Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.lang.sar] | ݢلڠسر

Definisi : ; menggelangsar meluncur ke muka, menggelincir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.lang.sar] | ݢلڠسر

Definisi : dpt bergerak dgn lancar: pintu ~ pintu yg dpt dibuka (ditutup) dgn menolaknya ke kiri atau ke kanan. menggelangsar 1 bergerak dgn lancar; meluncur. 2 jatuh ke muka; menggelincir jatuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelangsar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pertukaran Perkataan Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu1. Awas 2. Jangan Berhenti di Di Muka Pintu 3. Pintu Gelangsar AutomatikIstilah07.05.2014
Apakah terjemahan paling sesuai bagi bahagian "slide" pada pistol? Bolehkah diterjemah sebagai "peluncur"?Sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaan, kami mencadangkan slide pada pistol diberikan padanan bahasa Melayu sebagai "gelangsar".Istilah27.02.2023
Salam sejahtera Tuan/Puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat mencadangkan terjemahan yang sesuai bagi istilah-istilah berikut: 1) Gap Bed Lathe 2) Servo-Slide Cut Off Lathes 3) Spline Rolling Machine 4) Chamfering & Deburring Machine 5) Gear Hobbing Machine Sekian, terima kasih.1) Gap Bed Lathe - Pelarik Landasan Boleh Laras
2) Servo-Slide Cut Off Lathes -  Pelarik Potong Gelangsar Servo
3) Spline Rolling Machine - Mesin Gelugur Guling
4) Chamfering & Deburring Machine - Mesin Penyerongan dan Penyahgerigis
5) Gear Hobbing Machine - Mesin Pengehoban Gear
Istilah12.01.2016
Fungsi tingkap bergantung pada keadaan. Tidak semestinya hanya orang dari dalam rumah yang boleh melihat ke luar, orang dari luar juga boleh melihat ke dalam rumah contohnya reka bentuk tingkap pada rumah kampung yang lebih terbuka membolehkan orang dari luar juga melihat ke dalam rumah. Perenggan di atas merupakan jawapan DBP berkaitan soalan saya. Saya bertanya soal fungsi, bukan soal boleh atau tidak boleh..... seperti fungsi baju untuk menutup aurat, tapi boleh juga baju untuk kesat tahi kucing..... mengapa rendah sangat standar DBP berfikir???

Menurut Kamus Dewan Perdana (KDP)(DBP, 2020: 2376) tingkap bermakna 1. bukaan, biasanya berbentuk segi empat, pada dinding rumah, bangunan, kapal dan lain-lain yang boleh dibuka dan ditutup supaya cahaya matahari dan udara dapat masuk; sinonimnya ialah jendela; dan makna ke-2 ialah tetingkap. 

Terdapat pelbagai jenis tingkap, misalnya tingkap berpangsi, tingkap bulan, tingkap gelangsar dan tingkap kipas. Sila rujuk KDP dan PRPM.

Sudah pastilah fungsi bagi tingkap bergantung kepada jenisnya. Namun, secara umumnya, fungsi tingkap adalah untuk:

1) Membolehkan kemasukan cahaya semula jadi,

2) Mengadakan peredaran udara semula jadi,

3) Menebat haba dan bunyi, dan

4) Menghalang angin dan hujan.

Penjenisan tingkap adalah bergantung kepada kaedah bagaimana daun-daun tingkap dipasang.

Untuk maklumat lanjut, tuan boleh merujuk pakar bidang seni bina, kesenian hiasan dalaman atau kejuruteraan bangunan. Salah satu cara mudah untuk mendapat maklumat, tuan juga boleh membuat carian di Internet dengan menaip "fungsi tingkap".

Harap dapat membantu.

Lain-lain14.10.2022

Kembali ke atas