Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.le.ti/] | ݢلتيق

Definisi : ; menggeletik 1. bergerak liat-liut (spt ulat), menggelepar, meronta-ronta; 2. berbunyi spt bunyi jam (tik, tik, tik) dll; 3. berdebar-debar (jantung), bergerak (hati): hatinya ~ mendengar khabar itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.le.ti/] | ݢلتيق

Definisi : ; menggeletik 1 bergerak-gerak dgn meliuk-liukkan badan spt ulat, ikan yg dikeluarkan dr air dll: bergerak-gerak anggotanya kerana menahan kesakitan dll. 2 berdenyut-denyut atau bergerak-gerak jantungnya kerana terperanjat dll; berdebar-debar. 3 berbunyi “tik, tik, tik” (bkn jam tangan dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata geletik

Peribahasa

Menggeletik-geletik seperti udang dalam tangguk.

Bermaksud :

Sangat gelisah. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggeletik-geletik bagai ulat nangka [= cempedak]).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, maaf mengganggu saya ada pertanyaan apa maksud peribahasa 1. bagai kucing dibawakan lidi 2. semisal udang dalam tangguk bolehkah DBP Malaysia terangkan dengan lebih jelas lagi. Sekian Terima Kasih.1. Peribahasa “Bagai kucing dibawakan lidi" bermaksud “sangat ketakutan”.
2. Peribahasa yang betul berdasarkan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu ialah “Menggeletik-geletik seperti udang dalam tangguk” atau “Udang merentak dalam tangguk” bermaksud “tidak tenteram, sangat gelisah dan susah”. 

Sastera20.12.2022

Kembali ke atas