maksud perkataan menuntun dan gelang(dalam bentuk perbuatan) | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, menuntun ialah 1. menolong orang lain berjalan dgn memegang tangannya, memimpin: dia terus turun ke tanah dan ~ neneknya ke tangga dapur; 2. menghela (basikal, kerbau, dll), mengheret. Gelang pula bermaksud 1. sesuatu yg berupa bulatan (lingkaran), cincin besar; 2. perhiasan berupa bulatan yg dipakai pd tangan atau kaki; ~ bajang gelang sbg tangkal (dibuat drpd benang hitam); ~ benzena (Kim) susunan enam atom karbon dan atom hidrogen yg membentuk gelang heksagon dlm satu satah; ~ dayung gelang nipis yg hujungnya spt sudu; ~ kana gelang sbg perhiasan utk anak-anak atau pengantin; ~ keroncong gelang kaki yg bergemerencing; ~ kunci gelang utk menggantungkan anak kunci; ~ mayang = ~ cerai gelang halus-halus yg dipakai banyak-banyak, gelang berurai; ~ pertumbuhan (Bio) a) lapisan kayu yg tumbuh dlm satu musim pertumbuhan, dan kelihatan spt gelang apabila pokok ditebang; b) lapisan pd cangkerang moluska dan pd sisik ikan yg menandakan pertumbuhan yg sudah berlaku; ~ rantai a) mata rantai; b) gelang yg berupa rantai; ~ tahunan (Bio) a) lapisan pertumbuhan yg terjadi dlm setahun dan digunakan utk mengira umur pokok; b) gelang yg menandakan pertumbuhan pd cangkerang; ~ tidak laga sebentuk, laga keduanya prb suatu kejadian spt perkelahian dll tidak berasal drpd satu pihak saja; bagai menambah ~ bini prb, Mn pemberian kpd orang yg sudah mempunyai benda yg sama. | Makna | 17.02.2010 |
Apakah maksud: 1. Jejantung 2. Jari-jari 3. Kipas-kipas 4. Lelabu 5. Pepijat 6. Susup-sasap | 1. Perkataan jejantung tiada dalam data kami. 2. Antara tujuan penggandaan kata ialah sebagai penanda kesamaan atau keserupaan. Contohnya: jari-jari atau jejari , bermaksud rupanya seperti jari. Contohnya: Jejari basikal. Kata jamak bagi jari ialah jari-jari atau jari-jemari yang bermaksud anak-anak jari. 3. Kipas-kipas bermaksud banyak kipas. 4. Labu bermaksud a) sj buyung, bekas air, kendi; b) benda bulat perhiasan puncak masjid dll; c) Id bakul bulat yg digantung pd tiang di pelabuhan (utk menandakan kapal sudah boleh masuk); 5. Pepijat ialah nama sejenis kutu yg busuk baunya; kepinding, Cimex lectularius. 6. Susup-sasap bermaksud menyorok (masuk) ke sana ke mari. Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan. Contoh kata ganda separa kata tunggal, laki - lelaki pohon - pepohon, gelang gegelang tikus - tetikus. Namun tidak semua perkataan boleh menjadi kata ganda separa. Ada juga perkataan yang dijadikan kata ganda separa apabila ia dibentuk menjadi istilah. Contohnya rambut - menjadi rerambut. Ada juga yang mengatakan kata ganda separa dibentuk apabila sesuatu benda itu menjadi seolah-olah seperti. Contohnya kuda menjadi kekuda, tikus (mouse dalam istilah komputer) menjadi tetikus.Untuk huraian yang lebih lengkap sila rujuk tatabahasa halaman 77 dan 78. | Tatabahasa | 20.12.2013 |
Saya ingin tahu makna peribahasa berikut: 1)bagai kunyit dan kapur 2)bagai cincin dan permata 3)bagai hempedu lekat di hati 4)seperti bulan dipagari bintang Terima kasih | 1.Sebagai kunyit dengan kapur. Takrif Mudah dan lekas mesra. 2. Seperti cincin dengan permata. Takrif Cocok segala-galanya; jodoh yang sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: Setumbuk bagai gelang, sejodoh bagai cincin). 3.Bagai hempedu lekat di hati. Takrif Perhubungan yang sangat akrab. 4.Bulan dipagar bintang. Takrif Cocok segala-galanya. | Makna | 08.09.2009 |
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya, apakah terjemahan bahasa melayu yang sesuai bagi perkataan di bawah? 1) Canvas Bag 2) Goodie Bag 3) Document Holder 4) Ring File 5) Flat file 6) Report Card Holder Terima Kasih | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1) Canvas Bag - Beg Kanvas 2) Goodie Bag - Beg Cenderamata 3) Document Holder - Pemegang Dokumen/Bekas Dokumen/Fail Dokumen 4) Ring File - Fail Gelang 5) Flat File - Fail Rata 6) Report Card Holder - Pemegang Kad Laporan/Bekas Kad Laporan/Fail Kad Laporan | Istilah | 23.12.2016 |
Saya masih keliru: 1. Ejaan bagi pokok "Jelutong", "Chengal" dan "Nyatoh" bolehkah diubah kepada "Jelutung", "Cengal" dan "Nyatuh"? 2. Adakah nama-nama pokok seperti tongkat ali, kacip fatimah, jelutung, cengal, meranti sarang punai, meranti tembaga dll. ditulis dengan huruf besar (huruf pertama) jika ia berada di dalam teks? Adakah nama-nama pokok ini dianggap nama khas? Contoh ayat: Pak Ali sedang mengusahakan ladang pokok tongkat ali untuk dikomersialkan. | 1. JELUTUNG - tumbuhan (pokok), Dyera costulata; ~ badak sj tumbuhan (pokok renek), Ervatamia corymbosa; ~ laut sj tumbuhan (pokok), Euphorbia atoto; rotan ~ sj rotan, rotan segera (kerai, gelang, kemunting), Daemonorhops geniculatus. CENGAL- ~ batu = ~ emas = ~ sabut = ~ siput sj tumbuhan (pokok yg kayunya keras dan elok utk dibuat rumah dll), Balanocarpus heimii; ~ kampung = ~ pasir sj tumbuhan (pokok besar), Hopea odorata. NYATUH - sj tumbuhan (pokok yg kayunya elok utk bahan rumah), tabah putih, Palaquium obovatum; 2. = ~ beringin = ~ sondai sj tumbuhan (pokok yg kayunya elok utk bahan rumah), Payena Lavilandii. 2. Nama-nama pokok tidak perlu ditulis dengan huruf besar kecuali di awal ayat kerana nama-nama pokok tersebut merupakan kata nama am. | Tatabahasa | 16.04.2008 |
No. Pendaftaran 230/2015, 232/2015, 233/2015, 236/2015 Permohonan kami seperti di atas telah ditolak dan komen adalah tukar kepada Kedai Jam daripada Butik Jam. 1) Apakan beza antara butik dengan kedai ? 2) Adakah butik tidak boleh digunakan mulai tahun 2015? Sila nasihat kami. Sekian terima kasih | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, butik bermaksud kedai yang menjual pakaian wanita dan hiasan badan wanita seperti rantai leher, gelang, cincin dan sebagainya. Oleh itu, butik tidak sesuai digunakan dalam konteks ini. Sila tukar kepada Kedai Jam dan hantar semula untuk pengesahan. | Lain-lain | 13.01.2015 |
Tuan/Puan Di Sini saya lampirkan e-mail yang saya terima dari tempat ker Soalan saya yang palng utama ialah berkenaan pantun di bawah. Kitaketepikan Maksud Pantu rangkp 2 dan 3. Yang saya persoalkan adalah pembayangnya rangkap 1 dan 2. Sayatak mahu memakukan Negeri saya serta rakyatnya. Pantun ini harus saya ucapkandi PA semasa ketibaan. Jika pantun ini tidak melambangkan ciri pantun melayu asli (pada saya tidak langsung). Saya meminta pohak DBP berhubung dengan Malaysia Airlines atas kurang prihatinmereka akan Pabtu Melayu berzaman yang halus dan cukup indah Subject : NEGARKU CAMPAIGN Initiative – After Landing Announcement (Effective Immediately) Dear Cabin Crew, With reference to the circular below, please be informed that the Negaraku Campaign Initiative will take effect immediately. The After Landing Announcement (please see attachment) should include one of the following: 1. Pantun (Preferred; If Crew is confident in the delivery) Membeli gelang di Pasar Karat, Untuk hantaran si anak dara, Negaraku lambang kesatuan rakyat, Selamat pulang, perantau Negatakuj Minta tolong sangat dengan pendapat Tuan/Puan atas pantundi atas. Terima Kasih | Salam sejahtera, Tuan, Berdasarkan pandangan tuan, memang betul pembayang pantun tersebut tidak sesuai dengan maksud pantun. Pembayang kebiasaannya perlu berkaitan dengan jiwa besar, lambang Negara seperti bendera, atau alam seperti pelangi. Hal ini kerana maksud pantun ini berkaitan dengan jiwa dan semangat perantau. Sekian, terima kasih. | Makna | 20.06.2017 |
assalamualaikum... soalan, apakah yang membezakan perkataan hingga dengan sehingga, peninju dengan petinju, jawapan dengan jawaban, sejak dengan semenjak. boleh jelaskan dengan memberi contoh ayat. terima kasih | Waalaikumsalam, Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat makna hingga adalah : 1. garis yg terakhir, batas: tiap-tiap sesuatu ada ~ batasnya; 2. sampai ke (had tempat, waktu, dll): percakapan terhenti ~ itu, masing-masing berdiri mencari tempat sujud; ~ kini sampai pd ketika ini; ~ kini ke atas pd masa sekarang dan selanjutnya; 3. = sehingga, hinggakan, sehinggakan sampai pd keadaan (masa dll), sampai menjadi: ~ matahari telah condong benar ke barat barulah si Tanggang berkayuh balik; 4. sl setelah (sudah); Menurut <i>Kamus Dewan Edisi Keempati>, peninju ialah 1. tinju, penumbuk: ~nya diangkat ke atas tinggi-tinggi; 2. orang yg meninju; manakala petinju ialah orang yg berlawan tinju, ahli tinju: ia bangga benar spt ~ yg menang di gelanggang. Ejaan jawaban dan jawapan kedua-duanya betul, dalam proses pengimbuhan kata dasar jawab + -an menghasilkan kata terbitan jawaban, tetapi kita biasa menyebutnya sebagai jawapan. Sejak dan semenjak sama sahaja maknanya. Kata sejak menerima sisipan em menjadi semenjak. | Makna | 12.03.2013 |