makna perkatan "MADANI" saperti ingin dibayangkan dengan perkataan 'Masyarakat madani' perbezaan dengan masyarakat modern ; -harmonis ; -aman ; -maju atau yang agak sama maksud nya. Terima kasih | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat kata madani bermaksud maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan(berkenaan dengan masyarakat, generasi dsb.). Moden bermaksud dari masa sekarang, berkaitan dengan masa kini, yang terbaru,cara(kaedah)baru, mutakhir. Harmonis bermaksud selaras, seimbang, sepadan,sesuai atau bersesuaian(antara satu sama lain). Aman bermaksud bebas daripada keadaan kacau-bilau(seperti peperangan, pergaduhan, permusuhan,dsb.); bebas daripada gangguan atau sesuatu yang tidak menyenangkan ,damai, tenang,tenteram. Maju bermaksud bergerak ke muka, melangkah ke hadapan, mengasak ke hadapan; bertambah baik baik keadaannya(dalam pelajaran, perniagaan dll.);tinggi tamadunnya(peradabannya,taraf hidupnya, dll). Berdasarkan makna di atas , maka dapat dilihat perbezaan antara konsep-konsep tersebut.Masyarakat madani melibatkan kemajuan dari segi pemikiran dan kerohanian, masyarakat moden melibatkan kemajuan dari segi fizikal seperti pembangunan dsb., masyarakat harmonis dan aman melibatkan keadaan masyarakat yang stabil dan bebas daripada kacau-bilau, dan masyarakat maju pula melibatkan keadaan masyarakat yang bertambah baik dari segi ekonomi, pembangunan, industri dsb. | Makna | 30.05.2008 |
Assalamualaykum.Saya adalah peminat segala jenis bacaan bermanfaat.Seingat saya pada dekad 70an saya pernah membaca siri terjemahan Hikayat tersebut yang telah diterjemah oleh ? dan diterbit oleh DBP dengan gaya bahasa yang menarik dan jelas, sayang nya ia tiada lagi di pasaran untuk membolehkan generasi anak2 kita menikmatinya. 2. Saya Harap Dewan Bahasa dapat membongkar semula arkibnya dan mengulang cetak khazanah yang berharga ini. Maklumbalas tuan dalam hal ini amatlah dihargai.Sekian,terima kasih. | Waalaikumsalam. Terima kasih kerana mengemukakan soalan. Walau bagaimanapun, untuk memudahkan pencarian buku tersebut, mohon tuan nyatakan judul hikayat yang berkenaan. | Lain-lain | 02.04.2012 |