Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.mer.la.pan] | ݢمرلڤن

Definisi : berkilat-kilat, berkilauan: pakaiannya penuh bertabur dgn permata yg ~; di sana sini gemerlapan cahaya lampu neon; permata intan berlian yg bergemerlapan sinar-menyinar cahayanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.mer.la.pan] | ݢمرلڤن

Definisi : cahaya yg berkilau-kilau (pd berlian, lampu dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gemerlapan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
assalamualaikum... adakah terdapat istilah 'gemerlapan' dalam bahasa melayu?Perkataan gemerlapan terdapat dalam istilah bahasa Melayu.Ejaan16.04.2007
1. Wajah Puan Raziah (gemerlapan/ceria/gembira/suram) apabila mendapat berita tentang kejayaan anaknya itu. 2. Dalam perbahasan itu, David menyampaikan hujah-hujahnya dengan suara yang (nyaring/lantang/gagap/merdu). 3. Dulang tembaga ini kelihatan (kusam/pucat/pudar/kelam) kerana sudah lama tidak digilap. 4. Ukiran pada tingkat rumah datuk sungguh (elok/cantik/ayu/kaku).1. Wajah Puan Raziah ceria apabila mendapat berita tentang kejayaan anaknya itu. 2. Dalam perbahasan itu, David menyampaikan hujah-hujahnya dengan suara yang lantang. 3. Dulang tembaga ini kelihatan (kusam/pudar) kerana sudah lama tidak digilap. 4. Ukiran pada tingkat rumah datuk sungguh elok.Tatabahasa30.07.2008

Kembali ke atas