Definisi : ; menggelincir hampir jatuh kerana terpijak sesuatu yg licin, menggeluncur, meleset; menggelincirkan menyebabkan menggeluncur; tergelincir 1. tergeluncur, tergeser kerana licin, terlepas dr landasan (kereta api); 2. mulai turun (matahari); 3. ki terlanjur, terlepas (cakap); ~ lidah terlepas kata, salah mengatakan sesuatu;gelinciran (Geo) retak pd kerak bumi yg menyebabkan muka bumi ternaik atau terturun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : ; menggelincir bergerak dgn tidak sengaja dan jatuh atau hampir-hampir jatuh kerana licin dsb; tidak dpt menetapkan kedudukan (gerakannya) kerana licin dll. menggelincirkan menyebabkan menggeluncur. tergelincir 1 terdorong kerana licin dll; tergeluncur: Dia jatuh ~ kerana terpijak kulit pisang. 2 mula turun (ttg matahari). 3 ki terlepas cakap; telah terlanjur mengatakan sesuatu. gelinciran retak pd kerak bumi (batu-batan) yg menyebabkan muka bumi terangkat atau terturun. penggelinciran pengangkatan atau penurunan muka bumi kerana berlaku keretakan pd kerak bumi (batu-batan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)