Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.ra.ngan] | ݢرڠن

Definisi : agaknya, rupanya, barangkali (menyatakan kebimbangan), konon: aku ingin juga tahu apa ~ yg dicakapkannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.ra.ngan] | ݢرڠن

Definisi : kata yg ditambahkan pd kata tanya utk menunjukkan masih berasa bimbang atau waswas; agaknya; barangkali: Siapakah ~ yg mengambilnya? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gerangan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Siapakah gerangan atau siapakah gerangan yang menyebabkan tuanku kelihatan bermuram durja? Yang mana satukah lebih tepat penggunaan bahasanya? Siapakah atau apakah? Mohon penjelasan. terima kasih

Jika dilihat pada konteks ayat, kedua-dua perkataan boleh digunakan secara bersilih ganti. Hal ini disebabkan kata “gerangan” bermaksud agaknya, rupanya dan barangkali yang merupakan kata yang ditambahkan pada kata tanya untuk menunjukkan masih berasa bimbang atau waswas.

Lain-lain14.05.2020
“Apakah gerangan yang menyebabkan ______ kelihatan bermuram durja?” tanya Tun Perak kepada Sultan Melaka. Adakah betul penggunaan perkataan apakah tersebut?Jawapan yang tepat ialah “Apakah gerangan yang menyebabkan tuanku kelihatan bermuram durja?” tanya Tun Perak kepada Sultan Melaka.Lain-lain14.05.2020
nama lain bagi jujur,cerca,buncit,gerangan..Jujur sama makna dengan tulus/ikhlas, cerca sama makna dengan cela/caci, buncit sama makna dengan gendut, gerangan sama makna dengan agaknya/rupanya/barangkaliMakna27.11.2008
apa___ gerangan nasib hamba? kata Hang jebat kepada sahabatnya. adakah jawapannya (lah atau tah)berikan sebabnya.

Partikel 'kah' dan 'tah' ialah partikel untuk menyatakan pertanyaan dan soalan. Yang membezakan antara dua kata penegas ini ialah 'tah' untuk menyatakan pertanyaan kepada diri sendiri. Oleh itu jawapan yang betul ialah apatah gerangan nasib hamba?

Tatabahasa23.07.2010
Kenal pasti kesalahan ayat: 1. Bila gerangan kakanda akan pulang? 2. Berapa tahun dia belajar di luar negeri?Dalam kedua-dua ayat tersebut perlu diletakkan partikel -kah  (Bilakah ... dan Berapa tahunkah ...) sebagai penegas frasa predikat atau bahagiannya.Tatabahasa13.09.2011
bagaimanakah ingin membezakan penggunaan kata penegas -tah dan -lah? Ayat manakah yang betul? i) Bilalah dia akan muncul? ii)Bilatah dia akan muncul?Penggunaan kata penegas lah ialah partikel atau kata tugas yg digunakan utk menegaskan kata yg mendahuluinya serta terikat dgnnya: Makan~ kuih itu. Jangan~ kamu berasa segan. Manakala tah pula ialah partikel pd akhir kata (utk menyatakan pertanyaan pd diri sendiri), gerangan: apa~ ?; bukan~ ?; mana~ ?; mengapa~ ?. Ayat yang betul ialah (i) Bilalah dia akan muncul?Lain-lain13.08.2010
Bagaimanakah cara untuk membezakan dan menggunakan dengan lebih tepat perkataan "dari" dan "daripada"?

Kata sendi nama “dari” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu. Contoh:

a) Menunjukkan tempat atau arah
  • Angin bertiup kencang dari arah selatan.
  • Bola itu ditendang dari penjuru padang.
b) Menunjukkan waktu atau masa
  • Tempoh pembayaran bermula dari tarikh penyerahan barangan itu.
  • Kerajaan itu terkenal dari kurun ke-18 lagi.

Kata sendi nama “daripada” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber, atau unsur perbandingan atau perbezaan. Contoh:

a) Menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad
  • Pemain sarkas itu menerima bola daripada beruangnya.
  • Daripada siapakah gerangan surat ini?
  • Dalam Sejarah Melayu, Bat dikatakan keluar daripada muntah lembu.
  • Sumbangan daripada kerajaan sudah diterima.
b) Menyatakan maksud sumber atau asal kejadian sesuatu benda
  • Ukiran itu diperbuat daripada logam.
  • Ahli PIBG terdiri daripada ibu bapa dan guru.
c) Menunjukkan perbezaan atau perbandingan
  • Edisi kedua buku itu lebih lengkap daripada edisi pertama.
  • Perangai Ahmad berbeza daripada perangai abangnya.
  • Kami tiba lebih lewat daripada mereka.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 268 hingga 272.

Tatabahasa05.11.2023

Kembali ke atas