| Assalamualaikum. Berdasarkan contoh nama tempat yang diberi, apakah kaedah yang diguna, betul? Pekan Nenas, Pekan Air Tawar, Kampung Jawa, pekan Gemas, pekan Tampin dan bandar Segamat? Apakah pedoman yang digunakan untuk membezakan perkataan yang pertama itu termasuk kata nama am atau kata nama khas? Terima kasih. | Waalaikumussalam. Kaedah yang digunakan ialah penggunaan huruf besar bagi kata nama khas. - Jika perkataan seperti Pekan, Kampung, Bandar merupakan sebahagian daripada nama rasmi tempat, maka huruf besar digunakan:
Pekan Nenas, Pekan Air Tawar, Kampung Jawa, Bandar Segamat. - Jika perkataan tersebut hanya menunjukkan jenis tempat (bukan nama khas), maka huruf kecil digunakan:
pekan Gemas, pekan Tampin. Kesimpulannya perbezaan bergantung pada penggunaan perkataan pertama itu sama ada sebahagian daripada nama khas atau sekadar kata nama am. | Tatabahasa | 22.04.2026 |
| Apakah ejaan yang betul bagi 'kereta api'? 'Kereta api' atau 'keretapi'. Kebanyakan nama stesen kereta api di Malaysia menggunakan nama seperti Stesen Keretapi Gemas, Stesen Keretapi Pasir Mas, dan sebagainya. Setahu saya ejaan 'keretapi' adalah ejaan lama. | kereta api- dieja terpisah. Tetapi apabila sudah didaftarkan sebelum penyelarasan sistem ejaan baharu, Tetapi jika nama khas, apatah lagi nama yang digazetkan, walaupun ejaannya tidak mengikut Sistem Ejaan Rumi, hendaklah ditulis mengikut ejaannya yang telah digazetkan. Contohnya: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Keretapi Tanah Melayu (KTM), Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Percanggahan ejaan berlaku disebabkan oleh faktor sejarah bahasa. Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia dirasmikan penggunaannya pada 16 Ogos 1972. Kemudian, pada tahun 1975, DBP menerbitkan buku Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia (1975) dan buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1981). Nama Keretapi Tanah Melayu (sejak 1948) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (sejak Feb 1972) wujud sebelum 16 Ogos 1972, oleh itu tidak terikat dengan Sistem Ejaan Rumi Baharu BM. Nama-nama yang wujud terkemudian tetapi mengekalkan ejaan Bandaraya, misalnya Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Ipoh dll mungkin bertujuan untuk penyelarasan nama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Sama juga dengan situasi nama stesen kereta api di Malaysia. | Ejaan | 14.09.2012 |