| Apakah padanan yang sesuai dengan terjemahan perkataan "gentle reminder" dan mengapa? A. Peringatan lembut. B. Peringatan mesra. | Padanan perkataan bahasa Melayu yang sesuai untuk frasa “gentle reminder” ialah “peringatan mesra”. Perkataan “mesra” bermaksud bercampur benar-benar, menyerap benar-benar, berpadu, bersebati, erat atau karib benar (Kamus Dewan Perdana, mukasurat 1458) lebih sesuai digunakan dan secara lazimnya frasa ini digunakan untuk padanan “gentle reminder”. | Makna | 23.07.2024 |
| Salam Sejahtera, Saya dari syarikat Gentle Impact Sdn Bhd ingin bertanya tentang status iklan yang tidak lulus boleh jelaskan details masalah ini.. Terima Kasih.. | Sila betulkan ejaan: 1. TEL. (singkatan perkataan mesti ada tanda titik) 2. Pinda FAX kepada FAKS Untuk pengesahan iklan, sila ke domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 15.04.2014 |
| Salam Sejahtera, Tuan, mohon pandangan daripada pihak tuan. Apakah frasa terbaik bagi menggantikan: 'gentle reminder'. Terima kasih. | | Padanan perkataan bahasa Melayu untuk frasa “gentle reminder” ialah peringatan mesra. | | Makna | 24.01.2021 |
| 1) Soft and safe to use for feeding your baby. 2) Coated with high quality soft and durable silicone material. 3) Perfect size for baby’s mouth. 4) Rounded bowl shape for easy scooping of food. 5) Soft silicone bowl gentle on tender gums. 6) Easy-to-grip long handle for easy feeding. Please help to check the translation in BM as below: 1) Lembut dan selamat digunakan untuk memberikan makan kepada bayi. 2) Dilapisi dengan bahan silikon lembut dan tahan lama yang berkualiti tinggi. 3) Saiz sempurna untuk mulut bayi. 4) Bentuk mangkuk bulat untuk membuat makanan mudah. 5) Sangkar silikon lembut pada gusi lembut. 6) Mudah mengendalikan genggaman yang panjang untuk memberikan makan dengan mudah. Sekian terima kasih :) | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1) (Sudu yang) / Lembut dan selamat digunakan untuk menyuap bayi anda. 2) (Botol dilapisi) /Dilapisi bahan silikon lembut dan tahan lama yang berkualiti tinggi. 3) Saiz sesuai dengan mulut bayi. 4) Mangkuk berbentuk bulat untuk menyenduk makanan dengan mudah. 5) Mangkuk silikon lembut sesuai untuk gusi lembut. 6) Pemegang (botol/sudu) yang panjang mudah dicengkam semasa memberikan makanan. Perkataan dalam kurungan perlu ada jika teks tidak disertakan dengan gambar. | Penyemakan dan penterjemahan | 01.06.2018 |
| 1)Made of high quality and non-toxic materials. No rusting and sharp edges. 1)Diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi dan tidak melindungi toksik. Tidak berkarat dan berbucu tajam. 2)Removable 2)Boleh ditanggalkan. 3)Elastic wire rope for easy to stretch. 3)Tali dawai elastik untuk mudah meregangkan. 4)Safe, smooth design with one-handed open or close. Strong clasp that is gentle on baby clothes. 4)Reka bentuk yang selamat dan licin. Senang dibuka atau ditutup dengan satu tangan. Cengkaman kuat tetapi lembut pada pakaian bayi. Sekian terima kasih :) | Terjemahan yang sesuai adalah seperti berikut: 1)Diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi dan tanpa toksin. Tidak berkarat dan berbucu tajam. 2)Boleh ditanggalkan. 3)Tali dawai elastik yang mudah diregangkan. 4)Reka bentuk yang selamat dan licin. Senang dibuka atau ditutup dengan menggunakan sebelah tangan. Kancing atau cangkuk yang kuat tetapi selamat pada pakaian bayi. | Makna | 18.10.2018 |