Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gem.pa] | ݢمڤا

Definisi : goncangan (bumi), lindu; ~ bumi goncangan (gerakan) bumi; ~ laut gegaran laut yg disebabkan oleh gempa bumi di dasar laut; ~ sunting bunga ketar yg menjadi perhiasan rambut pengantin perempuan; menggempakan menggoncangkan, meng­gegarkan dgn keras (tanah dll): letupan bom itu ~ tempat di sekelilingnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gem.pa] | ݢمڤا

Definisi : 1 = bergempa bergerak bergentar atau bergoncang. 2 = ~ bumi gerakan (goncangan) bumi yg tiba-tiba. menggempakan menjadikan bergempa; menggegarkan atau menggoncang: Letupan yg kuat itu telah ~ kawasan sekelilingnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gempa

Puisi
 

Tetak buluh dibuat pagar,
     Mari diikat dengan rotan;
Gunung runtuh bumi bergegar,
     Gempa tidak kiamat pun bukan.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Gempa bumi yang kuat pada pagi nanti telah menyebabkan bangunan-bangunan tinggi di kawasan itu bergegar. munsyi, adakah gramatis ayat ini? TKAyat tersebut tidak gramatis, perkataan nanti menyatakan bahawa peristiwa tersebut belum berlaku.Tatabahasa05.04.2012
1. Kejadian gempa bumi di Turki itu telah "mengorbankan banyak nyawa". 2. Kejadian gempa bumi di Turki itu telah "banyak mengorbankan nyawa". Ayatyang menggunakan "mengorbankan banyak nyawa/ banyak mengorbankan nyawa" betul?Ayat yang betul ialah 'Kejadian gempa bumi di Turki telah mengorbankan banyak nyawa'.  Banyak ialah kata bilangan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama dan hadir sebelum frasa nama tersebut.Tatabahasa08.02.2011
beberapa buah bangunan di kawasan itu_______akibat daripada gempa bumi. A ranap B musnah C tumbang D hancur) tuan, jawaban ialah B, tetapi pada pandangan saya, A juga betul. Tuan, bagaimana dengan pendapat tuan tentang soalan ini. TQMengikut Kamus Dewan, 'ranap' bermakna 1. berada dlm keadaan (hampir) rata dgn tanah (kerana roboh, tumbang, dll): Diberi contoh ranap akibat gempa bumi.  'Musnah' pula bermaksud ' binasa atau rosak semuanya'.  Pada pendapat kami, kedua-dua perkataan iaitu 'ranap' dan 'musnah' adalah betul. Namun jika ditunjukkan dengan jelas gambar bangunan yang 'ranap' atau 'musnah' anda boleh memilih jawapan yang terbaik.Makna22.08.2011
Assalamualaikum Wbrt. Tuan Harap dapat penjelasan terperinci kenapa ayat di bawah salah: 1) Kejadian gempa bumi itu telah mengorbankan banyak nyawa. 2) Tokoh ilmuan itu menceritakan tentang kenangan beliau ketika menuntut di universiti. 3) Kerja-kerja menghias bilik itu telah disiapkan oleh kami sebentar tadi. 4) Rancangan untuk memperindahkan tamannya terpaksa ditangguhkan kerana menghadapi masalah kewangan. Atas penjelasan tuan itu, didahului dengan ucapan terima kasih. Izani b. Hj. Daud.1) Kejadian gempa bumi itu telah mengorbankan banyak nyawa. - subjek ayat tidak perlu didahului kata kejadian.  
2) Tokoh ilmuan itu menceritakan tentang kenangan beliau ketika menuntut di universiti. - kata menceritakan tidak tepat dari segi makna ayat, sebaliknya ganti dengan perkataan lain seperti ... mengimbau kenangan ketika beliau ... 
3) Kerja-kerja menghias bilik itu telah disiapkan oleh kami sebentar tadi. - Ayat pasif diri pertama tidak menerima bentuk pasif di-... + oleh seperti kata ganti nama diri ketiga.
4) Rancangan untuk memperindahkan tamannya terpaksa ditangguhkan kerana menghadapi masalah kewangan. - memperindah, bukan memperindahkan
Tatabahasa08.03.2012
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya mempunyai keraguaan berkaitan dengan penggunaan ayat tragis dan tragik. Bila masa dan keadaan dalam penulisan untuk kita gunakan ayat tragis dan tragik secara sesuai dalam petikan. Sebagai contoh a. " kesan akibat gempa dan Tsunami yang melanda Palu telah meragut ribuan nyawa serta menjejaskan ekonomi sosial masyarakat Palu dengan tragik. atau b. "kesan akibat gempa dan Tsunami yang melanda Palu telah meragut ribuan nyawa serta menjejaskan ekonomi sosial masyarakat Palu dengan tragis.Mengikut Kamus Dewan, perkataan ‘tragik’ ialah penuh tragedi, menyedihkan.  Contoh ayat, peristiwa ini mengandungi humor dan tragik sekali gus, manakala perkataan ‘tragis’ pula dilabelkan bahasa Indonesia-Belanda yang membawa maksud sangat sedih, sangat menyedihkan.  Contoh ayat menggunakan perkataan ‘tragis’ ialah cerita itu mengisahkan percintaan yang tragis.  Dari aspek makna, kedua-dua mempunyai makna yang sama, iaitu berkaitan dengan tragedi (peristiwa (keadaan) yang menyedihkan, yang berbeza cuma labelnya.  Ayat anda boleh dibetulkan kepada Gempa dan Tsunami yang melanda Palu telah meragut ribuan nyawa dengan tragik serta menjejaskan ekonomi sosial masyarakat Palu dengan teruk.Tatabahasa29.04.2019
MAKSUD BENCANA ALAM DAN SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJANBencana bermaksud 1. bahaya,kecelakaan. Bencana alam bermaksud bencana kerana air bah(gempa,angin ribut dll.).  Sediakan payung sebelum hujan bermaksud hendaklah bersiap sedia sebelum terjadi sesuatu yang kurang baik. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna20.08.2008
bencana dan bencana alam dari sudut geografiBencana bermaksud bahaya atau kecelakaan. Bencana alam bermaksud bencana kerana air bah (gempa,angin ribut dan lain-lain). Untuk melihat maksud bencana/bencana alam dari aspek teknikal sila rujuk ensiklopedia atau buku yan berkaitan.  Makna25.10.2009
Perbezaan kata 'sementara' dengan 'manakala'kata manakala dan sementara digunakan dalam ayat seperti yang berikut: i. Dia tersenyum manakala melihat adiknya sudah terlena. ii. ramai orang yang cedera dan hilang manakala beratus-ratus kehilangan rumah dalam gempa itu. Di sini jelas menunjukkan bahawa kata tersebut tidak digunakan pada permulaan ayat tetapi digunakan sebagai penanda wacana untuk menyambung ayat yang sebelumnya.Tatabahasa15.04.2008
Soalan 1 Mengapakah "semakin bertambah mantap" adalah salah?Berikan penjelasannya. Soalan 2 Yang mana betul?Berikan penjelasannya Di kiri dan di kanan jalan/di kiri dan kanan jalan Soalan 3 Adakah anggota badan seperti pinggang, bahu dikira sebagai tempat dan harus diikuti dengan perkataan dari/daripada? Soalan 4 Yang mana betul?Berikan penjelasan a)Kejadian gempa bumi yang berlaku sejak akhir-akhir ini menimbulkan kebimbangan. b)Kejadian gempa bumi yang berlaku akhir-akhir ini menimbulkan kebimbangan. Soalan 5 Apakah perbezaan antara jarang dan jarang-jarang? Yang mana betul? Pelajar itu terpilih sebagai pelajar cemerlang kerana dia (jarang/jarang-jarang) ponteng sekolah. Soalan 6 Yang mana betul? kedua-dua orang ibu bapa/kedua-dua ibu bapa Soalan 7 Adakah imbuhan ter- yang diikuti dengan perkataan sekali boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya atau terdapat sebarang pengecualian? Berikan beberapa contoh perkataan yang menggunakan imbuhan ter- dengan perkataan sekali. Soalan 8 Yang mana betul? Sejak kebelakangan ini/sejak belakangan ini Soalan 9 Yang mana betul? a)Sebagai anak kita mestilah sentiasa mendengar nasihat ibu bapa kita. b)Sebagai anak, mestilah sentiasa kita ikuti nasihat ibu bapa kita.

1. Semakin bermaksud kian bertambah. Jika ditulis semula "semakin bertambah mantap" menjadi "kian bertambah bertambah mantap". Adakah betul?

2. Di kiri dan di kanan jalan. Sekiranya membawa maksud bersama (sekali), ayat "di kiri dan kanan jalan" juga boleh digunakan.

3. Ya.

4. (b) betul. Sejak bermaksud: bermula dari, mulai, dari.

5. jarang:- tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap (tenunannya dll): gigi ~; kain yg ~; 2. tidak lebat, tidak padat: rambut yg ~;

jarang-jarang tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim; ~ berlaku tidak sering berlaku; ~ dapat tidak selalu dapat; dia ~ datang dia tidak sering datang; ~ dipakai tidak lazim dipakai;

Pelajar itu terpilih sebagai pelajar cemerlang kerana dia jarang-jarang ponteng sekolah.

6. Kedua-dua ibu bapa.

7. Penanda darjah penghabisan yang terakhir ialah: amat, sungguh dan sangat diikuti oleh kata adjektif kemudian kata penguat biasa sekali. Contohnya, amat besar sekali. Frasa "ter-...  sekali", contohnya, "terpandai sekali" adalah salah kerana terdapat dua penanda darjah penghabisan, iaitu ter- dan sekali. Sila rujuk akhbar sisipan Berita Harian, Klik DBP bil. 53, 22 Oktober 2008.

8. Kedua-duanya betul.

9. Sebagai anak, kita mestilah sentiasa mendengar nasihat ibu bapa kita.

 

Lain-lain20.12.2008
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan ´mana´ dalam perkataan-perkataan di bawah: i) sejauh mana ii) had mana iii) hingga mana Saya agak keliru dengan penggunaan perkataan ´mana´ yang membentuk perkataan-perkataan di atas. Mengapakah perkataan ´mana´ tersebut tidak dianggap sebagai kata tanya khasnya apabila digunakan dalam ayat? Contoh ayat: i) Alat itu digunakan untuk mengukur sejauh mana kekuatan gempa bumi.Mana ialah kata tanya. Dalam contoh ayat yang diberikan, ayat yang gramatis ialah "Alat itu digunakan untuk mengukur kekuatan gempa bumi".Tatabahasa18.07.2018
12

Kembali ke atas