Adakah DBP mempunyai terjemahan untuk 'pitch' yang khusus untuk erti 'jarak antara bebenang skru atau gerigi gear'? | Kami mencadangkan "pitch" diterjemahkan sebagai "pic". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 10.04.2022 |
selain daripada imbuhan sisipan -el-, -er- dan -em-, apa lagi yang wujud beserta contoh perkataannya? | Berdasarkan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, terdapat tiga bentuk sisipan kata nama (KN), iaitu -em-, -el-, -er-, dan empat bentuk sisipan kata adjektif (KAdj), iaitu -em-, -el-, -er-, dan -in-. Contoh: 1. Sisipan -em-: KN kuning - kemuning, KAdj serbak - semerbak 2. Sisipan -el-: KN tapak - telapak, KAdj geman - geleman 3. Sisipan -er-: KN gigi - gerigi, KAdj godak - gerodak 4. Sisipan -in-: Setakat ini hanya terdapat satu kata terbitan yang terhasil dengan bentuk sisipan -in-, iaitu sambung - sinambung. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 131 dan 237 untuk maklumat lanjut. | Tatabahasa | 26.07.2021 |