Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.me.re.si/] | ݢمرسيق

Definisi : ; bergemeresik menggeresek (spt kain, kertas, dll direnyuk-renyukkan): pohon-pohon ~ dipuput bayu laut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gemeresik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
kata dasar untuk gemeresik ialah apa? apakah imbuhan sisipannya? terima kasihGemeresik merupakan kata dasar yang membawa maksud bermaksud menggeresek (seperti kertas, kain dan lain-lain direnyuk-renyukkan).Ejaan27.02.2015
Mohon pencerahan tentang perkataan gemersik dan gemerisik. Adakah kedua-dua perkataan ini baku dan apakah kata dasar untuk kedua-dua perkataan ini. Terima kasihPerkataan yang terdapat dalam Kamus Dewan edisi keempat ialah gemeresik dan mersik. Gemeresik atau bergemeresik bermaksud menggeresek (seperti kertas, kain dan lain-lain direnyuk-renyukkan). Mersik bermaksud kuat lagi nyaring (suara, bunyi dll.), lantang.Makna22.04.2016
1) Apakah maksud perkatan gemersik sebenarnya sebab perktaan tersebut tiada dalam daftar kamus dewan edisi 4. 2) Jika ada apakah maksud perkataan tersebut? 3)Dalam konteks ayat di bawah, apakah perkataan yang sesuai digunakan? -Suara penyanyi itu sungguh ___________semasa mendendangkan lagu irama asli. (Mana satu sesuai digunakan?GEMERSIK/MERDU?)Perkataan yang terdapat dalam Kamus Dewan edisi keempat ialah gemeresik dan mersik. Gemeresik atau bergemeresik bermaksud menggeresek (seperti kertas, kain dan lain-lain direnyuk-renyukkan). Mersik bermaksud kuat lagi nyaring (suara, bunyi dll.), lantang. Dalam konteks ayat yang diberikan, perkataan yang sesuai ialah merdu. Suara penyanyi itu sungguh merdu semasa mendendangkan lagu irama asli.Makna25.08.2012

Kembali ke atas