Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gem.bléng] | ݢمبليڠ

Definisi : Jw; bergembleng bersatu padu, berpadu menjadi satu; tergembleng menjadi satu, dipersatukan; penggemblengan perihal atau perbuatan mempersatukan: ~ ideologi dan budaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gem.bléng] | ݢمبليڠ

Definisi : /gembléng/; menggembleng 1 menempa sesuatu supaya keras: ~ besi. 2 ki melatih dan mendidik supaya teguh hati; memperkuat semangat: Presiden Soekarno dpt ~ seluruh rakyat Indonesia dgn pidatonya yg berapi-api. penggemblengan hal atau perbuatan menggembleng. penggembleng orang atau pihak yg menggembleng. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gembleng


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ejaan betul bagi perkataan gembeleng atau gembelingEjaan yang betul ialah gembleng. Untuk menyemak ejaan perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Ejaan09.08.2009
Salam,tuan...antara perkataan 'gembeling' dan 'gembling', manalah ejaan yang betul ?Ejaan yang betul ialah "gembleng".Karya16.12.2015
sama ada penggunaan perkataan idi bawah betul atau sebaliknya : menggembelengkan sokonganKamus Dewan Edisi Empat memberi makna menggembleng sebagai menyatukan atau memadukan (tenaga, modal, dan lain-lain) untuk melakukan (meng­hasilkan, memperteguh) sesuatu: penduduk kampung itu menggembleng tenaga untuk membina jambatan itu; bank mempunyai peranan penting bagi menggembleng modal dalam negeri untuk membiayai perusahaan.

Perkataan gembleng kurang sesuai digunakan untuk sokongan. Perkataan yang lebih sesuai ialah mendapat sokongan, menguatkan sokongan.
Tatabahasa08.02.2013

Kembali ke atas