Terdapat dua istilah yang dikemukakan oleh Dewan Bahasa bagi perkataan 'fibre optic', iaitu 'optik gentian' serta 'gentian optik'. Manakah istilah yang lebih tepat digunakan dari aspek kejuruteraan atau komunikasi. | Gentian optik | Istilah | 29.10.2018 |
Yang mana betul, "Gentian yang diperbuat dari batang kelapa sawit" atau "Gentian yang diperbuat daripada batang kelapa sawit"? | Saudara Nik Zanariah, Yang betul ialah 'Gentian yang diperbuat daripada batang kelapa sawit'. Kata sendi 'dari' digunakan untuk masa dan tempat. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk maklumat lanjut tentang penggunaan kata sendi. | Tatabahasa | 17.07.2009 |
Salam. Bolehkah saya tahu istilah terjemahan paling sesuai bagi muscle fibre? Saya keliru dengan penggunaan serat atau gentian dalam menerangkan perihal otot. Terima kasih. | Berdasarkan istilah perubatan, kedua-dua istilah, iaitu serat otot dan gentian otot adalah betul dan boleh digunakan. | Istilah | 11.07.2013 |
Selamat sejahtera, Apakah maksud "stapel"? Di pangkalan data DBP terdapat dua terjemahan bagi "Staple". Adakah "Stapel" sama maksud dengan "Kokot"? Mohon bantuan DBP dalam pencerahan. Terima kasih. | Perkataan "staple" mempunyai maksud yang berbeza berdasarkan bidang dan kegunaannya.Contohnya bidang kesenian, "yarn staple" diterjemah sebagai "yan stapel", iaitu yan yang diperbuat daripada yan pendek, umpamanya gentian kapas, gentian sayat yang disisir halus supaya lurus dan kemudiannya dipintal. Manakala bagi istilah "wire staple" pula diterjemah sebagai "dawai kokot" , iaitu sejenis dawai yang diperbuat daripada kawat atau dawai yang digunakan sebagai pengikat. | Istilah | 21.05.2015 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah yang membezakan antara 'serat' dan 'serabut'? Apakah padanan yang paling tepat untuk konsep 'fiber' dalam teks teknikal. Terima kasih. | Perkataan serat, serabut dan gentian merupakan padanan bagi istilah fibre dalam bahasa Inggeris. Serat: Struktur seperti benang, seperti sel otot, serat saraf atau serat kolagen.Serabut: Bahan berselulosa yang tidak tercernakan oleh enzim gaster usus manusia.Gentian: Serat atau serabut pada sabut, daging manusia dan lain-lain. | Tatabahasa | 02.10.2013 |
fibre broadband dalam bahasa melayu? boleh tidak saya gunakan perkataan broadband untuk papan iklan? | Padanan bahasa Melayu untuk istilah bahasa Inggeris "fibre broadband" ialah jalur lebar gentian. Sila gunakan istilah bahasa Melayu dalam papan iklan. | Istilah | 23.12.2015 |
Apakah nama baju yang diperbuat daripada bulu biri-biri? Sila rujuk kepada gambar. Bolehkah saya namakan baju sejuk? | Salam sejahtera, Tuan, Berdasarkan data kami, baju yang dilampirkan boleh dipanggil sebagai sweater. Menurut data kami, sweater merujuk kepada pakaian bahagian atas badan yang dibuat daripada benang bulu, gentian buatan dan sebagainya boleh dipakai di luar sebagai jaket, atau dipakai bersama. Tuan boleh menggunakan perkataan ini jika bersesuaian. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/ untuk maklumat lanjut. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 28.03.2018 |
Mohon terjemahan perkataan-perkataan ini. 1. zero edge fish tank 2. MDF - medium density fibre board 3. high definition television 4. catch-all 5. HVAC 6. hand router 7. cleat 8. infinity pool 9. UV lacquer finish | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. zero edge fish tank – tangki ikan zero edge 2. medium density fibre board (MDF) – papan gentian kepadatan sederhana 3. high definition television – televisyen definisi tinggi 4. catch-all – rangkum semua 5. HVAC – pemanasan, pengudaraan dan penyamanan udara (HVAC) 6. hand router – penghala tangan 7. cleat – tetupai 8. infinity pool – kolam infiniti 9. UV lacquer finish – kemasan lakuer UV | Istilah | 14.03.2017 |