| What is General Superintendent in Bahasa Malaysia. We have been using the word Pengelola Agung. Thank you for your help. | Istilah General Superintendent tidak ada dalam sumber rujukan. Walau bagaimanapun saya paparkan beberapa bentuk bentuk istilah yang mengandungi perkataan general dan padanannya dalam bahasa Melayu seperti Inspector General - Ketua Polis Negara, Auditor General - Juruaudit Negara, General Manager - Pengurus Besar, General Staff - Kakitangan Turus Am. Berdasarkan contoh-contoh tersebut tidak istilah yan menggunakan kata general diberi padanan Agung. Oleh itu, berdasarkan contoh yang ada padanan yang paling sesuai untuk General Superintendent ialah Penguasa Negara. | Istilah | 13.05.2009 |
| General Electric corporate ads Penyemakan penggunaan BM yang tepat! | Penggunaan bahasa Melayu yang betul. Sila ke Khidmat Pengesahan Bahasa untuk sijil kelulusan. | Tatabahasa | 19.06.2013 |
| General Manager, director general, personal manager | pengurus besar, ketua pengarah, pengurus personel | Makna | 03.05.2007 |
| Tuan, Apakah perkataan yang sesuai untuk jawatan "Group Chief Executive Officer", "General Manager, Group Human Resource Management" dan "Assistant General Manager, Group Legal Counsel" ? | Padanan bahasa Melayu untuk nama jawatan yang diberikan adalah seperti yang berikut: 1. Group Chief Executive Officer - Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan 2. General Manager - Pengurus Besar 3. Group Human Resource Manager - Pengurus Sumber Manusia Kumpulan 4. Assistant General Manager - Penolong Pengurus Besar 5. Group Legal Counsel - Penasihat Undang-Undang Kumpulan | Istilah | 27.02.2014 |
| Salam sejahtera, "General Security Directorate" frasa ini merujuk kepada nama jabatan. Sebagai contoh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. Terjemahan sebagai 'Ketua Direktorat Keselamatan', seakan-akan nama jawatan. Bolehkah saya terjemah frasa ini kepada Direktorat Keselamatan Am atau Direktorat Keselamatan Umum atau Jabatan Keselamatan Awam atau lain-lain? Mohon ditentukan terjemahan yang sesuai. Terima kasih | Jika merujuk nama sesebuah jabatan, terjemahan yang sesuai ialah "Direktorat Keselamatan Am". | Penyemakan dan penterjemahan | 28.05.2014 |
| Pihak kami ingin bertanya tentang garis panduan untuk pendaftaraan nama untuk bangunan. 1. Bolehkah perkataan bahasa Inggeris digunakan? 2. Nama jenama perlukah ditanda dagangan dahulu sebelum didaftar? Contohnya; Menara "General Electric". Atau "General Electric" Tower? | Bagi penamaan nama bangunan perlu menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya. Bagi penamaan dalam bahasa Inggeris tidak akan diluluskan oleh pihak DBP. Cadangan terjemahan bagi penamaan bangunan yang dicadangkan ialah "Menara Elektrik Awam". | Lain-lain | 30.05.2022 |
| Merujuk kepada pertanyaan saya sebelum ini berkenaan tentang terjemahan 'Group General Counsel', pihak DBP telah memberi cadangan terjemahan "Kumpulan Ketua-ketua Peguam" atau "Kumpulan Ketua-ketua Pegawai Undang-undang". Untuk konteks, 'Group General Counsel' adalah merujuk kepada ketua bahagian undang-undang sebuah syarikat. Tugasnya termasuklah sebagai penasihat undang-undang dalaman syarikat kepada pentadbiran dan lembaga pengarah syarikat. Dalam konteks ini, 'Group' merujuk kepada kumpulan syarikat, sebagai contoh Sime Darby Group. Dalam konteks di atas, apakah terjemahan sesuai untuk jawatan 'Group General Counsel' ini? | Kami mencadangkan "Group General Counsel" diterjemahkan sebagai "Ketua Bahagian Undang-undang Kumpulan Syarikat". Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya. | Istilah | 16.04.2021 |
| Apakah terjemahan sesuai untuk 'GROUP GENERAL COUNSEL'? | Kami mencadangkan "Group General Counsel" diterjemahkan sebagai "Kumpulan Ketua-ketua Peguam" atau "Kumpulan Ketua-ketua Pegawai Undang-undang". Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang, sama ada bidang Pentadbiran Awam atau Undang-undang. | Penyemakan dan penterjemahan | 15.04.2021 |
| maksud General meeting : adakah ianya ditafsirkan sebagai Mesyuarat Agung tahunan sahaja atau juga mesyuarat agung khas | Padanan general meeting dalam bahasa Melayu ialah mesyuarat agung. | Istilah | 24.11.2010 |
| Apakah daftar istilah untuk "general physician" dalam bidang perubatan? Adakah 'doktor umum' boleh digunakan? Sekian, terima kasih. | Padanan bagi istilah general physician ialah pakar perubatan am.Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 16.08.2022 |