makna | 02.02.2010 |
Apakah maksud “bebayang”, adakah perkataan ini wujud dalam kamus terkini? | Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) bebayang bermaksud: bebayang 1. rupa seseorang atau sesuatu yang tidak jelas yang biasanya muncul atau kelihatan sepintas lalu sahaja; sinonim: bayang contoh penggunaan: Aku terpaku apabila melihat bebayang hitam yang pantas memasuki stor. 2. bahagian gelap pada bahagian bawah mata: contoh penggunaan: Gel itu dioles pada bahagian bawah mata untuk memudarkan bebayang yang ada. 3. puitis sinonim: bayang-bayang contoh penggunaan: Apabila matahari menumpahkan sinarnya, terbentuklah bebayang pohon nyiur di pasir pantai putih itu. | Makna | 25.12.2024 |