Adakah perkataan "gelandangan" ada terdapat dalam kamus DBP dan bolehkah ianya digunakan dalam penulisan rasmi/ akademik di Malaysia | Perkataan "gelandangan" ada dalam kamus DBP dan boleh digunakan dalam penulisan rasmi. Untuk memudahkan puan mencari perkataan dan makna, puan boleh mencarinya dalam prpm.dbp.gov.my., taip perkataan dan klik cari. | Lain-lain | 26.05.2016 |
Cadangan nama Pusat Perkhidmatan Gelandangan ke Anjung Rantau. Adakah ianya sesuai digunakan? | Nama "Anjung Rantau" kurang sesuai dan "Pusat Gelandangan" lebih sesuai dalam konteks ini. Sekiranya berkaitan dengan permohonan visual papan tanda premis atau penamaan, tuan/puan boleh membuat permohonan pengesahan bahasa melalui laman sesawang www.dbpsahbahasa.my. | Lain-lain | 01.10.2024 |
DBKL akan mengadakan majlis apresiasi untuk NGO yang bersama2 menyumbang mengendalikan penempatan sementara gelandangan di KL semasa awal COVID19 selain tagline SEINDAH BUDI, TERPAHAT DI HATI Mohon dapat nasihat dan cadangan lain yang bersessuaian. Terima kasih | Slogan yang dinyatakan boleh digunakan. Kami juga mencadangkan beberapa slogan seperti yang berikut: i. Budi nan indah, tersemat si hati. ii. Budi nan indah, mekar di hati. iii. Seindah budi, terpahat di sanubari.
| Lain-lain | 28.12.2020 |