Lampiran Fail. | Cadangan kata baharu bahasa Melayu boleh disalurkan melalui Gerbang Kata DBP. Portal Gerbang kata merupakan ruang kepada masyarakat untuk memberikan sumbangan maklumat yang berkaitan dengan perbendaharaan kata bahasa Melayu daripada pelbagai sumber termasuklah bahasa daerah, bahasa suku kaum Sabah dan Sarawak, bahasa orang asli,kata Melayu lama, istilah, dan padanan kata Melayu bagi bahasa asing. Sumbangan khazanah persuratan Melayu seperti peribahasa, pantun seloka, mutiara kata dan sebagainya juga dialu-alukan. Gerbang Kata boleh dicapai dengan menaip Gerbang Kata pada enjin carian. Anda diperlukan untuk mendaftar dengan klik ‘Pendaftaran’ sebelum boleh Log Masuk. Selepas anda berjaya Log Masuk, anda boleh mencadangkan perkataan baharu dengan menyertakan maklumat kata seperti asal kata, contoh penggunaan dan sumber kata yang dicadangkan. | Penyelidikan | 13.08.2018 |
Siapakah yang patut saya hubungi jika mempunyai aduan tentang Gerbang Kata? | Aduan tuan tentang masalah teknikal Gerbang Kata telah kami salurkan kepada pihak yang berkenaan. Untuk sebarang pertanyaan tentang Gerbang Kata, hubungi Tuan Haji Abu Bakar Buyong melalui talian 03-21479388. | Lain-lain | 20.04.2019 |
MELIA RESIDENCES GERBANG NUSAJAYA. FASA BARU - 24' X 75' - RUMAH KELAB EKSKLUSIF - KOMUNITI BEPAGAR & BERPENGAWAL | Adakah pihak tuan/puan mahu membuat pengesahan bahasa iklan/ papan tanda premis perniagaan?. Jika ya, sila layari laman web dbpsahbahasa.my , kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan/ papan premis perniagaan anda.
| Lain-lain | 14.08.2017 |
Saya mahu tukar nama pengenalan dan juga e-mel untuk akaun Gerbang Kata saya, bagaimana? Siapa yang sepatutnya dihubungi? Tiada maklumat 'Hubungi Kami' dalam laman itu. | Aduan tuan tentang masalah teknikal Gerbang Kata telah kami salurkan kepada pihak yang berkenaan. Untuk sebarang pertanyaan tentang Gerbang Kata, hubungi Tuan Haji Abu Bakar Buyong melalui talian 03-21479388. | Lain-lain | 20.04.2019 |
Minta tolong salurkan aduan ini kepada pentadbir Gerbang Kata. Sila beri pilihan untuk memuatkan lebih daripada 20 (mungkin seratus atau dua ratus sekali gus) istilah dalam satu halaman. Sangatlah sukar untuk membaca sekilas kerana sudah lebih 30 halaman. | Aduan tuan tentang masalah teknikal Gerbang Kata telah kami salurkan kepada pihak yang berkenaan. Untuk sebarang pertanyaan tentang Gerbang Kata, hubungi Tuan Haji Abu Bakar Buyong melalui talian 03-21479388. | Lain-lain | 20.04.2019 |
Tolonglah, jadikan Gerbang Kata lebih elok. Tiada langsung butang untuk ke Dunia Kata - Bual Kata. Saya terpaksa tulis alamat web ini sendiri http://ekamus.dbp.gov.my/Kata.aspx bagaimana mahu rakyat Malaysia menggembleng tenaga memperkaya bahasa Melayu jika lamannya tak mesra pengguna? | Aduan tuan tentang masalah teknikal Gerbang Kata telah kami salurkan kepada pihak yang berkenaan. Untuk sebarang pertanyaan tentang Gerbang Kata, hubungi Tuan Haji Abu Bakar Buyong melalui talian 03-21479388. | Lain-lain | 20.04.2019 |
Sejahtera dan selamat pagi! saya ingin mengajukan soalan. Pertama, kenapa saya tak boleh menyumbang khazanah persuratan melayu di "Celik Kata" dalam "Gerbang Kata" DBP? setiap kali saya ingin menyumbangnya maka pada masa itu juga terjadinya ralat. Kedua, adakah bilangan perkataan diterhadkan dlm setiap penyumbangan kata dlm portal "Gerbang Kata" DBP? harapan saya semoga ahli DBP dapat menambahbaikkan sistem portal "Gerbang Kata" DBP. Sekian, terima kasih! | Aduan tuan telah kami salurkan untuk tindakan bahagian berkenaan, iaitu Bahagian Sistem Maklumat untuk tindakan selanjutnya. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh berhubung terus dengan bahagian berkenaan melalui pegawainya Tuan Haji Abu Bakar Buyong melalui talian 03-21479000 atau e-mel abu@dbp.gov.my. | Lain-lain | 13.02.2017 |
Sila tujukan pesanan ini kepada pengendali/pengelola Gerbang Kata, jadikannya lebih mesra pengguna. Tiada maklum balas e-mel langsung. Didik rakyat Malaysia cara menyarankan kata melalui platform tersebut. Sekarang ini sukar kerana untuk melihat saran baharu pun kena taip sendiri pautan http://ekamus.dbp.gov.my/Kata.aspx kerana tiada langsusng butang untuk ke sana. | Aduan tuan tentang masalah teknikal Gerbang Kata telah kami salurkan kepada pihak yang berkenaan. Untuk sebarang pertanyaan tentang Gerbang Kata, hubungi Tuan Haji Abu Bakar Buyong melalui talian 03-21479388. | Lain-lain | 20.04.2019 |
Assalamualaikum. Saya selaku pengguna bukan staf DBP telah mendaftar dalam e-Perkhidmatan DBP "Gerbang Kata". Seperti yang telah sedia maklum, untuk log masuk akaun, perlunya kepada "Nama Pengenalan", yang mana ia suatu yang tidak didapati oleh saya melainkan saya perlu menghubungi pihak Bahagian Sistem Maklumat DBP untuk bantuan. Mohon pihak tuan dapat menyediakan kebenaran pada pihak saya untuk saya menjadi sebagai pengguna rasmi bagi e-Perkhidmatan DBP "Gerbang Kata". Rujukan Kad Pengenalan saya : 890328-11-5459. Rujukan E-mel saya : muhibb1409@gmail.com Sekian, terima kasih. Dan Allah itu lebih mengetahui. | Aduan dan permohonan tuan telah kami kemukakan kepada pengendali domain "Gerbang Kata", Bahagian Sistem Maklumat DBP. Semoga perkara ini diambil tindakan segera dan tuan mendapat kemudahan untuk akses ke domain yang tersebut. | Lain-lain | 23.05.2015 |
Assalamualaikum. Mohon majukan kepada pihak berkenaan. Bahagian 'Dunia Kata - Bual Kata' tiada butang untuk dicapai di Gerbang Kata DBP. Saya perlu menulis alamat 'http://ekamus.dbp.gov.my/Kata.aspxz' untuk memasukinya. Mohon dibaiki supaya senang untuk orang awam lihat senarai kata-kata yang disaran oleh pengguna. | Sila gunakan Internet Explorer untuk melayari Gerbang Kata DBP (http://ekamus.dbp.gov.my/Kata.aspx) bagi memastikan kelancaran semasa melayari laman web ini. | Lain-lain | 25.09.2019 |