gerai makan atau gerai makanan? | Kedua-dua frasa "gerai makan" dan "gerai makanan" betul. | Tatabahasa | 04.08.2015 |
Salam, saya nak tanya..apa perkataan/istilah yang ssuai untuk gerai2 yang menjual minuman di tepi jalan seperti gerai air jambu, gerai air tebu dan sebagainya?Saya ingin membuat ayat, 'Dia sedang minum air tebu di tepi gerai ....'.Terima kasih. | Gerai merujuk kepada kedai kecil. Oleh itu, gerai air tebu seperti yang ada di kali lima atau lokasi lain boleh digunakan. | Tatabahasa | 17.01.2013 |
Apa nama kedai kecil yang menjual baju spt kedai tepi jalan atau di kaki lima? bolehkah guna GERAI BAJU | Gerai merujuk kepada kedai kecil. Oleh itu, Gerai Baju seperti yang ada di kali lima atau lokasi lain boleh digunakan. | Tatabahasa | 13.07.2010 |
Sila menterjemahkan ke dalam JAWI 1. MENJUAL BARANGAN LOGAM 2. SYARIKAT LOGAM 3. GERAI MAKANAN 4. GERAI MINUMAN 5. PUSAT KECANTIKAN HAIWAN PELIHARAAN 6. MENJUAL DAN MEMASANG ALAT-ALAT 'AUTO GATE' DAN ALAT-ALAT KESELAMATAN PAKAR SYSTEM KESELAMATAN 7. PAKAR SYSTEM SEKURITI 8. PEMBEKAL CERMIN KERETA 9. BILIK PAMERAN 10. PEMBEKAL GAS INDUSTRIAL Terima Kasih. | Ayat dan ejaan jawi yang betul ialah: 1. MENJUAL BARANGAN LOGAM - منجوال بارڠن لوݢم 2. SYARIKAT LOGAM - شريکت لوݢم 3. GERAI MAKANAN - ݢراي ماکنن 4. GERAI MINUMAN - ݢراي مينومن 5. PUSAT PENJAGAAN HAIWAN PELIHARAAN - ڤوست ڤنجاݢاءن حيوان ڤليهاراءن 6. MENJUAL DAN MEMASANG PAGAR AUTOMATIK DAN ALAT KESELAMATAN - منجوال دان مماسڠ ڤاݢر اءوتوماتيک دان الت کسلامتن 7. PAKAR SISTEM SEKURITI - ڤاکر سيستم سيکوريتي 8. PEMBEKAL CERMIN KERETA - ڤمبکل چرمين کريتا 9. BILIK PAMERAN - بيليق ڤاميرن 10. PEMBEKAL GAS INDUSTRI - ڤمبکل ݢس ايندوستري | Ejaan | 02.12.2019 |
Apakah penggunaan perkataan 'pegerai' itu betul bagi merujuk kepada orang yang membuka gerai untuk menjual barang-barang, makanan dan sebagainya? | Dari segi pembentukan kata, kata pegerai terbentuk apabila kata gerai menerima imbuhan peN seperti dalam kata pekedai. Walau bagaimanapun bagi maksud orang yang membuka gerai kata pengusaha gerai digunakan. | Tatabahasa | 13.01.2008 |
Kenapa Pasar Malam yg biasanya mula beroperasi seawal jam 5ptg tetap kita panggil ia Pasar Malam? Sebaiknya dilabelkan sebagai Pasar Petang terlebih dahulu sehingga jam 6:59ptg. Jam 7 mlm ke atas baru boleh panggil Pasar Malam.. Amacam? | Salam sejahtera puan, Benar seperti yang puan maklumkan. Kebanyakan gerai-gerai di pasar malam mula beroperasi pada petang hari. Merujuk kembali Kamus Dewan pasar malam bermaksud pasar yang diadakan pada waktu malam. Pada petang hari para peniaga kebanyakannya memasang kelengkapan gerai jualan kerana pada waktu tersebut cuaca masih cerah memudahkan para peniaga untuk membuat persiapan. Waktu operasi yang sebenarnya adalah pada waktu malam dan sebab itulah pasar yang beroperasi pada waktu malam dipanggil sebagai pasar malam. | Makna | 01.11.2012 |
Naqiu Yazid Mar 17th, 2:53pm penggerai/pegerai/pengerai utk yg bukak khemah jualan | Tidak ada maksud penggerai bagi konteks yang berkenaan. Tuan boleh menggunakan perkataan penyewa gerai (bagi yang menyewa untuk jualan) atau petugas gerai (bagi yang bertugas di gerai). | Istilah | 17.03.2015 |
Salam, bolehkah nilai harga 70 sen ditulis begini? 1. Kuih-kuih yang dijual di gerai itu berharga tujuh puluh sen seketul. Atau, adakah perlu ditulis tanpa menggugurkan perkataan 'Ringgit Malaysia'? 2, Kuih-kuih yang dijual di gerai itu berharga RM0.70 seketul. Apakah alasannya? Terima kasih. | Mengikut buku Gaya Dewan, DBP menetapkan untuk menyatakan jumlah ringgit dan sen, gunakan lambang ringgit Malaysia (RM) dan eja perkataan sen. Cara penulisan yang betul adalah seperti yang berikut: (i) Kuih-kuih yang dijual di gerai itu berharga 70 sen; atau (ii) Kuih-kuih yang dijual di gerai itu berharga RM0.70. | Tatabahasa | 21.05.2014 |
Ingin bertanya tentang perbezaan dan penggunaan "banyak" dan "ramai". "Ramai orang suka makan kueh tiau di gerai itu." Adakah ayat ini betul? Atau "Banyak orang suka makan kueh tiau di gerai itu." adalah ayat yang betul. Harap pihak tuan dapat membantu saya. TQ | Ramai terdiri daripada jumlah yang banyak (berkenaan orang), manakala banyak bermaksud besar jumlahnya atau bilangannya. Kebiasaanya ramai orang merujuk suasana (keadaan) orang yang ramai di sesuatu tempat, manakala banyak orang orang merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan. Merujuk contoh ayat yang diberikan "Banyak orang suka makan kuetiau di gerai itu" adalah betul. | Tatabahasa | 23.01.2011 |
"Kamu boleh beli apa sahaja, tetapi bukan daripada/ dari gerai itu," kata ibu memberi amaran. | Yang betul ialah "Kamu boleh beli apa sahaja, tetapi bukan dari gerai itu," kata ibu memberi amaran. Yang betul ialah perkataan dari. | Ejaan | 01.11.2011 |