salam tuan , apakah perbezaan antara jantina dengan gender | Gender membawa maksud jantina, iaitu jenis kelamin (laki-laki atau perempuan). | Makna | 25.01.2012 |
Mohon penjelasan perbezaan antara keliru dan celaru. Contoh Kecelaruan Gender Vs Kekeliruan Gender. | Perkataan “keliru” bersinonim dengan “celaru”. “Keliru” merupakan kata kerja tak transitif yang bermaksud salah pengertian tentang sesuatu kenyataan, konsep dan sebagainya, manakala “celaru” merupakan kata adjektif berkenaan fikiran, perasaan, jiwa dan sebagainya yang tidak menentu disebabkan terlalu banyak perkara yang bercampur baur. Berdasarkan contoh yang diberikan, kedua-dua perkataan tersebut telah menerima imbuhan apitan “ke- … -an”. “Kekeliruan” merupakan kata nama yang bermaksud hal atau keadaan keliru, manakala “kecelaruan” bermaksud hal atau keadaan bercelaru. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk pangkalan data prpm.dbp.gov.my dan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2015), halaman 407 dan 1025. | Makna | 30.10.2024 |
Bolehkah saya tahu apa terjemahan untuk intersectional gender theory? | Cadangan terjemahan untuk intersectional gender theory ialah "teori persilangan gender". | Penyemakan dan penterjemahan | 05.02.2022 |
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera Tuan/Puan, Mohon pandangan terma bahasa Melayu yang sesuai bagi terma "learned gender assumptions" seperti dalam ayat "feminists claimed that criminal behavior was affected by learned gender assumptions like the endorsement of adversarial sexual script." Terima kasih. | Cadangan padanan bagi istilah learned gender assumptions dalam bahasa Melayu ialah andaian gender dipelajari. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 08.03.2024 |
Boleh saya dapatkan bantuan untuk translasi bagi perkataan "Gender Dysphoria" untuk kegunaan dalam modul guideline. Terima Kasih. | Padanan bahasa Melayu bagi istilah gender dysphoria ialah disforia jantina. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 26.03.2023 |
Salam sejahtera, adakah "kesamaan jantina" ataupun "kesaksamaan jantina" lebih sesuai digunakan sebagai penterjemahan bagi "gender equality"? Terima kasih. | Selamat sejahtera, Terjemahan bagi perkataan gender equality dalam bahasa Melayu ialah 'kesamaan jantina'. | Lain-lain | 28.07.2017 |
1) Mana satu yang betul susun semula program atau merangka semula program 2) adakah perkataan gender boleh digunakan? | Kedua-dua frasa iaitu "menyusun semula program" atau "merangka semula program" boleh digunakan. Perkataan "gender" juga terdapat dalam Kamus Dewan Perdana dan boleh diguna pakai dalam ayat. | Tatabahasa | 18.12.2022 |
Apakah terjemahan bagi perkataan-perkataan berikut? Gay, lesbian, bisexual, non-binary, queer, genderqueer, intersex, transgender, cisgender, gender, sex | Padanan bahasa Melayu bagi istilah gay ialah homoseks, lesbian ialah lesbian, bisexual ialah dwiseksual, non-binary ialah bukan binari, queer ialah kuira, genderqueer ialah genderkuira, intersex ialah interseks, transgender ialah transjantina, cisgender ialah cisgender, gender ialah jantina atau gender, dan sex ialah jantina. Padanan kesemua istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 11.02.2024 |
Saya telah bertanyakan soalan berikut "Boleh saya dapatkan bantuan untuk translasi bagi perkataan "Gender Dysphoria" untuk kegunaan dalam modul guideline." pada 26 Mac 2023 yang lalu, namun masih belum mendapat jawapan dari pihak DBP. Boleh saya dapatkan bantuan bagi mempercepatkan proses ini. Terima Kasih! | Padanan bahasa Melayu bagi istilah gender dysphoria ialah disforia jantina. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 03.04.2023 |
apakah erti bahasa secara umumnya? dan apakah erti gender secara umumnya? | Bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia. Bahasa menjadi medium komunikasi antara manusia. Bahasa dilafazkan melalui simbol yang diterima pakai oleh sesuatu masyarakat. Bahasa boleh digunakan sama ada secara lisan dan tulisan. Kategori bahasa dalam masyarakat boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti bahasa suku kaum, bahasa daerah dan bahasa kebangsaan. Bahasa merupakan identiti sesuatu masyarakat. Ini bertepatan dengan slogan ' Bahasa Jiwa Bangsa'. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku-buku berkaitan bahasa yang ada di pasaran. Gender ialah jantina atau dalam bidang Linguistik bermaksud golongan jenis kata dalam tatabahasa seperti maskulin, feminin dan neuter. | Makna | 09.08.2008 |