betul atau salah penggunaan pasu itu jatuh daripada genggaman tangannya | Yang betul ialah pasu itu terjatuh daripada genggaman tangannya. | Tatabahasa | 20.06.2007 |
maksud perkataancengkaman | Makna cengkaman ialah pegangan (genggaman) dgn kuku atau cakar. | Makna | 12.08.2009 |
Apakah maksud yang lebih tepat bagi istilah "TERLUCUT HAK". | Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud terlucut ialah terlepas daripada pegangan, genggaman dan lain-lain manakala hak pula bermaksud milik, kepunyaan atau kuasa atas sesuatu atau untuk berbuat sesuatu (ditentukan oleh undang-undang, agama, adat istiadat, dan lain-lain). | Makna | 12.11.2018 |
Petinju atau peninju? Berlatar belakangkan atau berlatarbelakangkan? | Menurut data kami, maksud petinju ialah orang yang berlawan tinju; ahli tinju manakala maksud peninju ialah 1 orang yang meninju. 2 genggaman tangan untuk meninju; tinju. Berlatarbelakangkan ditulis sebagai satu perkataan apabila diimbuhkan dengan awalan ber...kan, jika latar belakang ditulis terpisah. | Tatabahasa | 06.10.2016 |
1) Soft and safe to use for feeding your baby. 2) Coated with high quality soft and durable silicone material. 3) Perfect size for baby’s mouth. 4) Rounded bowl shape for easy scooping of food. 5) Soft silicone bowl gentle on tender gums. 6) Easy-to-grip long handle for easy feeding. Please help to check the translation in BM as below: 1) Lembut dan selamat digunakan untuk memberikan makan kepada bayi. 2) Dilapisi dengan bahan silikon lembut dan tahan lama yang berkualiti tinggi. 3) Saiz sempurna untuk mulut bayi. 4) Bentuk mangkuk bulat untuk membuat makanan mudah. 5) Sangkar silikon lembut pada gusi lembut. 6) Mudah mengendalikan genggaman yang panjang untuk memberikan makan dengan mudah. Sekian terima kasih :) | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1) (Sudu yang) / Lembut dan selamat digunakan untuk menyuap bayi anda. 2) (Botol dilapisi) /Dilapisi bahan silikon lembut dan tahan lama yang berkualiti tinggi. 3) Saiz sesuai dengan mulut bayi. 4) Mangkuk berbentuk bulat untuk menyenduk makanan dengan mudah. 5) Mangkuk silikon lembut sesuai untuk gusi lembut. 6) Pemegang (botol/sudu) yang panjang mudah dicengkam semasa memberikan makanan. Perkataan dalam kurungan perlu ada jika teks tidak disertakan dengan gambar. | Penyemakan dan penterjemahan | 01.06.2018 |