Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelaran Dato'


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan gelaran Dato' dengan Datuk? Adakah benar gelaran Dato' untuk darjah kebesaran yang diberikan oleh TYT atau Raja di setiap negeri. Manakala Datuk pula gelaran bagi mereka yang memperoleh darjah kebesaran daripada YDPAGelaran Dato' dikurniakan oleh negeri bersultan/beraja dan gelaran Datuk dikurniakan oleh negeri tidak bersultan/beraja atau Wilayah/Kerajaan Persekutuan.Lain-lain28.01.2014
Apa perbezaan gelaran Dato' dan Datuk yg dianugerahkan kepada seseorang?Gelaran Dato' ialah anugerah yang dikurniakan oleh Sultan/Yang di-Pertuan Besar, manakala gelaran Datuk ialah anugerah yang dikurnia oleh Yang di-Pertuan Agong/Yang di-Pertua NegeriIstilah24.06.2007
saya nak tahu tentang ejaan dato atau dato' yang sepatutnya diguna pakai dan adakah maksud gelaran dato sama dengan dato'?sekian,terima kasih...Gelaran Dato' dianugerahkan oleh negeri bersultan/beraja dan gelaran Datuk dianugerahkan oleh negeri tidak bersultan/beraja atau Wilayah/Kerajaan Persekutuan.Ejaan04.12.2012
Mana satu yang betul, Dato atau Dato'?Gelaran yang ada ialah Dato' dan Datuk, tidak ada Dato. Gelaran Dato' diperoleh apabila seseorang itu dianugerahkan pingat kebesaran oleh negeri yang bersultan/beraja, manakala gelaran Datuk diperoleh apabila seseorang itu dianugerahkan pingat kebesaran oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong dan negeri-negeri yang tidak bersultan.Tatabahasa28.04.2013
Selamat petang Mohon maklum balas, apa beza Dato dan Dato'. Sekian, terima kasih.Gelaran yang ada ialah Dato' dan Datuk, tidak ada Dato. Gelaran Dato' diperoleh apabila seseorang itu dianugerahkan pingat kebesaran oleh negeri yang bersultan/beraja, manakala gelaran Datuk diperoleh apabila seseorang itu dianugerahkan pingat kebesaran oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong dan negeri-negeri yang tidak bersultan.Tatabahasa31.05.2013
sala. minta penjelasan..apakah kata honorifik yang betul bagi gelaran Dato' atau Datuk..? saya keliru sama ada Dato' Joseph Salang Gandum atau Datuk Joseph Salang Gandum?Untuk makluman tuan, Gelaran Dato' dianugerahkan oleh negeri bersultan/beraja dan gelaran Datuk dianugerahkan oleh negeri tidak bersultan/beraja atau Wilayah/Kerajaan Persekutuan. Oleh itu, jika gelaran tersebut diperoleh daripada kerajaan Negeri Sarawak, maka gelaran yang betul ialah Datuk.Lain-lain17.05.2013
memohon semakan penggunaan bahasa persuratan kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran (YDP). Baru-baru ini telah mendapat gelaran Dato'. Oleh itu memohon semakan penggunaan Dato' Yang Dipertua didalam surat seperti di lampiran adalah betul atau salahLampiran tidak dapat dibuka.

Gelaran Dato' diperoleh apabila seseorang itu dianugerahkan pingat kebesaran oleh negeri yang bersultan/beraja, manakala gelaran Datuk diperoleh apabila seseorang itu dianugerahkan pingat kebesaran oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong dan negeri-negeri yang tidak bersultan.
Penyemakan dan penterjemahan24.09.2014
As salam. Jika saya ingin mengeluarkan surat kepada Yang Berhormat yang tidak mempunyai gelaran Dato' atau Datuk adalah saya boleh menulis "untuk perhatian Yang Berhormat Tuan" atau "untuk perhatian Yang Berhormat". terima kasih.Salam,

Penggunaan yang betul adalah untuk perhatian Yang Berhormat.
Lain-lain02.07.2015
Adakah gelaran dato', datin, tan sri dan yang seumpama dengannya itu ialah kata nama khas?Gelaran tersebut bukan nama khas.Lain-lain27.10.2015
Salam sejahtera. Gelaran dato' yang tidak disertai dengan nama perlu ditulis sebagai dato' atau Dato'? Terima kasih.Penggunaan yang betul ialah Dato'.Tatabahasa24.12.2019
123456789

Kembali ke atas