Kemusykilan: Ada berapa ayat yang betul. Kenapa dipilih betul dan kenapa tidak betul? a. Semua guru-guru dikehendaki berkumpul di bilik guru. b. Wan Mat Saman berasal dari negeri Kedah. c. Kakak membersihkan lantai yang kotor. d. Anak-anak lembu Pak Rastam gemuk belaka. Terima kasih. | a. Semua guru dikehendaki berkumpul di bilik guru. (perkataan 'guru' tidak perlu diulang kerana perkataan 'semua' telah membawa maksud jamak) b. Wan Mat Saman berasal dari negeri Kedah. (betul) c. Kakak membersihkan lantai yang kotor. (betul) d. Anak-anak lembu Pak Rastam gemuk belaka atau Anak lembu Pak Rastam gemuk-gemuk belaka. | Tatabahasa | 19.10.2011 |
Selamat sejahtera,Apa khabar? Saya ingin bertanya ttg penggunaan kata adjektif yg betul. Tolong terangkan penggunaan 'paling 'yg betul dlm ayat. Adakah ayat -2 di bawah betul? 1. Bilal ialah budak yang paling tinggi sekali di dalam kelas 4M. 2. Bilal ialah budak yang paling tertinggi sekali di dalam kelas 4M. Bolehkah paling dan sekali dalam ayat? Ayat 2: 1) Semua biri-biri yang diternak oleh Ali gemuk. 2) Semua biri-biri yang diternak oleh Ali gemuk-gemuk belaka. Bolehkah perkataan belaka ditulis bersama perkataan tak berganda cth: gemuk belaka?Bgmanakah penggunaan belaka dalam ayat?TQ | Sdr. sowlili, perkataan paling telahpun menunjukkan darjah tertinggi dalam perbadingan sesuatu benda seperti contoh dalam ayat ini. Oleh itu paling tinggi sekali dianggap tidak gramatis. cukup jika ditulis paling tinggi sahaja.Manakala belaka semuanya atau seluruhnya sekali (tidak ada kecualinya): manusia di dlm hutan itu habis mati ~; ia bercakap sangat manis, pd hal hanya cakap dusta ~. | Tatabahasa | 05.12.2007 |
Betulkah tatabahasa ayat ini ? Dimanakah saya boleh membuat ujian saringan untuk gemuk? | Tatabahasa yang betul ialah Di manakah saya boleh membuat ujian saringan untuk gemuk? . | Tatabahasa | 02.03.2010 |
Di sini ada beberapa soalan yang ingin ditanya 1. Apakah perbezaan maksud di antara perkataan (a) gedempol (b) gempal (c) gemuk] (i) Mana satu jawapan di atas sesuai dengan saolan di bawah: Kanak-kanak juga sering dikaitkan dengan badan yang ............akibat tabiat makan yang tidak terkawal (ii) Orang yang banyak makan menyebabkan badan mereka menjadi ........... Soalan di bawah mana pilihan yang sesuai 2. Wajah yang (cantik, kacak)bukan ukuran tetapi yang paling penting ialah budi bahasa. 3. Bunga kembang pagi akan berbau (wangi, semerbak ,harum) pada setiap pagi Harap tuan dapat membalas sebelum 25/2/09 sekian terima kasih | Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, gedempol bermaksud gemuk, gempal pula bermaksud gemuk sedang (berkenaan tubuh) atau padat berisi dan gemuk - tidak kurus atau besar badan (kerana banyak daging). Bagi ayat yang diberikan perkataan yang sesuai ialah: (i) Kanak-kanak juga sering dikaitkan dengan badan yang gemuk akibat tabiat makan yang tidak terkawal (ii) Orang yang banyak makan menyebabkan badan mereka menjadi gemuk/gempal. Manakala bagi soalan: 2. Wajah yang cantik bukan ukuran tetapi yang paling penting ialah budi bahasa. 3. Bunga kembang pagi akan berbau wangi/harum) pada setiap pagi. | Makna | 26.02.2009 |
apakah kesalahan dalam ayat ini?1)saya tidak boleh lari laju kerana badan saya gemuk.2)FAKTA YANG DIKEMUKAKAN ADALAH BERDASARKAN UNDANG-UNDANG.3)TUJUAN KAJAIAN INI DIBUAT ADALAH UNTUK MENGENALPASTI MASALAH-MASALAH YANG DI HADAPI SEMASA PENULISAN KARANGAN. | 1) Saya tidak boleh lari laju kerana badan saya gemuk. - betul. 2) FAKTA YANG DIKEMUKAKAN ADALAH BERDASARKAN UNDANG-UNDANG. - kata pemeri yang betul ialah. 3) TUJUAN KAJIAN INI DIBUAT ADALAH UNTUK MENGENALPASTI MASALAH-MASALAH YANG DI HADAPI SEMASA PENULISAN KARANGAN. - betulkan ejaan mengenal pasti dan dihadapi. Untuk membina ayat dengan betul, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 23.04.2012 |
Saya ingin memastikan ayat-ayat di bawah yang manakah mempunyai tatabahasa yang betul: 1) Budak itu gemuk tetapi cergas. 2) Budak itu kurus tetapi cergas. Terimakasih. | Kedua-dua ayat betul bergantung pada sifat yang hendak disampaikan atau ditonjolkan. | Tatabahasa | 28.04.2008 |
salam . apakah perkataan berlawan buncit | Untuk makluman saudara, tidak semua perkataan ada lawannya. Tidak ada perkataan lawan bagi kata buncit yang lazim diungkapkan seperti gemuk lawannya kurus dan tinggi lawannya rendah. | Tatabahasa | 21.09.2011 |
Selamat sejahtera, Bagaimanakah penggunaan 'nian' dalam ayat? Bagaimana saya hendak menerangkan kpd anak murid saya jika hanya dgn memberi 2 cth iaitu indah nian dan cantik nian? Apakah perkataan lain selain indah dan cantik? Bolehkah gemuk nian atau sebarang kata adjektif digunakan bersama 'nian'?TQ | Nian bermaksud terlalu sangat,amat, benar, sungguh. Kata untuk menguatkan maksud kata sebelumnya. Berdasarkan maksud ini nian bolehlah digunakan dengan kata adjektif lain. | Makna | 30.01.2008 |
Assalamualaikum, Apakah maksud rama-rama yang betul? Daripada kamus DBP: Rama-rama : [1.sj serangga yg sayapnya lebar dan cantik (dlm pelbagai warna), kupu-kupu; 2. kupu-kupu (besar dan tidak berwarna-warni sayapnya).] ATAU; [serangga bersayap empat yg lebih banyak terbang pd waktu malam dan tertarik pd cahaya (warna sayapnya agak gelap dan badannya lebih gemuk drpd badan kupu-kupu).] Berlaku percanggahan maksud. Kalau dalam English butterfly=kupu-kupu, moth=rama-rama. Yang manakah yang betul? | Merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua, rama-rama ialah serangga bersayap empat yang lebih banyak terbang pada waktu malam dan tertarik pada cahaya, dan warna sayapnya agak gelap dan badannya lebih gemuk daripada badan kupu-kupu. Kupu-kupu ialah serangga yang mempunyai sepasang sesungut, empat sayap dan biasanya berwarna-warni dan terang warnanya. Jika berlaku percanggahan dalam data kami, untuk melihat makna yang lebih persis kami sarankan tuan/puan mengambil data daripada Kamus Pelajar. | Makna | 25.10.2013 |