Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ®gembar-gembur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tidak padat, berderai-derai (tanah, pasir, dll), lembut, lunak; sakit ~-~ basal, busung air; menggemburkan mencangkul (tanah) supaya gembur; penggembur alat utk menggemburkan tanah; ~ putar alat penggembur tanah yg berputar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tidak keras padat (ttg tanah); berderai-derai; hancur dan lembut. menggemburkan membuat tanah menjadi gembur dgn menggunakan cangkul dsb. penggembur alat yg digunakan utk menggemburkan tanah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gembur


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
petani itu menyemai benih-benih sawi di tanah yang __. 'gembur' atau 'lembik' yang mana satu lebih sesuai? atau kedua-dua juga sesuai digunakan[lembik:terlalu lembut (spt tanah, nasi, bantal, dll) ; gembur :tidak keras padat (ttg tanah) ]?Perkataan yang sesuai ialah gembur.Tatabahasa29.07.2013
munsyi, menurut soalan percubaan JPTerengganu 2009 Polis memerhatikan______penjenayah sebelum menyerbu tempat persembunyian mereka. A tingkah laku B gembar-gembur C gerak-geri D tindak-tindak apakah jawaban yangsesuia, apakah perbezaan antara A,C, dan D? TKMerujuk Kamus Dewan tingkah laku sama maksudnya dengan gerak-geri ataupun kelakuan. Berdasarkan makna tersebut jawapan yang betul ialah A dan C. Untuk melihat makna dan beza antara perkataan tersebut sila rujuk www.prpm.dbp.gov.my.

Tatabahasa07.01.2013
Salam, betulkah ayat ini? Encik Logan mempunyai beberapa ekor kucing Parsi yang sangat besar dan gebu. Bolehkah kata adjektif 'gebu' digunakan untuk bulu kucing Parsi?Terima kasih.Perkataan gebu dalam ayat di atas tidak sesuai. Gebu merujuk kepada 1. lembut (ubi dll), gembur (tanah); 2. penuh berisi, licin dan halus kulitnya: pipinya yg gebu. Penggunaan perkataan gebu bagi merujuk kepada bulu kucing tidak sesuai.Tatabahasa22.05.2013

Kembali ke atas