Gerakan "Freemason" | Sila jelaskan soalan saudara. Walau bagaimanapun, gerakan freemason bermaksud gerakan ahli pertubuhan rahsia (disebut Free and Accepted Masons) yang berikrar untuk menjalinkan persaudaraan dan sikap saling membantu antara sesama ahli dan menggunakan lambang tertentu untuk mengenali antara satu sama lain. | Lain-lain | 05.06.2009 |
Saya ingin mendapatkan nama yang sesuai untuk menggantikan nama Bilik Jamuan VIP, Bilik Makan Guru, Bilik Gerakan dan Bilik Wawasan. Bilik Gerakan dan Bilik Wawasan di sekolah saya digunakan untuk mengadakan mesyuarat. Jika ada nama yang seerti atau klasik saya berharap mendapat respons daripada DBP.Terima kasih. | Cadangan kami bagi bilik jamuan atau bilik makan guru, boleh digunakan bilik rehat sahaja atau sudut selera. Bagi bilik gerakan dan bilik wawasan boleh digunakan bilik kegiatan, bilik sumbang saran, bilik perbincangan, atau bilik gagasan. Bilik gerakan dan bilik wawasan juga boleh dinamakan sempena nama tokoh terkenal dalam organisasi saudara. | Lain-lain | 08.01.2009 |
Gerakan menyelamat /penyelamat mangsa tanah runtuh diteruskan hingga pagi. Perkataan yang manakah sesuai digunakan dan mengapa? | Gerakan menyelamat mangsa tanah runtuh diteruskan hingga pagi. Perkataan menyelamat merujuk kepada perbuatan, manakala penyelamat ialah orang yang menyelamat. | Tatabahasa | 05.03.2012 |
Bolehkan penggunaan `dipelopori oleh' digantikan dengan `dipeloporkan oleh' dalam ayat `Gerakan menuntut kemerdekaan negara itu dipelopori oleh kaum bangsawan.' Terima kasih. | Ungkapan 'dipelopori oleh' dalam ayat 'Gerakan menuntut kemerdekaan negara itu dipelopori oleh kaum bangsawan' tidak boleh digantikan dengan 'dipeloporkan oleh' kerana akhiran -kan mengandungi unsur benefaktif manakala akhiran -i mengandungi unsur lokatif (tempat atau orang). | Tatabahasa | 15.08.2007 |
Salam sejahtera. Apakah daftar istilah untuk "Resistance Movement" (merujuk kepada pergerakan menentang penjajah atau penceroboh)? Adakah "Gerakan Tentangan" boleh digunakan? Sekian, terima kasih. | Terjemahan yang sesuai bagi Resistance Movement ialah gerakan tentangan | Makna | 30.06.2020 |
Ayat tersebut betul atau salah... 1. Amin dihukum guru disiplin kerana melanggar peraturan sekolah. 2. Rupanya dialah dalang dalam gerakan itu. 3. Sofia amat kasih akan kedua-dua ibu bapanya. | 1. Amin dihukum guru disiplin kerana melanggar peraturan sekolah. 2. Rupanya dialah dalang dalam gerakan itu. 3. Sofia amat kasih akan kedua-dua ibu bapanya. Ayat 1 dan 3 betul, manakala ayat 2 kurang tepat. | Tatabahasa | 27.10.2014 |
jENIS frasa dalam ayat: Gerakan mendaulatkan kedudukan bahasa Melayu bukan baru. | G"erakan mendaulatkan kedudukan bahasa Melayu bukan baru" ialah frasa nama. | Tatabahasa | 05.11.2014 |
Mohon jasa baik tuan yang bijaksana semak penggunaan tanda petik dalam ayat ini. Betulkah begini?: Abu Darda menjawab, "Duhai anakku, engkau memang sudah solat jenazah seperti gerakan yang dilakukan para imam, tetapi engkau belum menjalankannya secara benar. Semasa solat, adakah engkau merenungkan, 'Akulah yang berbaring di keranda itu, dan solat ini bagi mensolatkan aku?' Apakah engkau berkata kepada dirimu sendiri, 'Akulah yang mereka pisahkan daripada hartaku'?" | Abu Darda menjawab, "Duhai anakku, engkau memang sudah solat jenazah seperti gerakan yang dilakukan para imam, tetapi engkau belum menjalankannya secara benar. Semasa solat, adakah engkau merenungkan, 'Akulah yang berbaring di keranda itu, dan solat ini bagi mensolatkan aku?' Apakah engkau berkata kepada dirimu sendiri, 'Akulah yang mereka pisahkan daripada hartaku?'" | Ejaan | 02.11.2011 |
Assalamualaikum / Salam Sejahtera. Saya ingin menyemak penggunaan ayat berikut: "Pengaruh Ibnu Rushd Terhadap Gerakan Intelektual Eropah Dalam Era Renaisans" Adakah penggunaan perkataan "dalam" adalah tepat? Terima kasih. | Wa alaikum salam dan salam sejahtera. Penggunaan perkataan 'dalam' tersebut adalah tepat kerana 'dalam' juga boleh merujuk pada waktu tertentu. 'Waktu tertentu' yang dimaksudkan dalam soalan encik ialah Era Renaisans. Penggunaannya adalah tepat. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 09.12.2017 |
Saya ingin mendapatkan nama lain yang sesuai untuk menggantikan nama Bilik Jamuan, Bilik Gerakan, Bilik Wawasan dan Kantin di sekolah saya. Saya berharap pihak tuan dapat menyenaraikan beberapa nama yang sesuai bagi menggantikan keempat-empat nama bilik tersebut.Jasa baik tuan amat dihargai. Terima kasih. | Penamaan bilik atau dewan boleh dibuat berdasarkan nama bunga, tumbuhan,buah-buahan,batu-batan, bintang,batu permata dan sebagainya bergantung pada konsep yang hendak ditonjolakan seperti . Sila rujuk buku garis Panduan Menamai Syarikat, bangunan, kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan. | Lain-lain | 04.02.2009 |