Assalamualaikum, Saya nak tanya. Saya ada buat carian definisi kuiri tetapi tidak menemukan jawapan. Jabatan Pendaftaran Pertubuhan telah menggunakan ayat spt berikut dalam notis geran komuniti 1malaysia(permohonan geran persatuan penduduk 2018) Sehubungan dengan itu, persatuan penduduk di jemput untuk memohon. Berikut disertakan Borang Permohonan Geran dan Senarai Penyelaras Pemimpin Tempatan untuk makluman bagi pengesahan. Tarikh tutup 31 Oktober 2018. Anda dinasihatkan menghantar awal kerana sebarang KUIRI dapat diperbaiki sebelum tarikh tutup. Permohonan selepas 31 Oktober 2018 tidak akan diproses. Soalan: 1. apakah yang cuba dimaksudkan dengan kuiri spt ayat diatas? 2. mengapakah seperti screenshot yang saya kepilkan bersama. dalam petak hijau kuiri masih tidak diiktiraf dan dmasukkan ke kamus dbp tetapi dibolehkan penggunaannya di bidang akademik/pendidikan namun tidak untuk penggunaan penulisan? 3. apakah terjemahan bahasa melayu yang persis dengan perkataan screenshot? Terima kasih atas penjelasan. | Waalaikumsalam, 1. Menurut data istilah DBP, istilah bahasa Melayu untuk screen shot ialah tangkap layar atau syot layar. 2. Perkataan Kuiri yang dimaksudkan dalam ayat yang tuan/puan nyatakan ialah berasal daripada perkataan Query. Untuk makluman, padanan bahasa Melayu yang sesuai untuk istilah query ialah pertanyaan/persoalan. Menurut data DBP, perkataan query tidak dieja dengan kuiri. Istilah yang dijumpai dan disahkan ialah inkuiri kurikulum, iaitu dalam bidang pendidikan yang bermaksud Proses memahami fenomena kurikulum melalui data yang dikumpulkan dengan menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan. Selain itu, terdapat juga istilah paradigma inkuiri dan kaedah inkuiri ( kedua-duanya ini juga istilah dalam bidang pendidikan. Perkataan kuiri ( query) dan istilah inkuiri ialah dua perkataan yang berbeza. | Istilah | 30.04.2018 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya nak tanya apakah perbezaan bagi geran dan dana? Terima kasih. | Salam, Geran bermaksud surat hak atau tanda milik. Contoh surat hak milik tanah. Manakala dana pula kumpulan wang utk sesuatu tujuan atau kegunaan, atau pemberian, sedekah, derma dsb.
| Makna | 26.06.2015 |
Saya berminat dan ingin bertanya tentang prosedur terperinci bagi mendapatkan dana/geran bagi penerbitan buku ilmiah sains dan teknologi bertaraf ilmu tinggi seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri bulan Oktober lalu. Siapakan pegawai yang sepatutnya saya hubungi? Jika ada borang atau maklumat tambahan yang boleh saya dapat melalui laman web DBP, silalah beri pautannya. | Pihak kami sedang menyediakan tatacara dan prosedur bagi dana tersebut. Apabila siap nanti, perkara tersebut akan disiarkan dalam laman sesawang DBP. | Lain-lain | 04.01.2012 |
Bolehkah perkataan FELLOWSHIP digunakan dalam bahasa Melayu yakni dalam frasa SKIM FELLOWSHIP PENYELIDIKAN GRADUAN? Jika tidak apakah perkataan yang sesuai bagi menggantikannya. Terima kasih. | Kami mencadangkan agar digunakan frasa Skim Geran Penyelidikan Graduan. T.kasih. | Lain-lain | 30.07.2008 |
Salam tuan... Ejaan manakah yang betul : 1.seperti mana atau sepertimana 2.ku ambil atau kuambil 3. deraf atau draf 4.skim atau sekim 5.pelaksanaan atau pelaksanaan 6.datok atau dato 7.periok atau periuk 8.enjin atau engin 9.walaupun atau walau pun 10.keset atau kaset 11.professor atau professor 12.trajedi atau tragedi 13.television atau televisyen 14.jawatankuasa kuasa atau jawatankuasa 15. estatika atau estitika 16.geran atau gran 17.logic atau logik 18.sambong atau sambung 19.awet atau awit 20.bataliun atau batalion 21.saikologi atau psikologi | Ejaan yang betul: 1. sepertimana 2. kuambil 3. draf 4. skim 5. pelaksanaan 6. Dato' (kurniaan daripada sultan/raja), Datuk (anugerah daripada Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri) 7. periuk 8. enjin 9. walaupun 10. kaset 11. professor 12. tragedi 13. televisyen 14. jawatankuasa 15. estetika 16. geran 17. logik 18. sambung 19. awet 20. batalion 21. psikologi Pada masa akan datang, sila rujuk kamus atau layari laman web kami www.dbp.gov.my. | Ejaan | 22.12.2015 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera Saya mohon maaf atas soalan yg banyak 1. setelah membuat carian istiliah "inkuiri" di kamus online dbp, saya gagal menemukan sebarang hasil. Namun, berdasarkan cakupan skrin dibawah di dalam kotak bewarna hijau, meskipun tiada definisi di dalam kamus dbp, mengapakah bidang akademik diberi mandat menggunakan istilah "inkuiri kurikulum" tanpa kewujudan sah istilah inkuiri di dalam kamus? 2. di dalam hebahan email daripada RoS. Ini adalah spt ayat berikut "Sehubungan dengan itu, persatuan penduduk di jemput untuk memohon. Berikut disertakan Borang Permohonan Geran dan Senarai Penyelaras Pemimpin Tempatan untuk makluman bagi pengesahan. Tarikh tutup 31 Oktober 2018. Anda dinasihatkan menghantar awal kerana sebarang KUIRI dapat diperbaiki sebelum tarikh tutup. Permohonan selepas 31 Oktober 2018 tidak akan diproses." apakah yang dimaksudkan dengan kuiri diatas? Saya gagal menemukan definisi setelah mencari dikamus. 3. Apakah istilah yang tepat untuk perkataan "screenshot? adakah cakupan skrin/cekupan skrin atau ada istilah lain? 4. Saya minat memperkayakan kosa kata. Oleh itu, saya mohon jasa baik tuan/puan dalam mengesyorkan apakah buku terbaik dan tajuk buku tesaurus BM yang lengkap dan bermanfaat untuk saya gunakan dan beli? Terima kasih atas bantuan tuan/puan merungkai persoalan saya. | 1.Puan perlu membezakan istilah dengan perkataan biasa. Istilah hanya digunakan dalam bidang tertentu, manakala perkataan biasa dirakamkan di dalam kamus. Inkuiri merupakan istilah yang digunakan dalam bidang pendidikan. 2. Tiada maklumat kuiri dalam pangkalan data kami. Kuiri berasal daripada perkataan bahasa Inggeris query, yang membawa maksud usul atau pertanyaan. Sehubungan dengan itu, mengikut konteks ayat yang puan kemukakan, makna kuiri ialah usul. 3. Padanan screen shot ialah tangkap skrin untuk bidang teknologi maklumat. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=screen+shot&d | Istilah | 22.05.2018 |
BERDEKATAN | Merujuk lampiran notis yang diberi oleh pihak tuan/puan, sila buat pembetulan berdasarkan cadangan daripada pihak kami seperti yang berikut: TANAH LOT UNTUK DIJUAL (rapatkan ejaan DIJUAL) 1. DI KAWASAN BETING TINGGI. 2. BERDEKATAN DENGAN KAWASAN INDUSTRI. 3. BERDEKATAN DENGAN KAWASAN PERUMAHAN. 4. BERDEKATAN DENGAN PUSAT PENGAJIAN TINGGI UITM 5. BERDEKATAN DENGAN JARINGAN LEBUH RAYA BAHARU. 6. BERDEKATAN DENGAN KAWASAN PERKAMPUNGAN. 7. BERDEKATAN DENGAN PEKAN KUALA PILAH. 8. BERDEKATAN DENGAN KEMUDAHAN ASAS SEPERTI KLINIK KESIHATAN, BALAI RAYA, STESEN MINYAK, MASJID DAN LAIN-LAIN. 9. KELUASAN DARIPADA 5150 KPS. 10. HARGA DARIPADA RM8 PER KPS. 11. GERAN INDIVIDU 12. HARGA DARIPADA RM8 PER KPS. JIKA BERMINAT, SILA HUBUNGI:XXX Jika pihak tuan/puan ingin mendapatkan pengesahan bahasa berkenaan iklan ini, sila layari laman web www.dbpsahbahasa.my, kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan seperti di atas setelah pembetulan dilakukan. Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 24.01.2018 |