Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.lin.cir] | ݢلينچير

Definisi : ; menggelincir hampir jatuh kerana terpijak sesuatu yg licin, menggeluncur, meleset; menggelincirkan menyebabkan menggeluncur; tergelincir 1. tergeluncur, tergeser kerana licin, terlepas dr landasan (kereta api); 2. mulai turun (matahari); 3. ki terlanjur, terlepas (cakap); ~ lidah terlepas kata, salah mengatakan sesuatu;gelinciran (Geo) retak pd kerak bumi yg menyebabkan muka bumi ternaik atau terturun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.lin.cir] | ݢلينچير

Definisi : ; menggelincir bergerak dgn tidak sengaja dan jatuh atau hampir-hampir jatuh kerana licin dsb; tidak dpt menetapkan kedudukan (gerakannya) kerana licin dll. menggelincirkan menyebabkan menggeluncur. tergelincir 1 terdorong kerana licin dll; tergeluncur: Dia jatuh ~ kerana terpijak kulit pisang. 2 mula turun (ttg matahari). 3 ki terlepas cakap; telah terlanjur mengatakan sesuatu. gelinciran retak pd kerak bumi (batu-batan) yg menyebabkan muka bumi terangkat atau terturun. penggelinciran pengangkatan atau penurunan muka bumi kerana berlaku keretakan pd kerak bumi (batu-batan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelincir


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum wbt. Adakah wujud terjemahan tertentu untuk perkataan ini: slip, lapse dan mistake dalam bahasa melayu?Untuk makluman, padanan bahasa Melayu untuk perkataan yang diberikan adalah seperti yang berikut:

1. slip - slip, gelincir

2. lapse - luput, lelap, jurang, selang

3. mistake - silap, salah


Penggunaan padanan bahasa Melayu yang diberikan bergantung pada konsep dan konteks.
Istilah21.05.2013
Soalan berkaitan istilah bagi barangan tembikar. Adakah ayat dalam bahasa melayu bagi " Slip-painted calligraphic bowl" adalah "Mangkuk berhias slip berkaligrafi"?Sekiranya "slip painted" merupakan teknik menghias tembikar, maka pihak kami mencadangkan istilah "slip-painted calligraphic bowl" diterjemahkan sebagai "mangkuk bercat kaligrafi gelincir". Namun, sekiranya "slip" merujuk kepada kepingan kertas yang dilekatkan pada tembikar,  padanan yang tepat bagi istilah tersebut ialah "mangkuk berhias kepingan kaligrafi" atau "mangkuk berhias kepingan khat".Istilah21.08.2020
Salam tuan di talian, Apakah terjemahan yang sesuai untuk perkataan anti-slips mats? Bolehkan jika diterjemahkan sebagai tikar antigelincir? Sekian, terima kasih.Istilah anti-slip mat tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu untuk istilah slip ialah gelincir. Oleh itu, istilah tikar antigelincir boleh digunakan.Istilah17.02.2011

Kembali ke atas