Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. orang yg menjaga atau memeĀ­lihara ternakan (kambing, lembu, dll); ~ kuda pemelihara kuda; 2. ki penjaga keselamatan orang ramai, pemimpin; bagai ~ diberi keris prb orang yg mendapat sesuatu yg tidak berguna baginya; gajah seekor ~ dua prb satu pekerjaan diketuai oleh dua orang (dua orang laki-laki yg mencintai seorang perempuan); bergembala mempunyai gembala (orang yg memelihara); ternak ~ parak berpagar prb harta benda harus dijaga; menggembala menjaga, memelihara, meĀ­mimpin: anak muda itu menolong bapanya ~ lembu-lembu peliharaan mereka; penggembalaan 1. perihal menggembala; 2. = tanah ~ tempat menggembala binatang; penggembala orang yg menggembala, gembala. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gembala I

Puisi
 

Gendang Cik Samat gembala angsa,
     Telur angsa sarang setalam;
Umat Muhammad punya bangga,
     Embun menitis serata alam.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Gajah seekor gembala dua.

Bermaksud :

Sesuatu pekerjaan dikepalai oleh dua orang; dua orang lelaki mencintai seorang perempuan. (Peribahasa lain yang sama makna: Enau sebatang dua sigainya).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud perkataan balam,kandis,damar,tengar,mendengut,serapah,serati,selara

Balam maksudnya sejenis burung atau nampak kurang jelas, kandis maksudnya sejenis tumbuhan (pokok yang masam buahnya) dalam famili Guttiferae, damar maksudnya bahan berupa getah keras yang diperoleh daripada beberapa jenis pokok, tengar maksudnya sejenis tumbuhan (pokok yang kulitnya digunakan untuk menyamak jaring, kulit binatang, dan lain-lain), mendengut maksudnya berbunyi dengut (seperti bunyi burung puyuh, atau gong yang dipalu), serapah maksudnya kutuk atau sumpah, serati maksudnya gembala gajah, selara maksudnya bulu halus (seperti miang) pada tumbuh-tumbuhan. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Kamus Dewan.

Makna01.11.2009

Kembali ke atas