Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gé.ne.ra.si] | ݢينراسي

Definisi : (génerasi) 1. kumpulan individu yg lahir pd waktu yg lebih kurang sama, angkatan: perbuatannya itu akan menjadi teladan kpd ~ yg akan datang; kalaulah begini keadaannya dlm dua atau tiga ~ lagi pun bangsa kita akan tetap mundur; ~ baru angkatan baru; 2. tahap atau peringkat kemajuan atau perkembangan: dgn kemajuan besar-besaran, kita telah melalui empat ~ komputer. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gé.ne.ra.si] | ݢينراسي

Definisi : /génerasi/ 1 peringkat dlm sesuatu keturunan (keluarga). 2 masa (lebih kurang 30 tahun) dr seseorang itu dilahirkan, berkahwin dan mempunyai anak: Satu ~ yg lalu. 3 sekalian orang yg hidup dlm masa yg lebih kurang sama dan mereka juga lebih kurang sebaya atau seumur: ~ muda; ~ yg akan datang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata generasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, apakah nama generasi selepas generasi Z? Kalau dalam bahasa Inggeris, mereka menggelarkan generasi yang lahir selepas tahun 2010 sebagai generasi alpha.. boleh saya tahu kalau istilah dalam bahasa Melayu adakah sama ejaan alpha atau ditukar menjadi alfa? Atau, dalam bahasa Melayu ada istilah lain untuk generasi alpha ini? Terima kasih.Nama generasi selepas generasi Z ialah generasi alfa.Gelaran ini diberikan kepada generasi yang lahir pada tahun 2010 sehingga tahun 2014.Ejaan 'alpha' dalam bahasa Melayu ialah alfa. Istilah01.08.2022
Mohon pencerahan penggunaan istilah 'Generasi Lestari' (maksud sebagai generasi yang berilmu)Lestari bermaksud tidak berubah atau kekal atau dalam bahasa Inggeris ialah sustainable. Tidak ada maklumat tentang generasi lestari dalam pangkalan data kami dan generasi yang berilmu tidak sesuai diistilahkan sebagai generasi lestari.Tatabahasa01.04.2015
Generasi baru atau generasi baharu?Kedua-duanya betul, tetapi yang paling tepat ialah "generasi baharu".Lain-lain11.12.2022
salam... Tuan/Puan, Soalan pertama: saya ingin mendapatkan maksud kepada perkataan Generasi Y. Soalan kedua: Berikut adalah salah satu tajuk seminar kami, adakah penggunaannya bahasanya betul?..."Kekal Kreatif Kekal Inovatif : Generasi Y". Soalan ketiga: Bolehkah kami mendapatkan beberapa tajuk seminar yang melibatkan "Generasi Y'. Sekian, terima kasih. Nurul (LIC, MPC)Generasi Y - istilah untuk menggambarkan generasi di banyak negara lahir dari zaman 1980-an hingga tahun 2001. Generasi Y juga dikenali sebagai Generasi Milenium. Istilah ini digunakan dalam demografi, sains politik, dan pemasaran.  Tajuk sesuai ialah "Generasi Y: Kekal Kreatif, Kekal Inovatif" atau "Generasi Y: Kreatif dan Inovatif". Belum ada lagi tajuk dan rujukan seminar tentang Generasi Y dalam sumber rujukan kami.Lain-lain06.04.2011
Mohon pandangan tuan/puan. Yang manakah betul Generasi Baru atau Generasi Baharu?Kedua-duanya betul, yang paling tepat ialah generasi baharu.Tatabahasa24.05.2016
Selamat pagi Tuan/Puan. Saya ingin mendapat kepastian tentang beberapa sebutan pinjaman bahasa Inggeris. Sebagai contoh, sebutan perkataan 'Generasi' ,'Agen', 'psikomotor'. Perkataan 'generasi' perlu dieja sebagai ' Ge. ne..ra..si' atau 'je..ne..ra..si'? Terima Kasih.Generasi disebut /gé.ne.ra.si/ , agen disebut /a.gén/. Sila rujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan- Jawi untuk rujukan selanjutnya.Tatabahasa18.01.2013
selamat pagi. soalan yang dikemukakan adalah penggunaan perkataan diperturunkan dalam konteks ayat "bagi kaum Melayu, kain batik merupakan elemen tradisi yang diperturunkan oleh generasi terdahulu kepada generasi kini. soalan saya adalah, adakah penggunaan diperturunkan betul daripada segi tatabahasa dan sekiranya salah, bagaimana untuk menganalisisnya. hal ini demikian, kata dasar bagi diperturunkan adalah turun yang membawa pelbagai definisi seperti perbuatan, warna, ekonomi. terima kasih.Bagi kaum Melayu, kain batik merupakan elemen tradisi yang diperturunkan oleh generasi terdahulu kepada generasi kini - diperturunkan (kata dasar turun) membawa pelbagai maksud antaranya memindahkan sesuatu kepada (anak, cucu, dan lain-lain), atau mewariskan sesuatu kepada..., berdasarkan maksud tersebut diperturunkan dalam ayat tersebut bermaksud diwariskan dan boleh digunakan. Tatabahasa20.01.2010
1.salam puan.bolehkah puan mencadangkan perkataan yang sesuai untuk menggantikan perkataan "generasi" dalam ayat berikut : sektor pendidikan juga diberikan peranan yang penting bagi membentuk generasi yang mempunyai pengetahuan dan berkemahiran di dalam semua bidang kehidupan. 2. adakah perkataan legasi sama maksudnya seperti generasi? terima kasih puan...1. Perkataan pelajar boleh digunakan bagi menggantikan maksud generasi dalam konteks ayat tersebut.
2. Legasi bermaksud waris atau peninggalan, manakala generasi bermaksud peringkat dalam sesuatu keturunan.
Tatabahasa25.03.2015
Kenapa peribahasa "Ke bukit sama didaki" bukan "ke gunung sama didaki"?Peribahasa merupakan salah satu sastera lisan yang dituturkan dan disebarkan daripada satu generasi kepada satu generasi sebagai warisan kearifan dan pemikiran sesebuah bangsa. Peribahasa yang dicipta pula berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang dilalui oleh sesebuah masyarakat berdasarkan sosial budaya termasuklah keadaan geografi sesebuah masyarakat itu tinggal. Oleh itu, peribahasa "ke bukit sama didaki" ini dapatlah menggambarkan kepada kita bahawa masyarakat yang mencipta peribahasa ini tinggal di sekitar kawasan bukit yang menjadi latar suasana dan seterusnya membentuk kehidupan masyarakat tersebut sehingga mempengaruhi pemilihan kata untuk peribahasa berkenaan.Sastera10.03.2024
membajak padi betul ke ayat tu? emel ada dash ke tak de? generasi Y , G tu kena huruf besar ke?

Salam sejahtera,

Membajak berasal daripada kata dasar 'bajak' yang bermaksud alat untuk menghancurkan serta menggemburkan tanah; tenggala. Membajak menggemburkan tanah dgn bajak; menenggala. Penggunaan 'membajak padi' adalah salah dan yang sebetulnya ialah membajak sawah.

Ejaan yang betul bagi emel ialah e-mel.

Generasi Y - istilah untuk menggambarkan generasi di banyak negara lahir dari zaman 1980-an hingga tahun 2001. Generasi Y juga dikenali sebagai Generasi Milenium. Istilah ini digunakan dalam demografi, sains politik, dan pemasaran. Cara penulisan yang tepat ialah 'Generasi Y' dan 'Generasi G'. (Kedua-dua permulaannya perlu ditulis dengan huruf besar)

Ejaan04.11.2012
123456789

Kembali ke atas